#sepi

/
0 Comments
Tihani memandang sepi bekas alatan jahitannya.. Kain felt yang bertimbun tidak sedikit pun menarik perhatiannya kini. Apatah lagi dengan keadaan keluarga yang sepi seperti tidak berpenghuni.

"Ya Allah.. Dugaan ini buat aku terasa sendiri" Air mata mula membasahi pipi Tihani.

"Di mana puncanya Ya Allah"

Keadaan cuaca malam yang hujan seakan selari dengan perasaannya kini. Ingin saja dia berlari di tengahnya.. Menyejukkan hatinya yang sudah sememang basah itu.

Ingin saja aku membina keluarga ku sendiri tapi urusan kahwin bukan lah sesuatu yang mudah di zaman serba moden dengan segala macam budaya dan adat yang membebankan.. Siapa yang cipta semua itu.. Huh..

Tihani membebel sendirian, hatinya kusut. Semua perkara seakan tidak kena baginya.

Sudah lah.. Apa lagi yang hendak disedihkan. Lantas Tihani mencapai telefon bimbitnya, jari-jarinya mula pantas menaip. Mungkin Amar sudah pulang dari hospital.

Baru sampai rumah rupanya. Tentu penat. Biarlah dia.. Pasti banyak perkara lain yang perlu di lakukan. Penat satu hal, mandi juga satu lagi hal. Tidak adil pula aku menganggu dia.

Tihani merebahkan diri ke katil, syilling bilik yang di hiasi bintang-bintang kecil di tatap satu persatu. Matanya mula bergenang lagi lantas Tihani menarik nafas sedalamnya.

Senyuman diukir sebaik mungkin.. Mesej dari Amar dibalas bersahaja malah disertakan juga icon senyum.. Tidak mahu Amar menyedari kesedihan hatinya kini. Biarlah, Amar sendiri sudah banyak masalahnya.

Hurm.. Lauk yang dimasaknya tadi sedikit pun tidak dijamah. Biarlah.. dia sendiri sudah tidak berselera.

************************

Hikssss :) tamat episod satu yang belum tentu ada sambungannya... Hehehe.. Bosan.


Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.