Semua orang pon nak gelakkan aku..

/
2 Comments
..Assalamualaikum..

Sedey la.. 

Semalam waktu aku nak makan malam, tetibe je housemate tanya. 

"haritu kata hilang i/c kan, dah buat baru ker?" aku pun angguk lah... 

"nak tengok i/c baru, ada dua muka kan" huh? aku macam pelik la tetibe dia nak tengok i/c baru aku padahal dah lama dah aku buat. awal bulan 10 haritu > klik sini 

Sambil pikir-pikir keanehan sikap housemate malam tu, aku terus masuk bilik bukak dompet dan keluarkan i/c baru aku tuh...

Nahh.. jakun sangat nak tengok! ambik lah.. ada dua muka. satu besar, satu kecik.

Time dorang tengok i/c tu kan.. boleh pulak.... boleh pulakkkkkkkkkkk... huahhhhhhh... dorang tunjuk kad holder aku yang hilang haritu! sambil gelak berdekah-dekah... arrrghhhh.. apakah yang terjadi? Aku adalah terkaku, terpesona, tertaktau nak cakap ape... mahal kot aku buat i/c baru sebab hilang! bukan i/c je tapi segala jenis kad.. Bayangkan aku buat i/c yang dendanya bukan main mahal tu, pastu buat kad bank, lesen... huahhhh... menyampah dengan diri sendiri. 

"Ehh???? jumpa kat mana?"

" Dalam plastik-plastik dekat belakang dapur"

Apakah yang terjadi, sejak bila kad holder tu berjalan dekat situuu??? heran betul. Kali terakhir aku pegang kat holder tu masa keluarkan duit dekat petronas, lepas tu pergi beli nasik lemak. Kad tu aku letak dalam poket baju jeans aku dan gantung dekat tempat penggantung la.. pelik.... agaknya kad tu jatuh dalam plastik nasik lemak kot... kottt.. KOT!

huuuuuuuuuuu~ semua housemate gelakkan aku. Sebab sampai sekarang dah 3 i/c aku buat dan ketiga-tiga i/c tu ada dalam simpanan aku. Aku sedey.. sedeyyyyy... So, sebagai langkah berjaga-jaga.. i/c lama perlu di tebuk lubang guna penebuk la..  korang nih... tebuk dekat bahagian cips.. dan perkataan malaysia.. *ada 2 lubang, aku follow orang jpn buat* so, takdelah ianya disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawabbbbb...

Akhir kata dari pakcik umputih....


Huahhhhhhhhhhhh.....


2 comments:

siti fatima Arifin said...

ish2... cik putih pun dah 2 kali hilang ic. buat baru jugak. bila dah siap tejumpa plak ic yg lama tue. aigoo... nak byr denda bukan murah kan. mahal tue. moral of the story jngn lalai2.

FairuzJaafar said...

@ siti fatimah.. ish.. cik putih pun sama...? memey mahal =( huu.. xmuh lalai2 dah..

Powered by Blogger.