.Auntie pius,amirah dan kek baiti.

/
0 Comments
Assalamualaikum

Hiksss... Malam ni rasa macam happy-happy je. :) bukan sebab pekena durian yang dah rasa tempoyak tu. Bukan bukan. Tapi sebab dengar amiya nyanyi (on call). Auntie terus jadi happy.

"Auntie piyush!!! Tadi kat sekolah kan.. Amiya belaja a bi ti.."

"Waaa... Bestnya.. Ajar auntie"

" A bi ti di e f g.. H I j k l m n... O p q r s t u.. v w.. x y z"

"Waaaa... Tepuk tangan tepuk tangan" atit telinga auntie amiya jerit.

"Auntie auntie.. Nati kita pergi ninerrrr"

"Niner? Ape tuh"

"Niner lah"

Maknya : dinner lah

"Ooo.. 'Ninerrrr'.."

" Nati auntie pius ikut amiya tau"

Tibe-tibe....

Dia sambung nyanyi lagu malaysia.. Tibe-tibe.. Lagu apa tak pasti tapi yang pasti berkaitan 1 malaysia. Amboiiii.. Undi anda adalah rahsia.. Acane ni.. Auntie macam dah tau je amiya nak undi sape.. Hikss.. Dengar kat tv la tu.. 24 jam iklan tu je..

Budak-budak kan.. Cepat tangkap apa kita ajar.. Kadang-kadang tu bila kita ajar, dia macam blur-blur je.. Budak ni dengar ke tak kita cakap.. Ingatkan tak dengar n xpaham tapi rupanya... Pikap ok. Walaupun time tu dia tengah main, apa orang tua borak pun dia boleh tangkap.. Okay bahaya mak-mak gossip depan anak.. Heee...

Teringat...

"Auntie auntie..tadi sekolah ada kek baiti..."

Kek baiti? First time aku dengar kek baiti, aku tertanya-tanya.. Apakah? Beday parti ke? Sejak bila bertukar nama?

Rupa-rupanya kek harijadi baiti. baiti tu nama orang. Tapi amiya dah tersalah fahaman.. Hiksss.. dalam pikiran amiya.. Apa saja kek adalah bernama 'kek baiti'..

"Amiya ada kek baiti... Tak nak kasi auntie"

Then. Baru lah aku paham..

"Alaaa.. Auntie boleh beli suploh kek baiti.. Urmm" tetibe kan nak berlagak ngan budak kecik.hiKksss..

Itulah kerjanya dengan amiya.. Datang rumah je terus cite Pasal sekolah *taska*

"Tadi kan kat sekolah, cikgu marah amiya"

"Kenapa cikgu marah miya?"

"Yelaaaa.. Miya tak duduk diam"

Haha..

Then tibe-tibe menyanyi! Belom habis lagi cerita sekolah dia dah masuk line nyanyi..

"Anak nabi kita aaada tujuh orangggg.. 3 lelaki 4 pudem pudan...."

Habis 1.. Sambung lagi..

" Ya zaljala.. Liwal ikram.. Ya zaljala.. Liwal ikram...."

Gitulah.. Siap berzikir lagi.. Tapi pelat sikit la..

Dah dua minggu auntie tak jumpa amiya, ngindunye auntie nak cubit2, nak kacau mirah sampai nangis.. Hehe..

"Auntie piyushh... Takut..."

"Laa.. takut kenapa"

"Tu... Ada antu.." Tunjuk tingkap.

"Tu pokok la.. Bayang-bayang"

*************
"Auntieee eee... Nak tengok upin ipin"

"Auntie nak buat keje" layan belog.

"Nak tengok upin ipin..."

"Pergi tanya pak long rangers (adik)"

Muka masam.. Hahahaha..

Tibe-tibe..


"Semalam miya makan kek baiti, auntie takde. Tak nak kasi auntie"

"auntie nak pergi taman layang-layangggg.. Amiya tak boleh ikut, duduk rumah"

" Aaaaa... Nak ikut"

"Tak boleh"

"Ibuuuuuuuu... Ibu ibu kita pergi taman lelayang eh"

"Amiya duduk rumah, ibu nak pergi dengan ayah je"

"Ibuuuuuuuu uuuu"

**************************
"Ok la yut.. Aku tepon nak tanya pasal baju aku tu je"


Dekat belakang.. "Atokk pulak atok pulak..."

Hahaha.. Ni mesti kes amiya merenggek nak cakap ni.

"Kita ada kek baiti, korang takde"

K bye.


Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.