Assalamualaikum

Hiasan
Hati. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni ada sahaja perkara yang membuat hati berasa sedih juga marah. Dari satu perkara berjangkit kepada perkara yang lain pula. Jangkitan apakah ini? Hati yang sepatutnya penuh dengan kasih dan sayang kini dipenuhi dengan kemarahan.

Bila di fikir balik, hati ini Allah pinjamkan untuk ku.. kenapa aku biarkan sahaja malah tidak menjaganya. Sampai bila harus aku biar perasaan sebegitu menguasai hati. Aku patut membawa hati ini kearah yang lebih baik. aku berhak menentukannya.

Yup. aku sedang marah. Marah kerana ditipu. Aku sedih bila ditipu. Sudah berapa kali aku kata 'jangan menipu' .. Kalau tidak berlaku salah kenapa harus menipu? Sungguh aku hilang keyakinan dan kepercayaan terhadapnya. Setiap malam aku fikir, tindakan apa harus aku lakukan? Jika 5 tahun dahulu sudah pasti aku mengamuk dan mengeluarkan perkataan yang kesat-kesat semuanya.

Tapi hari ini, aku mengambil keputusan untuk lebih banyak mendiamkan diri. Kenapa? Saat kita marah, hati semestinya tidak tenang. Tanpa kita duga, kita mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati orang lain. Jadi lebih baik aku diam buat seketika.

Hari ini aku mengambil keputusan menukar perasaan itu kearah yang lebih baik. Hati aku juga perlu dijaga. Memang kita tak dapat nak jangka dari arah mana angin akan bertiup tapi kita berhak bukan untuk mengemudi dan mengawal kapal kita ke arah mana ingin kita tuju.

Hari ni aku tolak tepi semua perasaan tu, perasaan yang mengganggu tidur malam aku. Sebab aku fikir, Allah  S.W.T lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini. Kenapa aku nak bersusah-susah dengan perasaan sekecil ini. what comes around goes around  Maka hari ini bergumbiralah aku.

Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]
Aicehhh.. Tetibe nak buat iklan pulak pagi-pagi ni. Hehe.. Pagi ni pius ke Dang wangi mencari bank islam.

Dah lama sangat rasa tak naik n pergi station LRT terutamanya LrT masjed jamek. Disebabkan harini ada urusan dekat bank area dang wangi maka haruslah membuka kamus mencari alamat.

LRT sekarang ni memang sangat mudah. Masa nak beli tiket kan, dia suruh beli dekat mesin tiket. So memula tu macam... Alaaa lecehnya.. Orang takde duit kecik... Takpela, masuk jela duit kertas 5 ringgit. Sebab nak cepat masukkan je. Ingatkan tak dapat baki.. Sekali keluar baki 4 ringgit, semuanya duit kertas. Hohoho..kuno kuno..

Nak ke dang wangi, satu station je. Tapi dlam tu sesak, orang nak pergi kerja agaknya. Sampai station dang wangi, signboard da tersedia. Exit ke jalan raja abdullah. Owww.. Senang nye keje. Takde pon tersesat.

Sekarang ni nak pergi mana-mana senang je. Tengok peta, carik pengangkutan paling dekat, station paling dekat.. Dah boleh gerak.

SukerrrrRnyeeee harini....

Sebab first time pergi tapi tak tersesat.

Moral hari ini: Percaya lah dengan pengangkutan awam malaysia. Hakss tetibe.

Bai.

P.S sorilah, lately pius banyak merapu. Kalau korang bw sini la.. Sori kt korang.. Ekekekeke..
Sent by pius meh..
Assalamualaikum

Harini pius bangun pagi loklaq je kepala. Mengantok <_______> berat nak bangun. Bangun-bangun, tido dekat sofa dulu sementara tunggu housemate mandi. Kerja agaknya dia harini.

After solat, duduk mengelamun kejap sambil pikir nak balik pukul berapa. Lewat sangat kang panas. Pikir nak pakai baju apa harini..Habis masa dengan memikir je.. Apa pun takdaq..

Siap-siap kemas, lebih kurang pukul 8 keluar rumah. Tunggu bas. Nasib harini pakai jaket, takde la sejuk sangat duduk dalam bas. Cuma mata pepedih pulak kena ekon..

Semalam tak boleh nak tido pulak, pusing kiri pusing kanan.. Apa pun tak jadi. Tu yang pepedih mata ni. Bila kita asyik sangat memikir, otak dok running, mata pun susah nak lelap. Pasang orang ngaji baru la rasa macam tenang.. Bu boleh lelap. Korang pun cmtuh kan.. Masa nak tidur pasang orang ngaji kat hanpon. Entah, pius gitu lah.. Kalau kepala asyik pikir benda-benda, dok pikiaq memacam, kekadang tak pikir tapi dia masuk jugak kat kepala ni. Mesti nak dengar sesuatu supaya kepala tak pikir memacam.

Harini naik bas rasa macam nak lelap je tapi bila tingat peristiwa lepas *tertido sampai terlepas nak turun kat umah* terus tahan ngantok.

Jadi motip arini, apakah maksud sebenar loklaq itu?

P.S stok tahan mengantok.




Sent by pius meh..
Lewat petang hari ni, aku turun ke stor bawah sambil membawa bingkai gambar untuk diperbaiki.

Aku hanya menjadi pak tengok sahaja sedang yang lain membaiki bingkai gambar yang ku bawa. Nak sponsor hadiah untuk dinner katanya. Jadi kena touch up sikit. Okaylah, gambarnya menarik dengan tulisan china sebagai hiasan. Tak paham. Mahal juga harganya.

Sedang sibuk melihat datanglah encik kurier aka penghantar barang.

'Boleh cop kat sini ke?' Tanya encik kurier tersebut.

'Tak boleh, kena pergi atas' jawabku.

'Nama awak siapa? Comel lah' sambung encik tersebut.

'Peah' ringkas jawapan ku.

Dia hanya diam sambil buat muka tidak percaya.

'Naik kat atas' Aku memberi arahan sambil menunjuk arah tangga.

Ku pikir dia tidak tahu.

Selesai menghantar bungkusan... Encik kurier turun semula ke bawah.

'Kenal saya lagi tak? Saya kerja depan tu dulu'

Aiseh man.. Dia kenal pekerja sini la.

Maka berborak la beliau bersama dua pekerja lelaki yang sedang membaiki bingkai tersebut. Aku hanya mendengar.

'Pekerja dulu dah berhenti, surat berlambak tak berhantar. Tu saya tolong cover kawasan sini. Tu yang dapat jumpa si peah tu' sambil memandang ke arah aku.

'Owhh..berhenti dah?'

'Dia da jumpa si peah.. Dah tak nak kerja dah. Habis kerja dia tinggal' cakap style makcik-makcik tengah mengumpat.

'Haaa... Dah jumpa si peah habis lah..'
Peah mana korang cakap ni??? Ni nak perli aku ke ape ni....

'Hermmm.. Dah jumpa si peah' sambung lagi.

Peah, peah dan peah..

Kerana peah aku berhenti kerja..

Sekian.. Tak paham ape korang cakap yang peah2 semuanya.bai


Sent by pius meh..
17 Januari 2013, bermulanya Program Kembara Seni anjuran Balai Seni Visual Negara bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Program bermula hari ini 17hb sehingga 19 Januari 2013. 

Bagi yang berminat dengan seni Grafiti, inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk menyerlahkan bakat yang terpendam rapi. Jangan salah guna kebolehan yang anda ada.. okey.. Jadi tunggu apa lagi? Pakat mai ramai-ramai...

Senarai Aktiviti menarik seperti di bawah:


P.S Bila cabaran nak selesai ni...? 
P.S.S Bila nak dengar berita gembira ni...
P.S.S.S Bila nak berhenti mengelamun ni? buat kojer!
Assalamualaikum

sekadar hiasan
Kadang-kadang tu pius selalu juga terfikir "better ada atau sebaliknya" untuk sesuatu perkara. Kadang-kadang bila ternampak perkara depan mata, kita rasa marah walaupun kita tahu ianya bukan seperti yang kita lihat. Cuma lebih kepada perasaan kita yang cemburu.

Kadang-kadang perasaan itu menguasai kita "belakang-belakang, kita mana tahu dia buat apa"... Hendak ikutkan perasaan hati untuk membuat keputusan tapi rasa tidak adil sebab kita sendiri tidak tahu perkara sebenar. Yang ada hanya "cebisan ayat" untuk kita tatapi dan dijadikan bukti.

Tetapi "cebisan ayat" sahaja tidak mencukupi untuk meyatakan perkara itu salah mahupun sebaliknya.

Ya Allah, perasaan apa yang menguasai diriku ini.
..Assalamualaikum..

Hari isnin selalunya hari paling tak best kan.. sebab mood bercuti masih ada. Mungkin bagi pius je kot. =). Baru sekejap tadi office blackout.. terus rasa macam ...yeahhhhh... boleh keluar makan-makan. Keluar awal masuk lambat. Hehe..  Sekali tak sampai 10 minit dah cerah balik. Hmm terus diri ini menjadi layu semula.

Tapi takpelah.. terus bukak blog.. curi masa nak update. tak baik, tak baik, tak baik. Ye3, sangat tak baik kan.

Harini awal pagi lagi pius dah start search pasal kelambu. ye anak-anak. K.e.l.a.m.b.u.. Punya tak puas hati sebab tangan dan kaki dah macam tumbuh jerawat dek kerana nyamuk yang sedang giat mencari protein untuk proses pembentukan telur. Aicehhh... Sebenarnya sebelum ni pius selalu jugak research pasal nyamuk *amboi* sebab rasa tak puas hati. Selalu orang kata ' darah kau manis sangat, tu yang nyamuk suka' .. gituler.. tah hape pius mengarut nih.

Cakap pasal kelambu terus teringat kecik.. pasang kelambu dekat asrama katanya. Terbayang-bayang macam mana pasang kelambu dekat asrama tuh. Hehe.. Sebab sekolah asrama pius dulu okay je, takde nyamuk sangat. Tidur pun syok je bawah kipas. Sejuk. Terus terasa ngindu sangat dekat sekolah lama. Kenkonon nak flash back balik la ni.

Korang tau kan, budak-budak yang sekolah berasrama ni selalunya susah nak dapat balik rumah. Time pius dulu lah. Kadang-kadang sebulan sekali je baru dapat balik... yang mana jauh-jauh tu lagilah. Dalam sebulan tu 2 kali je boleh balik rumah tapi pepaham jela... ongkos lagi nak ambik kira. Pius dulu memang balik sendiri dari negeri sembilan ke selayang. So, kalau tiap-tiap bulan nak balik tu pokai la...

Tapi pius suka je duduk asrama.. rasa macam best gilerrr.. giler pun tak best camni. =) hehehe.. sebabnya ramai kawan. Bila dah banyak kawan, banyak la ragamnyer..

Form 4
Malam jumaat selalunya semua akan berkumpul dekat surau blok... lepas solat maghrib ada aktiviti..dah lupa buat apa, agaknya baca yassin kot.. takpun baca Al-quran berkumpulan., kekadang tu ada ceramah... yang ni masa form 4.. tengah adik-adik lagi. Lepas balik surau, semua buat hal masing-masing.. ada yang jumpa geng, borak-borak.. , ada yang jumpa kakak kodok, , adik kodok... ada yang beramai-ramai pergi meeting club.. gitu la..

DanDAn RamBut
HAri sabtu... pagi-pagi sebelum azan subuh kena ada dekat surau.. kalau lambat siap la.. mengamuk semua ajk surau. Hehehe.. Siangnya biasa jela.. takde buat apa.. kalau time ada aktiviti tu kena la turun.. kalau tak buat apa duduk jela dalam dorm.. lawat kawan-kawan sebelah bilik ke.. borak-borak, ngumpat sikit.. malas nak pergi bilik tv, ramai bukan main. Pius selalu time-time gini borak ngan kawan-kawan, gelak-gelak, pastu buat rambut. Ni lah kejadahnya kalau dah semua perempuan..

Time sekolah dulu pius suka sangat dandan rambut banyak-banyak kat kepala. Yang macam negro tu kan. Siap buat sawah-sawah kat kepala.. Tu jela hiburan yang paling best pun. dandan rambut.

Pernah satu hari tu, solat maghrib agaknya. Turun dari bilik pakai siap-siap telekung. Ingat takde ape.. lepas solat, sekaliii senior..

'bukak telekong semua'

Dah sudahhh... ada je senior ni nak marah-marah tau. Dah la time tu rambut bukan main baik punya negro.

'Siapa pakai baju tidur bangun!'

pakai baju tidur pergi surau pun salah... bukan jauh pun. bawah tingkat je.

Jangan tanya la kenapa malam tu tetibe pemes... semua benda dia nak marah... nasib rambut negro ku ini tidak dipersoalkan.

Biasalah asrama kan banyak peraturan.. ini tak boleh, itu tak boleh.. Disiplin disiplin..

Petang-petang bosan turun bawah carik memel.

nah... jangan makan banyak nanti muntah :p
Saja-saja capai kamera

Hurmm..kalau la dapat ambik dengan lebih jelas lagi.. kan best :)
Entah apa semut tu buat.. jaga anak agaknya

Memel pun sibuk nak mengikut orang. takde kawan nak main la tu. Alolo...
Memel ni setakat belai boleh lagi tapi kalau ajak main, memang pius cabut lari laa.. takott.. hehhehe... suka sangat nak capai kaki orang.. terkejut... 

cian memel kan takde kawan nak main... papanya *tuan punya kucing* mana? 
Tuan punya kucing *adik* selalu usik letak memel dekat badan... ahhh... memang lari la pius. takottttt.... hehehe... lelaki memang suke kucing kan... bukan main lagi peluk-peluk... pius setakat belai-belai tu boleh la.. bukan tak suka kucing.. suka.. tapi takott..  kalau anak kucing tu okay :) sebab dia duduk diam.. tak pandai usik-usik orang lagi...  kalau memel ni, hem.. agaknya jiran sebelah pun boleh dengar pius jerit. Mana tak nyer, time kita jalan tibe-tibe dia terjah terkam kaki kita. Sapa yang tak terkejut. 



BUnga ni lagi...
excited dengan lori tilam..
Tilam tilam tilamm.....
Dah lewat petang..jom pulang..
Saja petang-petang capai kamera. kbai.
..Assalammualaikum..

Huahahaha.. tajuk macam nak cakap ' tiada mak ayam tiadalah telur'... @#$@#$%#%

Sejak minggu lepas dah plan macam-macam tapi akhirnya minggu ni terpaksa dibatalkan. Sob sob.. tak dapat den nak jalan-jalan. Sebab apa?? KL112 KL112 KL112...

Korang tau tak KL112?

Kita orang ingat nak stay semalam je.. Jumaat naik bukit tinggi dan sabtu tengahari turun. Tapi sebab KL112 ni, bos risau balik nanti jam teruk. So? pepaham jela. CANCEL!!!

Minggu depan? tak boleh.. opismate ader kenduri kendara..

Next-next week? tak boleh sebab aku nak keluar dating.... harus lah kata tidak boleh.

'kite ada hal la bos'

Hurmmmmmmmmmmmmmmmmmm........ _________________


..Assalamualaikum..

Sabtu baru ni aku dan Abang Ipar sekeluarga survey kereta dekat perodua. Adalah dalam 2 tempat kita orang pergi. Nak harapkan aku memang tak la kan nak pergi sensorang. Kalau aku sorang yang pergi memang jadi lain la.. 'bang..ada awek tak? jom dating' eh.

Sebelum pergi perodua, aku dah survey-survey kereta apa nak pakai. Mula-mula tu cuma ada dua jenis kereta je dalam kepala ni, viva dan saga. Mula-mula memang terasa nak ambik saga tapi lelama tak tau la kenapa aku rasa nak ambik myvi. Hahaha.. tibe-tibe sangat. Telefon orang perodua bincang-bincang sikit, dia kata ok kalau nak ambik myvi. myvi premium.  Huishh best-best, aku suka design myvi. Survey-survey lain pulak... dah sudah.. tetibe persona pon jadi cam cantik jelita pulak. hahaha.. lama-lama boleh pusing aku camni. 

Akhirnya malam jumaat, aku mesej kakak aku dan dia pun dengan jayanya telah memberi impak positif dan keinsafan dalam diri ini. hurmm. 

Bila aku fikir-fikir balik apa kakak aku cakap memang ada betulnya. Takkan la duit gaji aku nak perabis semata-mata dekat kereta. Takkan aku taknak spend duit untuk masa depan, mana duit nak shopping lagi, duit time emergency, duit minyak semua. PTPTN tak bayar lagi. hahaha. haiii la ptptn. duit kawen lagi.. oitt..sapa tak nak kawen. kuikuikui...  kata dia, mula-mula memang kita tak terasa sangat tapi lama-lama tau la mana nak bayar road tax, insurans. okay la kan.. memang aku tak pikir pun. So, aku ni jenis 'biar papa asal bergaya' ke? @!@#@$#@&*(^% 

Bila pikir, okay la.. memang betul apa dia cakap. Lagipun kereta sama je kan tujuannya... kemudahan kita untuk kemana-mana. Tak kira kereta apa sekali pun. Tambah-tambah aku baru nak bina hidup.. bina hidup? apa-apa jela istilah yang sesuai. So, aku tanya balik pada diri... apa tujuan asal aku nak beli kereta? Untuk mengharap penghargaan orang lain? pujian orang lain? aahhh.. what the hell semua tu.. 

So, berbalik pada awalnya. Aku pilih viva. Kenapa tak saga? Walaupun harga saga baru lebih kurang viva je tapi tak tau la.. aku nak ambik viva. 

Aku tanya juga pendapat kecik malam tuh. huh! 2x5 macam kakak aku.. orang-orang tua mereka itu.. hahaha.. 

Esoknya aku ke perodua bertemankan abang ipar dan keluarganya (kakak aku). 

'Nekad ni yut kau nak ambik viva?'

'haah.. nekad dah ni abang iwan nak ambik viva' buahahaha..

Sampai perodua aku diam je, biasa lerr... aku ramah dekat blog je... dekat luar jangan harap la aku nak ramah tetambah dengan orang baru. Ambik masa. Tapi kalau korang buat-buat tanya jalan memang aku jawap la.. takkan aku nak pura-pura bisu pulak. Buat isyarat tangan bagai.  sambung. aku dok dengar jela salesman tu bincang dengan abang ipar. dok diam-diam kan pastu buat muka toya.. dalam hati 'bila nak habis bincang nih?' kannn... salesman tu pulak hensem kemain.. kakakaka... pasni kalau tc baca memang kena piap la jawapnya.. 

Lepas dah bincang-bincang pasal loan tak loan kejadah semua tuh.. masuk la bab free gift. Haaa... ni baru syok nak dengar nih.. baru segar sikit... barulah paham apa yang dia cakap lepas-lepas.. tibe-tibe terus paham. Then.. ada satu gift tu kena pilih antara Spoiler dan SmartTAG. Ikut hati memang aku nak ambik spoiler je, yolah.. aku kan suke cantik-cantik.. lalalala..

Abang ipar : okay, macam mana yang kita bincang sebelum nih?
Salesman : Yang tu takde hal.. nanti kita bincang lain *tak nak cakap depan aku le tueee*
Abang ipar: cakap sini pun takpe.. abang dengan dia (aku) open je.. semua abang cakap terang-terang.

Apakah itu?? 

*****************************

Balik rumah layan anak buah.. malam tu aku telefon kecik.. saja nak cecite.. hari sabtu kan hari bercerita jadi kita wajib bercerita. Cerita punya cerita masuk la bab spoiler dan SmartTAG..  

Sekali kecik cakap ambik smartTAG, takyah spoiler tuh.. SmartTAG berguna... hahaha.. aku baru nak ambik spoiler. Haishh.. apesal la pikiran aku nih selalu menjurus kearah yang tuh.. ok-ok tukar mind... pikir ke arah kebaikan. 

okay..kita ambik smartTAG....................................

Kadang-kadang tu terpikir jugak.. dengan orang lanjut usia mana pulak nih aku tengah bercakap.. hahaha.. sebab kekadang aku rasa tengah cakap dengan orang tua.. 

Selalunya bila aku bertanya pasal kereta dengan kawan-kawan lain, majoriti kasi pendapat tentang saiz, cantik tak cantik, besar tak besar.. okay la kan.. beli kereta pun kena pikir hari kemudian jugak.. beli siap-siap besar terus supaya nanti dah kawen ada anak, tak payah tukar dah. Majoriti semua cakap macam tuh. Bonet besar tak besar... gitu la.. 

Tapi kalau aku tanya kecik selalunya jawapan dia berbeza.. jawapan dia selalunya mesti akan membuka minda aku. Kekadang ayat dia tu sama je macam kakak aku... Tu yang kekadang aku rasa macam tengah bercakap dengan orang tua. Tak macam aku yang asyik nak ikut perasaan je.. nak cantik-cantik.. besor-besor..hahahaha..

Tapi tak kisah la kereta apa sekali pun, asal bajet cukup. 

Akhir kata, jom celik mata dan resit minda dari Prof Dr Muhaya.

Prof Dr Muhaya
terduduk diam. kbai.
..Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah tiba hari jumaat kan.. dan yehoooo!! esok cuti lagi. Rasa macam baru sangat cuti, dah cuti lagi. Tapi takpela kan, asal hati happy juga ada. Minggu ni memang takde rancangan nak pergi mana-mana pun tetambah ada kerja lain nak buat. So, besok rasanya after selesai urusan mestilah lepak dekat rumah dan layan anak buah. 

Hari jumaat macam biasa, meeting dekat office je sebab takde kerja sangat nak tunjuk. Minggu tak buzy biasanya meeting dekat ofis... sob sob.. ngindu time kerja banyak, stay sampai lewat. Every friday keluar makan n meeting dekat luar. 

Sekarang ni ada la kerja tapi aku malas nak mengadap.. dah terbayang katil di rumah, anak buah berlari-lari, buat rambut princess guna selimut... Senang sangat nak happykan budak-budak *tetibe bangga diri tak pepasal...hahahaha*... tak sabar nak balik rumah.. 

Herm.. apa pasai dengan port dickson dan the chateau? Ada kena mengena ke dengan hari esok? hurmm.. layunyer menulisan. hepp heppp bangunnn... yiahh yiahh oppa gangnam style. eh.. nak buat senam tak best la pulak, kang bos mengendap kat cctv habis la pemes satu dunia aku nati.  Sebenarnya next week dah rancang nak ke port dickson... puas aku carik hotel yang best-best sikit untuk kita orang stay nanti, siap ada water world bagai.. konon nak best kan tapi masa meeting tadi bos pulak cadang ke The chateau bukit tinggi al sebabnya kat sana ada projek yang masih tidak mendapat bayaran. Jadi.. tak nak bayor, kita guna la service dia yang ado.. gituu.. Masa aku pergi dulu, orang pun takde sangat dekat sana.. camne nak buat duit. . sebab tu la kot dorang tak bayar-bayar. Tapi okay jugak lah dari pd, aku macam dah bosan nak ke pd. 

tapi aku ngindu laut, pantai :(


Tak tau la next week ke port dickson atau the chateau.. nak pi jauh takleh, jarak tu mesti lebih kurang 1-2 jam perjalanan. huhu.. gittue leeerr... sebab bukan buat apa pun, review pasal kerja je. 

Okay, tengok next update nati aku pergi mana.. 

Ni aku nak main game.. hahahahahahahaha... 

kbai.
..Assalamualaikum..

Hai korang.. apa khabar di tahun baru? Permulaan yang baik atau sebaliknya?? Azam tahun baru? Hiksss.. soalan biasa pada awal tahun, tidak kira di tv, radio, mukabuku, mukakau.. semua soalan yang sama 'apa azam kau tahun ini?'hmm.. Azam tidak semestinya harus menunggu tahun baru, setiap hari pon boleh jugak. tak kira la tahun baru atau tidak, sentiasa ada permulaan dan pengakhiran kan. Aku takde azam tahun baru, cuma beberapa perkara yang masih belum aku laksanakan. Dan itulah azam aku setiap hari. 

Awal tahun ni sebenarnya aku sendiri tiada mood. Sungguh! tiada mood untuk menulis, melayan orang sekeliling apatah lagi bila ada sahaja perkara yang membuat hati ini terasa sedih. Juga terasa kosong tanpa planner baru di sisi.. ^_^".. aku sukakan planner, bila takde planner rasa macam setiap hari sangat kosong. Tiada target setiap hari, minggu, bulan.. tahun! ewahh.. kekonon buzy yang amat. Entahlah, aku suka sangat planner, bila dah catat baru kita ingat apa yang kita ingin lakukan. Hidup juga lebih teratur. 

Sebenarnya tiada benda menarik pun yang ingin aku catatkan di sini *ayat karangan spm boleh*. Jadi aku share la dengan korang Pertandingan Video osem APG' 12. Klik sini Video osem .Tak banyak sangat penyertaan seperti tahun yang lalu. Apa tu pertandingan video Osem APG'12? nak tahu kena la tengok sendiri. TApi aku lebih tertarik dengan video-video osem pada tahun lepas. NAti korang search dekat youtube eh 'pertandingan video osem APG'11'. Tak rugi. 

..Antara video yang menarik tahun lepas...


APG tu apa?? Haaa.. klik link ni baru korang tahu >>> http://angelwearsgucci.blogspot.com/.. 

Aku pun baru nak tengok video osem APG untuk tahun ni.. jom kite tengok sesama k.. Benda baik kita share dan sebar-sebarkan. 

Bai korang.

Powered by Blogger.