First time jadi S.P.O.N.S.O.R

/
5 Comments
..Assalammualaikum..

Ya.. harini adalah hari I.S.N.I.N... maksudnya hari isnin.. yela, tau la isenin kan... bukan harijadi pakcik senin tapi memang betul-betul hari ni hari isnin. Dah la.. apa aku merapu nih. -.- Harini aku masuk opis lambat, tau tak. tak tau kan..lambat setengah jam. jalan jam<< alasan biasa hari isenin. *betul lah...*  Pastu masuk-masuk je opis boleh layan nasi lemak.. urmm..sedap!

*motip letak gambor nih?* saja letak gambor blur ..
Takde lah motip mana pon letak gambar nih.. cuma nak tunjuk keadaan meja aku yang giler kemas tu.. hohohoho.. ^_^" apa maksudnya? maksudnya takde kerja lah.. tak nampak ke muka kepura-puraan aku di situ?? 

Perkara yang paling menyeksakan bila anda bekerja >>>> tiada kerja untuk dibuat! Ahh... sengsara aku dibuatnya. Macam ni la opis aku sekarang.. time projek tengah running dekat site, dekat opis semua goyang kaki terutamanya aku..hahaha.. *malu* pastu bile time kerja berlambak giler,, habis sampai kol 12 malam baru aku balik rumah.. fuhh.. sedey..

Kalau time takde kerja tu kita kuar jenjalan, okay la jugakkan.. nii??? kena duduk jugak dalam opis. Sakit tulang belakang. Pastu bos masuk semua selamber badak jer main mukabuku, layan blog *aku la tuh*..  pastu pergi belakang carik biskut-biskut and air kotak layan running man. boleh tak.. rasa macam nak letak toto baring dekat situ. Ishhhh.... xpelah.. rehat-rehat jap.. sat gi ada sale mati kutu pulak nak perah otak design itu ini. 

Opis den old skol sikit dari segi susunan perabot dia.. takde nak divider2 bagai. Puas dah aku nasehat bos "bos, kite pasang la partition... tak best la camnii.. nak ruang sendiri" <<< korang caya ke aku cakap nih..?Ale-ale bos den suruh design interior satu office.. haaa... terus semua tak bersuara << sebab malas nak design..kakakaka... semua dok pas-pas.. memang tak buat la jawapnya. kan...

So, sepanjang hari yang bosan ini... aku banyak membaca..membaca dan membaca untuk hilangkan mengantok. melalut-lalut.. dari cerita kawen maria elena sampailah ke bab pyramid malaysia << kelaut.


First time jadi S.P.O.N.S.O.R

Harini jugak, hadiah yang aku janjikan sebagai sponsor telah sampai kepada alamatnya. Macam mana aku boleh tetibe jadi sponsor pulak nih? Sebenarnya haritu aku ternampak segmen dari salwa ismail. ' i choose to wear hijab' then rasa macam nak masuk tapi saat tu aku buzy dekat opis. So tengok-tengok jela... pastu aku terpikir... bag tak habis jual haritu ada lagi dua dekat rumah, dari dok terperap je dalam almari baik aku bagi orang pakai.. kan.. kan.. tak baik simpan barang tapi tak pakai. So decide nak sponsor la 2 bag tu.

Selepas tamat segmen 'i choose to wear hijab' nama pemenang pun diumumkan dan dua nama pemenang saguhati telah dikirimkan kepada aku. So, minggu tu aku balik la rumah nak ambik bag haritu tapi tengok-tengok tinggal 1 jer.. @#@$#... mana hilang lagi satu? Mesti kakak aku yang ambil nih, siapa lagikan. Takkan adik aku pulak yang nak ambik, lelaki ok.

Dalam family aku ada 6 beradik perempuan termasuk aku , so korang pepaham jela kalau kat rumah tu selalu je lesap barang-barang cantik, termasuk baju, tudung, skirt, sluar jeans, pin tudung *tu pun nak kebas*, gincu *ahakss* dan segala barangan gedik-gedik lain yang diminati wanita. Okay.. paham dah... disebabkan aku juga tergolong dalam golongan kebas-mengebas itu maka tak dapat lah aku nak membebel panjang-panjang dekat kakak aku. Harus jadi adik yang baik. Sebab aku pon kebas jugak... hahaha... Adik-beradik, nak kesah apa kan.. sharing is caring tu dah biasa bebenor. << alasan. hehe..

Jadi apa pius buat?? cecepat la carik laman web bag online sebab bag dah kena kebas. hehe.. Kena la survey2 jugak yang mana boleh dipercayai, selalu update dan ada testimoni pelanggan. Then, pius pilih bag kat bawa ni.. simple je..
Sesuai dengan cita rasa anak muda seperti aku.. heeeeeeeee...

Gembira bag tu dah selamat sampai kepada tuannya seperti di atas cuma lagi satu pemenang pius tak pasti dah sampai ke belum dekat dia. takut tak sampai. 

Apa-apa pun... time dah cukup.. sat lagi nak balik rumahh.. yihuuuuuuuuu...

p/s: Alhamdulillah =) best jugak jadi sponsor... menghappykan orang lain dan diri sendiri...


5 comments:

Uncle Jonni said...

weewitttttttttt...

FairuzJaafar said...

@uncle jonni... apa ni pakcikk wewit2.. tergoda la tu dengan amoi cun..

ainie yusof said...

oh, beg tu htr kt alamat rumah. sy kt hostel. tapi slalu brg mmg smpai la. nti sy inform smula k :) btw, thanks for the gift.

ainie yusof said...

mak ckp beg dh smpai. kaler merah. cantik. betol tak kaler merah? kalau betol, thanks sgt2! xsabar nk blik kg.. hehhee

FairuzJaafar said...

@ainie yusof. betul betul betul.. kaler merah.. =)

Powered by Blogger.