Definisi spek mata zaman sekarang.

/
0 Comments
..Assalamualaikum..

Dear diari, iols harini sakit pinggang >>> stress ruang kepala >>> sakit kaca mata. huh? Silap penulisan ni.

Hari ni lepas pius makan tengahari terus rasa mabuk-mabuk plus pening kepala. Sampaikan bila tertengok je gambar makanan dekat internet terus rasa mual. Tak tau lah.. makanan tu ke atau aku yang bermasalah. eh.

Cukuplah info kesihatan harini. Pius sebenarnya nak memperkasakan bahasa malaysia terchenta ini dengan karangan berjudul ' aku spek mata' << hancur..., punah bahasa. Baru-baru ni ketika aku outing bersama opismate, aku sempat singgah ke kedai spek mata dan mengechek tahap kepoweran mata aku sekarang ini. Jelas lagilah bersuluh mata aku semakin rabun! Memang dalam hati dah berniat nak buat spek mata baru tapi bila teringat kata-kata tc tempoh hari terus aku tak jadi nak buat. Katanya nak pergi sama sebab nak tengok macam mana orang beli spek mata. Jakun eaa... sah-sah la jakun kan *ahakss* sebab dia sendiri mana pakai spek mata. *Tunggu kamu alamatnya tahun depan la kan*


Sebenarnya kan..kan... aku nak buat pengakuan.. time aku kecik-kecik dulu, aku rasa orang yang pakai spek mata itu adalah orang yang hensem, cantik, bergaya, anggun, menawan.. bla bla bla.. haha..dan disebabkan ayah aku juga merupakan specky man, maka aku rasa adalah sesuatu yang cool jika memakainya. Dan apa aku buat?? aku mula curi-curi pakai spek mata babah aku, nenek, datuk dan semua orang yang ada spek matalah. hukk.. nak rasa sendiri bagaimana perasaan pakai spek mata. Pening la... time tu mata baik lagi..

Dan sekarang... setelah menjadi specky girl, aku rasa memakai spek mata bukan lah sesuatu yang best sangat. Bila power mata dah naik, kepala korang akan start pening sebab spek mata tak sama power dengan mata. Terpaksa tukar spek lagi.. lagi... dan lagi...

Aku tahu sekarang ni memakai spek mata merupakan satu trend, ala-ala korean, cute mute bila pakai, hensam dan macho giler lah bila pakai.  Tapi aku tak rasa ciut miut pon bila pakai spek ni *tolong la puji aku*. Haku nii??? rasa tak teringin dah nak pakai spek mata. Rasa macam nak buang je spek mato yang dipakai ni.. erkk.. tapi nati aku buta la pulak tak nampak jalan. Ko anak caper?? den tak nampak la..

Aku ada juga berusaha untuk pulihkan mata aku nih, siap beli pinhole glasses lagi tapi... haremm nak pakai. Kekadang je.. tu pun bila aku balik rumah.

Kesimpulannya: entah apa aku merapu, xde modal nak menulis.

Sebenarnya pius macam stress bangat tapi tak tau apa yang pius stresskan tuh.. kekadang rasa macam nak terjah pulau-pulau. Nak pergi travel sensorang.. haku stresss!!! tapi tak tau apa yang aku stress kan sangat. korang stress tak dengan aku??


No comments:

Powered by Blogger.