Bila dah stress

/
0 Comments
Last nite sebenarnya aku tidur tak lena, asyik terjaga je. Entah kenapa. Agaknya aku tidur terlalu awal kot plus lampu tak off. Tu pasal kot asyik terjaga. Disebabkan malam semalam takde kawan nak borak, aku decide dok dalam bilik dan membaca. Sampai terlelap lupa nak tutup lampu + malas.

Paginya aku bangun dalam keadaan yang stress sebab rasa terganggu tidur aku. Perut pulak meragam. Haishh..mengeluh je kerja aku harini. Fairuz fairuz...

So, arini memang rasa takde mood sangat. Pagi ni bos masuk opis terus ajak bincang pasal BQ. Dia da pening Kepala dah.Sebab meeting yang dia nak pergi ni tak boleh nak bawak aku. Private & confidential~...Then BQ tu pulak segala detail mak nenek tu aku yang buat. Lepas berbincang ngan bos pasal kerja, bos pun melangkah keluar dari opis menuju ke emmm... Mesyuarat kot.. After that, aku dah takde apa nak buat.

Tadi tc mesej tapi aku macam biasa buat-buat takde mood padahal happy giler dia mesej. Denda sebab tak send gambar main futsal < boleh terime tak alasan ni?

Dia:Hye
Pius:Pe
Dia:Awak buat ape?
Pius:Entah <hahaha...
Dia:Da makan?
Dia:Awak sihat?
Pius:Da
Pius:Mmm
Dia:Sye tgh makan <tak tanya ponn..
Pius:So?
Dia:Sye sihat
Pius:Pastu?
Dia:Arini sye bz
Dia:Arini terdelete keje
Dia:Arini sye fed up
Dia:Arini sye letih
Dia:Arini sye rindu awak
Dia:Arini sye ntah pape
Dia:Arini k la bye

Pius baru nak taip 'tak tanya pun' sekali dia balas bukan main panjang. Terus tak jadi send. Kesian la pulak.. Macam takde mood jugak je.. Kang bertambah stress pulak. So,

Pius:K.Bye

Eh.. Rasa bersalah pulak.

Pius:Makan ape?

Diam... Tak balas. Takkan nak merajuk jugak kot. Melampau ini budak. Kasi telepon sama dia.

'Assalamualaikum'

'Waalaikumsalam'

'Kat mana?'

'Tengah makan ni'

'Orang tanya dekat mana'

'Entah' << okayyyy... Balas dendam ke hape?? ^_^"

'Makan kat mana?'

'Dekat mulut la' << arrhaaaaa... Tetibe rasa macam stress je dengar.. Adakah dia juga sebegitu bila aku jawab nak tak nak tadi. Hahaha... Nak gelak pun ade.. Padan muke den.

Pastu aku tanya apa tak tau dah.. hilang ingatan jap.

'Hari ni kenapa? Takde mood ea?' << Macam nak jawap 'saya stress' tapi kang dia tanya stress sebab apa, aku tak tau pulak sebab apa. Just stress.. Leh tak jawab gitu.

P/s:Nak pergi pulau..nak jumpa laut.. Nak jejak pantai.. Sob sob..



Sent by pius meh..



No comments:

Powered by Blogger.