2.0.1.3 dan Video Osem' APG' 12

/
0 Comments
..Assalamualaikum..

Hai korang.. apa khabar di tahun baru? Permulaan yang baik atau sebaliknya?? Azam tahun baru? Hiksss.. soalan biasa pada awal tahun, tidak kira di tv, radio, mukabuku, mukakau.. semua soalan yang sama 'apa azam kau tahun ini?'hmm.. Azam tidak semestinya harus menunggu tahun baru, setiap hari pon boleh jugak. tak kira la tahun baru atau tidak, sentiasa ada permulaan dan pengakhiran kan. Aku takde azam tahun baru, cuma beberapa perkara yang masih belum aku laksanakan. Dan itulah azam aku setiap hari. 

Awal tahun ni sebenarnya aku sendiri tiada mood. Sungguh! tiada mood untuk menulis, melayan orang sekeliling apatah lagi bila ada sahaja perkara yang membuat hati ini terasa sedih. Juga terasa kosong tanpa planner baru di sisi.. ^_^".. aku sukakan planner, bila takde planner rasa macam setiap hari sangat kosong. Tiada target setiap hari, minggu, bulan.. tahun! ewahh.. kekonon buzy yang amat. Entahlah, aku suka sangat planner, bila dah catat baru kita ingat apa yang kita ingin lakukan. Hidup juga lebih teratur. 

Sebenarnya tiada benda menarik pun yang ingin aku catatkan di sini *ayat karangan spm boleh*. Jadi aku share la dengan korang Pertandingan Video osem APG' 12. Klik sini Video osem .Tak banyak sangat penyertaan seperti tahun yang lalu. Apa tu pertandingan video Osem APG'12? nak tahu kena la tengok sendiri. TApi aku lebih tertarik dengan video-video osem pada tahun lepas. NAti korang search dekat youtube eh 'pertandingan video osem APG'11'. Tak rugi. 

..Antara video yang menarik tahun lepas...


APG tu apa?? Haaa.. klik link ni baru korang tahu >>> http://angelwearsgucci.blogspot.com/.. 

Aku pun baru nak tengok video osem APG untuk tahun ni.. jom kite tengok sesama k.. Benda baik kita share dan sebar-sebarkan. 

Bai korang.



No comments:

Powered by Blogger.