Antara Spoiler dan SmartTAG

/
2 Comments
..Assalamualaikum..

Sabtu baru ni aku dan Abang Ipar sekeluarga survey kereta dekat perodua. Adalah dalam 2 tempat kita orang pergi. Nak harapkan aku memang tak la kan nak pergi sensorang. Kalau aku sorang yang pergi memang jadi lain la.. 'bang..ada awek tak? jom dating' eh.

Sebelum pergi perodua, aku dah survey-survey kereta apa nak pakai. Mula-mula tu cuma ada dua jenis kereta je dalam kepala ni, viva dan saga. Mula-mula memang terasa nak ambik saga tapi lelama tak tau la kenapa aku rasa nak ambik myvi. Hahaha.. tibe-tibe sangat. Telefon orang perodua bincang-bincang sikit, dia kata ok kalau nak ambik myvi. myvi premium.  Huishh best-best, aku suka design myvi. Survey-survey lain pulak... dah sudah.. tetibe persona pon jadi cam cantik jelita pulak. hahaha.. lama-lama boleh pusing aku camni. 

Akhirnya malam jumaat, aku mesej kakak aku dan dia pun dengan jayanya telah memberi impak positif dan keinsafan dalam diri ini. hurmm. 

Bila aku fikir-fikir balik apa kakak aku cakap memang ada betulnya. Takkan la duit gaji aku nak perabis semata-mata dekat kereta. Takkan aku taknak spend duit untuk masa depan, mana duit nak shopping lagi, duit time emergency, duit minyak semua. PTPTN tak bayar lagi. hahaha. haiii la ptptn. duit kawen lagi.. oitt..sapa tak nak kawen. kuikuikui...  kata dia, mula-mula memang kita tak terasa sangat tapi lama-lama tau la mana nak bayar road tax, insurans. okay la kan.. memang aku tak pikir pun. So, aku ni jenis 'biar papa asal bergaya' ke? @!@#@$#@&*(^% 

Bila pikir, okay la.. memang betul apa dia cakap. Lagipun kereta sama je kan tujuannya... kemudahan kita untuk kemana-mana. Tak kira kereta apa sekali pun. Tambah-tambah aku baru nak bina hidup.. bina hidup? apa-apa jela istilah yang sesuai. So, aku tanya balik pada diri... apa tujuan asal aku nak beli kereta? Untuk mengharap penghargaan orang lain? pujian orang lain? aahhh.. what the hell semua tu.. 

So, berbalik pada awalnya. Aku pilih viva. Kenapa tak saga? Walaupun harga saga baru lebih kurang viva je tapi tak tau la.. aku nak ambik viva. 

Aku tanya juga pendapat kecik malam tuh. huh! 2x5 macam kakak aku.. orang-orang tua mereka itu.. hahaha.. 

Esoknya aku ke perodua bertemankan abang ipar dan keluarganya (kakak aku). 

'Nekad ni yut kau nak ambik viva?'

'haah.. nekad dah ni abang iwan nak ambik viva' buahahaha..

Sampai perodua aku diam je, biasa lerr... aku ramah dekat blog je... dekat luar jangan harap la aku nak ramah tetambah dengan orang baru. Ambik masa. Tapi kalau korang buat-buat tanya jalan memang aku jawap la.. takkan aku nak pura-pura bisu pulak. Buat isyarat tangan bagai.  sambung. aku dok dengar jela salesman tu bincang dengan abang ipar. dok diam-diam kan pastu buat muka toya.. dalam hati 'bila nak habis bincang nih?' kannn... salesman tu pulak hensem kemain.. kakakaka... pasni kalau tc baca memang kena piap la jawapnya.. 

Lepas dah bincang-bincang pasal loan tak loan kejadah semua tuh.. masuk la bab free gift. Haaa... ni baru syok nak dengar nih.. baru segar sikit... barulah paham apa yang dia cakap lepas-lepas.. tibe-tibe terus paham. Then.. ada satu gift tu kena pilih antara Spoiler dan SmartTAG. Ikut hati memang aku nak ambik spoiler je, yolah.. aku kan suke cantik-cantik.. lalalala..

Abang ipar : okay, macam mana yang kita bincang sebelum nih?
Salesman : Yang tu takde hal.. nanti kita bincang lain *tak nak cakap depan aku le tueee*
Abang ipar: cakap sini pun takpe.. abang dengan dia (aku) open je.. semua abang cakap terang-terang.

Apakah itu?? 

*****************************

Balik rumah layan anak buah.. malam tu aku telefon kecik.. saja nak cecite.. hari sabtu kan hari bercerita jadi kita wajib bercerita. Cerita punya cerita masuk la bab spoiler dan SmartTAG..  

Sekali kecik cakap ambik smartTAG, takyah spoiler tuh.. SmartTAG berguna... hahaha.. aku baru nak ambik spoiler. Haishh.. apesal la pikiran aku nih selalu menjurus kearah yang tuh.. ok-ok tukar mind... pikir ke arah kebaikan. 

okay..kita ambik smartTAG....................................

Kadang-kadang tu terpikir jugak.. dengan orang lanjut usia mana pulak nih aku tengah bercakap.. hahaha.. sebab kekadang aku rasa tengah cakap dengan orang tua.. 

Selalunya bila aku bertanya pasal kereta dengan kawan-kawan lain, majoriti kasi pendapat tentang saiz, cantik tak cantik, besar tak besar.. okay la kan.. beli kereta pun kena pikir hari kemudian jugak.. beli siap-siap besar terus supaya nanti dah kawen ada anak, tak payah tukar dah. Majoriti semua cakap macam tuh. Bonet besar tak besar... gitu la.. 

Tapi kalau aku tanya kecik selalunya jawapan dia berbeza.. jawapan dia selalunya mesti akan membuka minda aku. Kekadang ayat dia tu sama je macam kakak aku... Tu yang kekadang aku rasa macam tengah bercakap dengan orang tua. Tak macam aku yang asyik nak ikut perasaan je.. nak cantik-cantik.. besor-besor..hahahaha..

Tapi tak kisah la kereta apa sekali pun, asal bajet cukup. 

Akhir kata, jom celik mata dan resit minda dari Prof Dr Muhaya.

Prof Dr Muhaya
terduduk diam. kbai.


2 comments:

Uncle Jonni said...

yut.. waaaa... lepas ni makin kuat ah berjalan eh... huhuhuhu

FairuzJaafar said...

@uncle..yolahh..hahaha..jom hancle kita jalan-jalan cari pasai...

Powered by Blogger.