Kanak-kanak dan ipad adalah sesuatu yang.....

/
2 Comments
..Assalamualaikum..

Membosankan. Yup! Kanak-kanak bersama ipadnya adalah sesuatu yang sangat membosankan. Aku bosan dengan kanak-kanak sekarang terutamanya anak-anak buah aku. Huuaaahhhh... Sibuk dengan ipad sampai lupa dekat auntie piyussshhh. Huahhh... Sedey.. Dah tak main macam dulu, duduk mengadap game dekat ipad je.


Harini anak buah pius datang rumah beserta ipad barunya. Aku sedey... Aku pun nak ipad jugakkk.. Eh.. Tetibe.. Sedey sebab anak buah dok mengadap je depan ipad. Takpe, korang buat la apa nak buat.. Nak tunggang langgang satu rumah pun takpe.. Janji korang tak usik ipad tu...

Senyap-senyap aku letak ipad tu dekat tempat tinggi sampai dorang lupa. So, takde ipad mestilah main ngan auntie kann... Itupun bertahan berapa jam je sebab kakak pius pergi bawak keluar ipad dan ajak dorang main... Oittt... Penat aku sorok!!

Okaylah fine.. Korang main la game korang tuh. Auntie pun adalah!

Ngindunya zaman kanak-kanak dulu.. Sahiba, galah panjang, polis pencuri, senapang buah terung. Baling selipar. Baling tin... Waaaa... Ngindunyer!!! Zaman dah banyak berubah... Sob sob sob..


Sent by pius meh..


2 comments:

Hanif Idrus said...

Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

FairuzJaafar said...

@hanif idrus.. Selamat tahun baru :) Insha Allah.. semoga kekal :)

Powered by Blogger.