1# Peluh besar

/
0 Comments

Assalammualaikum..

Hari ni tak di jangka langsung, meeting yang sepatutnya hari esok dipindah ke waktu ini. Peluh besar, kerja tak siap lagi.

Akhirnya dengan kerelaan hati sebagai pekerja cemerlang *award sendiri* maka segala file yang berkenaan disusun rapi untuk ditunjukkan nanti. Peluh lagi.

Awan mendung sepanjang jalan seperti menemani hati yang kusut dek kerana tertekan ingin menghasilkan kerja sebaik mungkin. Kemana arah tuju kali ini? Kali ini ke clubhouse bukit kiara (Berjaya clubs-Bukit Kiara Equestrian & Country resort), mungkin tidak asing bagi kalian yang selalu ke sini atas sebab aktiviti yang ada begitu serasi dengan minat anda. Ecewahhh.. *serius nak tanya, mahal tak aktiviti dekat sini* semua yang masuk kete2 besor je.. Aku ni ape ade? Setakat idung besor den ado la.. Itu pun dah bersyukur sangat.. *oittt.. Ape melalut ni* serius dah mamai nak tidur. Ngee.. Peluh besar bila encik bos cerita member cardnya seketika dulu habis berpuluh ribu.. Haaa? Giler! Peluh-peluh... Banyak lagi yang boleh dibuat dengan jumlah sebanyak tu.

Di meja makan,sampai giliran aku. Nah bos, ini sahaja idea yang saya ada untuk ditunjuk. Option 1 dan 2.. Option 3 ondaway. Idea-idea yang hampas hampagas itu ku letak berhadapan.

Semuanya okay dan menarik katanya.. Tapi....... Peluh besar! Nah dikeluarnya kertas contengan seorang artist. Idea baru katanya... Haaa.. Sigh. Idea baru lagi. Rasanya sudah berzaman cari idea dan design itu ini, dah bertimbun pun sampai sudah bertukar-tukar tangan. Ada saja idea baru yang nak diketengahkan.. Macam mana mau siap begini? Masa tidak panjang lagi..

Design bertukar tangan sekali lagi.. Fuhhh.. Nasib juga aku ada kerja baru untuk dibuat. Stress dengan kerja yang semuanya kena perfect itu. Langsai.

Habis meeting tiada lain, jalan-jalan sekitar club untuk mencari apa yang menarik dekat situ.. Atau lebih tepat, port nk bergambar.. Hahaha..

Alaaaa... Stress la tulis gaya macam nih..

Harini dinner dekat 'jom cari makan' makanan chinese malay. Agak sedap tapi ada juga yang tak boleh nak diterima untuk ditelan.

Sekian, yang begitu stress.

Lupa, cantik juga clubhouse ni walaupun dah lama.. Buat annual dinner ok kot.


Sent by pius meh..



No comments:

Powered by Blogger.