kereta ohh kereta..

/
0 Comments
Asyik tertangguh je kau wahai kereta.. Memang dah lama nak ambik kereta tapi asyik tertangguh jer.. Hari ni ingat nak setelkan dokumen yang perlu nanti.. then.. kakak mesej tanya pasal software.. sambil tu tanya pasal kereta. katanya better ambik tahun depan/2013. sebab kalau ambik sekarang dah hujung tahun.. mana tahu 5 tahun akan datang ke kan nak pakai kereta lain.. harga kereta akan ikut tahun. So, rugilah katanya sebab dah nak dekat tahun baru. Hermm pius pun tak paham la sangat bab -bab cengini. Mesej lah abang ipar.. dan dia pun terangkan lah panjang lebar.. katanya ikutlah, kalau nak ambik sekarang pun boleh.. paham tapi tak berapa nak nampak sangat... hehe

so.. search internet pulak.. jumpalah page niii ahmadijat..


Tips Membeli Kereta 1

Kali nih AI nak bercerita mengenai pembelian kenderaan pulak. Istilah yg org bank guna – ‘Hire Purchase’ [suka sgt pakai istilah penjajah]. Yang mana lebih untung? Beli kereta tunai (tp 2nd hand), beli kereta baru [pinjaman penuh, RM0 byr muka] atau kereta baru [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]???? Pernah tak kita terfikir atau kira berapa yg kita bayar pada bank utk pinjaman kereta? Berapa faedah yg bank dapat? Ok, cuba kita kira satu persatu..
———————————–
OPSYEN 1: BELI TUNAI (Kereta 2nd Hand)
————————————
Cth anda membeli kereta Perodua Kancil (tahun 2000) pada harga RM7,000. Apa yg anda dapat?
Anda akan dapat sebuah kereta yg milik anda sepenuhnya tanpa ada bebanan utk membayar hutang bulanan. Anda juga bebas daripada membayar faedah ke atas pinjaman anda kepada bank. Tp anda perlu menyimpan sedikit daripada duit gaji bulanan anda kerana kereta 2nd hand kadang-kadang mempunyai masalah-masalahnya yg tersendiri. Yelah, kereta lama kan. Banyak ‘wear and tear’ yg ada.
—————————————————
KERETA BARU (Full loan, 0 down payment)
—————————————————
Jika anda membeli kereta baru tanpa muka dengan pinjaman penuh, pecahannya adalah seperti berikut:
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman penuh dgn bayaran balik selama 9 tahun.
Harga Kereta      : RM43,800.00
Faedah Bank      :  RM43,800 x 3.5% = RM1,533.00
                           RM1,533.00 x 9 tahun = RM13,797.00
Jumlah Keseluruhan : RM43,800 + RM13,797 = RM57,597.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM57,597.00 / 9 tahun [108 bulan] = RM533.30 sebulan. Ini bermakna anda telah membayar RM13,797.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
——————————————————————-
KERETA BARU [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]
——————————————————————-
Kita ambik cth yg sama seperti di atas.
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman 90%, bayar muka sebanyak RM4,380 [10% harga kereta] dgn bayaran balik selama 7 tahun.
Harga Kereta    : RM43,800.00
Pinjaman Bank  : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420.00
Faedah Bank     : RM39,420 x 3.5% = RM1,379.70
                                 RM1,379.70 x 7 tahun = RM9,657.00
Jumlah Keseluruhan : RM39,420 + RM9,657 = RM49,077.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM49,077.00 / 84 bulan [7 tahun] = RM584.25 sebulan. Ini bermakna anda hanya membayar RM9,657.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
Berdasarkan kiraan ini anda boleh nilai sendiri opsyen mana yg sesuai dgn bajet anda. Saya akan sambung pd post akan dtg utk bercerita bagaimana nak kurangkan bayaran faedah pd bank. Jumpa lagi ye…

Tips Membeli Kereta 2

Bagaimana caranya hendak mengelakkan daripada membayar lebih kepada bank??
Jika anda belum membaca post saya mengenai Tips Membeli Kereta, sila baca di sini.
Satu cara adalah dengan menjual kenderaan anda pada tahun kelima @ keenam. Tp dgn syarat, anda perlu menggunakan opsyen pertama atau ketiga *ini bermakna skim siswazah adalah sangat tidak baik* daripada cth di atas.
Cthnya. Kita ambil opsyen ketiga di atas. Beli kereta baru dgn harga RM43,800, byr muka 10% dan pinjaman selama 7 tahun.
Susut nilai kereta lebih kurang 10% setahun [tetapi bergantung juga kpd keaadaan ekonomi dan pasaran kereta terpakai]. Kita ambil 10% sbg ukuran.
Tahun pertama   : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420
Tahun kedua     : RM39,420 – RM3,942 = RM35, 478
Tahun ketiga      : RM35,478 – RM3,548 = RM31,930
Tahun keempat  : RM31,930 – RM3,193 = RM28, 737
Tahun kelima     : RM28,737 – RM2,874 = RM25,863
Maka pada tahun kelima, harga kereta anda adalah dalam anggaran RM25,000.
Kita tgk pula berapa jumlah baki pinjaman anda pada tahun kelima. Setiap bulan anda membayar RM584.25.
Maka setahun = RM7,011.00. Jumlah pinjaman anda ialah RM49,077.00.
Tahun pertama   : RM49,077 – RM7,011 = RM42,066
Tahun kedua      : RM42,066 – RM7,011 = RM35,055
Tahun ketiga      : RM35,055 – RM7,011 = RM28,044
Tahun keempat  : RM28,044 – RM7,011 = RM21,033
Tahun kelima     : RM21,033 – RM7,011 = RM14,022
Pada tahun kelima, baki pinjaman anda adalah RM14,022. Katakan harga kereta anda pada tahun kelima adalah RM20,000 [disebabkan harga pasaran kereta terpakai agak merosot, kita tolak RM5,000 dari jumlah yg telah dikira di atas]. Maka kita akan dapati jika anda menjual kereta anda pada tahun kelima, anda akan masih mempunyai baki sebanyak RM5,978 [RM20,000 – RM14,022]. Anda untung RM5,978. Duit keuntungan bukan utk anda pakai pergi melancong.. :)  tetapi anda gunakan sebagai bayaran muka utk kereta baru anda. Di mana penjimatannya?? [yelah, tolak kereta lama, ambik kereta baru. Tambah hutang lagi.]
Untungnya ialah, anda hanya perlu membayar RM39,435.00 [bayaran bulan RM7,011 x 5 tahun + RM4,380 duit muka] berbanding harga sebenar kereta iaitu RM43,800.00. Jumlah yang anda bayar jauh lebih jimat berbanding harga sebenar yang anda perlu bayar kpd pihak bank iaitu RM49,077.00. Anda telah jimat RM4,365.00 [RM49,077 – RM39,435.00].
Nampak tak penjimatannya?? Inilah teknik yg sering dipakai oleh org-org yg tahu menguruskan aset [terutama aset yg mempunyai susut nilai seperti kereta]. Pemahaman org bahawa pakai kereta sampai habis bayar adalah salah sebenarnya. Dgn penerangan saya td, saya harap anda dpt memahami apa yg cuba saya sampaikan. Jika anda ada kawan yg sering bertukar kereta setiap 5 ke 6 thn, kwn anda sebenarnya bukan hendak menunjuk-nunjuk ada kereta baru tp dia melakukan seperti penerangan saya di atas. Apa yg penting…kerjasama  duit muka dan bayaran bulanan yg anda mampu bayar.
Jadi, anda bagaimana??? Tepuk poket, tanyalah duit. Jika anda mampu apa salahnya.

So, lepas baca page tu aku pun kepala ada tak betul sikit.. nak ambik sekarang ke tunggu tahun depan.. haa.. camneee... ting tong ting tong...

*nampaknya kite sebagai siswazah telah ditipu..* orang menggunakan kite untuk keuntungan mereka.. so, nak buat ke skim siswazah??? huahhhhhh camne...


No comments:

Powered by Blogger.