Hari minggu buat saya

/
4 Comments
..Assalammualaikum..

Hari minggu buat saya seperti biasa berada di rumah selayang. Memalaskan diri sambil makan, makan dan makan. Biasalah kalau dah balik rumah, mak masak. Selera sangat. Malah kalau ikan masin je pon akan ku santap sampai licin. Punya nak kata sangat selera makan dekat rumah.

Pagi sabtu takde apa yang saya buat, turun ke bawah rumah sambil tengok kucing-kucing yang ada. Ada seekor kucing yang tak tau mana datangnya. Kata adik itu kucingnya yang dahulu, maknanya 'emak' bagi anak kucingnya sekarang. Tapi saya sendiri tak dapat nak pastikan sebab kucing tu terlalu kurus, bulu pun dah takde. Malah badan berkurap, berdarah dan sebagainya. Sangat kesian. Dah seminggu kucing tu dekat sini.. semua kata tu bukan lah 'miki' tapi TUAN nya lebih tahu.  

Tengok adik dan kakak mandi kan kucing dan sapu minyak dekat badan 'miki' yang berkurap dan berdarah tu. Aku? aku tengok jela. Sebab aku paling takut kucing gigit aku. so aku tak berani nak mandikan, nak geletek-geletek badan dia, nak pegang dia terutamanya time dia nak main-main dengan kite. Memang aku menjerit. Setakat usap-usap letak dekat peha tu okay lagi. Masa TAMTAM sakit dulu je aku berani pegang, angkat, basuh berak bagai. 

masa ni dah sapu minyak dekat badan dia, so.. 'miki' jilat-jilat badan dia.
Tengok dari gaya, kucing tu bukanlah kucing liar. Malah manja sangat, nak bergesel dekat orang. Makna nya kucing ini pernah di bela orang. Betul ke 'MIKI'?  Panggil 'miki' menyahut, panggil 'memel' juga menyahut. Macam mana? Panggil FAIRUZ pun menyahut. Hoit! melampau.

Sebelah petang ZETI dan wewe datang, jadi petang tu sibuk melayan anak-anak buah. Sesampai je zeti, terus auntie pius *panggilan saya sebagai makcik, haha* sarungkan baju merah yang di beli haritu. Hurm, sesuai sangat. Rezeki zeti untuk hari ini.  


Pemandangan hadapan rumah saya
Sibuk tunggu angin putarkan kipas.
Duduk depan *ruang tamu depan*  layan Zeti dan Wewe.. masing-masing sibuk bercakap sambil layan angin yang sangat best. 

Malam nye Wewe tidur lebih awal dan hanya tinggal saya, Zeti dan mak. Kakak dan abang ipar pula ke majlis kahwin kawan. So, apa kita orang buat? Bedal duriannnnn... atau dengan lebih tepat, zeti yang bedal! Mula-mula saya risau jugak, yela takut panas badan budak tapi neneknya *mak saya* sibuk mengajak zeti makan. Membebel saya. Sudah lah mak dan ayah nya tiada, kang apa-apa jadi susah pula.

Sudah la zeti..
Sampai saya habis pun dia masih lagi makan durian. Padahal saya dah bawa zeti ke sinki untuk basuh tangan tapi dia sambung lagi. Saya dah muak dah sebab durian tu agak lembik. Emak pulak bukak semua nak buat pengat untuk besoknya. dah lembik kan, tak sedap nak makan banyak. Zeti pulak sambung duduk dan makan. Dah la Zeti...

Sedap sangat sampai menjilat jari.


Akhirnya saya paksa juga Zeti berhenti, dukung dia pergi basuh tangan dekat sinki. Malam tu memang betul badan dia panas. Memang saya risau, sebab parent nya takde kan. Apa nak buat budak ni.. Akhirnya wewe  *kakaknya* yang sudah terjaga mengeluarkan ubat batuk, demam dan cool fever yang ibunya prepared. So, saya tampalkan aja kool fever ke dahi zeti. 

Ahadnya, tiada apa sangat yang saya buat. Duduk tengok tb sambil buat treatment 'pinhole glasses'.. kononnya.. tibe-tibe PANGGGGG... terus bangun saya.. bunyi kaca pecah. Rupanya kerusi makan dekat ruang tamu terjatuh dan terhempap rak kaca. Terperanjat saya. Wewe apa lagi, terus menangis. Mana taknya, mak nya marah. Risau tengok kaca-kaca yang bersepah.. saya suruh wewe ke dalam. Sedeh bukan main wewe kena marah dengan ibunya. Budak-budak...

Abaikan si pemakai tuala yang mencangkung itu.. 
Sebelum tu wewe tengah mengelap air nya yang tumpah dekat lantai, so.. masa lap-lap tu maybe dia jungkitkan kerusi nak lap bawahnya. Itu yang kerusi tu terbalik. Bukan main rabak dia menanggis, yela.. mestilah terkejut kan.. kita yang dekat dapur pun terkejut. Kena marah dengan ibu lagi.. tapi kejap aja la lepas neneknya pujuk. Macam takde apa yang berlaku. Budak-budak.. 

Petangnya Amirah dan Ali pula datang tapi masa tu zeti dan wewe dah pulang... so tak dapat la jumpa cousin. 

Paling banyak cakap, paling aktiv, paling kuat menanggis.
Anak buah yang paling seronok nak sakat! inilah Amirah. Cepat majuk, cepat nanggis, cepat baik balik. So, auntie sangat lah jahat sakat amirah sampai nanggis.. Dan juga yang paling ganasss.. lupa nak cakap..hehe.. 

"tak nak pakai baju ni.. cekci *seksi*"  hehe...

Paling banyak cakap, paling banyak nyanyi.  Itu yang seronok nak layan tu, ada je lagu yang nak di nyanyi nya.. Kecik-kecik ibu dah hantar taska.. budak-budak kan cepat belajar.. ajar la doa ke solat ke.. lagu nabi ke.. selawat ke.. semua dia boleh ingat. tengok tb pun berzikir okay.. 

dan ini ALI.. adik amirah.
Ali ni susah nak senyum ngan auntie kan.. sedey auntie..  gerammmmm... gigit-gigit baru nak gelak kan... hahaha...

Tu la berjela-jela untuk hari ni... tak selalu saya dapat update entry panjang berjela macam ni sejak LAPTOP ku di rampok orang. Harapkan komputer di ofis dan laptop dekat rumah jer. bb pun kadang-kadang je.  Akhir malam, saya nak makan pengat duriannnnnn... da da.....


4 comments:

teratai said...

Seronokkan blk kg bjumpa anak saudara...

FairuzJaafar said...

@teratai seronok.. layan budak-budak. lagi seronok kalau atuknya 24 jam beli aiskrimm.. hahaha.. auntie tukang rembat...

PRINCESS FARISHA said...

singgah sini nak jemput join segmen : http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/11/pencarian-bloglist-musim-1-diari-farisha.html

FairuzJaafar said...

@PRINCESS FARISHA ok farisha..tunggu yee.. :)

Powered by Blogger.