CONTEST: Saya sayang kamu, S.A.H.A.B.A.T ku

/
4 Comments
..Assalammualaikum..

Selamat pagi korang :) hari ni aku tak berapa buzy sangat dekat office jadi dengan hati yang happy-happy gitu, aku pun join contest 'saya sayang kamu, sahabat ku' 

Klik banner untuk join sama :)
Siapa nama sahabat yang aku sayangi? aku sayang semua sahabat aku dan sahabat yang paling rapat dengan aku bernama cik kiah... eh, silap.. NOOR SUZILAWATI .. dia adalah sahabat yang paling aku sayang... muahh muahh muahhh.. *terima lah suzi oitttt* oh lupa nak kenalkan diri yang bernama FAIRUZ ini.. saya FAIRUZ JAAFAR..

Suzi (kiri) dan fairuz (kanan)

Cerita serba sedikit mengenai sahabat anda? cerita pasal saya tak nak ker? hehe :) Aku mula berkawan dengan kak kiah ni..adehh silap.. cik suzi ni sejak azali lagi.. hahaha... ehem.. sejak diploma. Waktu tu kita orang kelas sama. Blok asrama juga sama. ehehe.. Waktu pertama kali berkenalan dengan cik suzi ni, dia adalah sangat tegas orangnya malah cerewet okay! nak bahasakan diri aku-aku pun xleh oittt..hahaha... sangat la sopan *habis la kena duku pasni* 

Lama kelamaan kita orang mula berkawan rapat sampai beli baju pun together-together k.. lama juga aku berkawan dengan suzi.. sem 1 - sem 3 kot.. tapi satu hari tu kita orang gaduh besar.. *besar ke weh?* apasal ye?? lupa plak? hang curik boypren aku ke weh time tu? ke aku curik boypren hang? hahaha... giler la kalau gaduh pasal boypren kan.. tak de keje namanya.. entah, dah lupa sangat napa bergaduh time tu, maybe time tu masing-masing ketegak *degil* sangat.. nak ikut kepala dan cara masing-masing.. dan mungkin juga time tu masing-masing masih tak kenal sangat hati memasing. hermm..korang paham ke aku cerita apa nih? 

Sampai lah masuk degree dekat shah alam, kita lagi sekali dapat kelas sama. So, lama kelamaan kita orang pun berbaik semula. Entah macam mana rapat balik.. lepas-lepas tuh aku rasa kita orang lagi rapat berbanding masa diploma dulu.. mungkin kerana masing-masing dah matang.. ecewahh.. dan dah paham antara satu sama lain. yeke weh? So, sampai la sekarang dia adalah kawan aku yang paling rapat.. 

waaahhhh.. ini da macam cerita aku je ni...

Cerita serba sedikit mengenai sahabat anda
jawapan kat atas tak leh terima eh...? okay-okay aku jawap betul-betul.. suzi ni dari pahang, mata dia sepet sebab family ibu dia Chinese, dia tak suke keuw tiaw.. geli tekak nak masuk katanya.. *ngade-ngade la weh* tak tau dah boleh terima ke belum sekarang ni..  tak makan pedas sangat.. dia ada gedik-gedik ayam yang banyak *matik la* hahaha.. that's all..

eh..ader lagi... one thing yang aku ingat sampai sekarang.. time diploma dulu... ketuk pintu bilik aku semata-mata suruh ajar kan camne nak beli air tin yang kene masuk duit syilling tuh...mesin gedegang tuh.. hahaha.. hang buat lawak suzi na.. ingat apa la kan.. ketuk pintu bilik orang.. 

Mengapa aku sayang dia?
1. Penyokong setia. ecewahhh.. bangun...bangun... bangun harimau bangun..jangan tidur lagi..seteru sudah da...  oitttttt.. bukan sokong yang tu.. ni laa >> suzi sentiasa sokong dan kasi semangat dekat aku time aku tak boleh buat something, nak give up apa semua... ada je jalan dia nak kasi boleh.

2. Kuat membebel. Ini serius betul.. dia adalah sangat kuat membebel.. hahaha... *jgan la marah cik kiah* tak la membebel tapi lebih kepada banyak bercakap. Walaupun dia selalu bercakap tapi pada masa yang sama dia dengar aku cakap apa.. itu yang aku suka.. sebab tang tiba orang lain... aku nak cakap pun tak boleh.. so, lepas dia dok cite-cite pasal dia.. dia akan beri peluang aku cakap pulak.. tapi aku tak tau nak cerita apeeee.. *aku adalah malu nak cerita, nanti dia dok pekena aku selalu...hahaha*

3. Percaya. Inilah yang paling penting sekali... eja betul-betul.. P.E.R.C.A.Y.A .. satu perkara yang paling buat aku terharu.. sob sob sob.. suzi percaya kan aku.. pernah satu ketika dulu, seorang sahabat aku ni la.. dok cite macam-macam pasal aku dekat suzi.. Suzi dengar jela... bagi aku suzi lebih pandai menilai dan tak mudah percaya kata orang lain.. dia mungkin dengar tapi dia bukan bodoh untuk percaya benda apa yang  terang-terangan salah depan mata dia.  *balik-balik je terus cite kat aku apa jadi*

Dan seperkara lagi.. dia memang seorang yang boleh dipercayai.. aku paling banyak share cerita dengan dia.    
tapi dia lebih banyak bebel berbanding aku.. :p 

buat sahabat, terima kasih kerana sudi menerima aku yang serba kasor ini.. serba kekurangan ini.. serba comel ini.. *ahak* dan serba sebgainya serba lah. Hang la paling comel.. paling cute..paling miut.. *puji-puji sikit la.. rahsia tetap rahsia yer..* 

Sampai sini jela bebelan aku yang...  dah berjela rupanya! heeee... bubye..



4 comments:

Miss EFEO said...

:) good luck !

FairuzJaafar said...

@miss EFEO.. dah umum pemenang ke? huahhhh... mesti tak menang niihh..sob sob..

Norazilah Abdullah said...

wah ! entry best sangat lah . suka3
dr segmen yg sama :)

kutahukuadamu99.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html

FairuzJaafar said...

@norazilah .. hehe.. thanks :)

Powered by Blogger.