Kerana Si Peah

/
0 Comments
Lewat petang hari ni, aku turun ke stor bawah sambil membawa bingkai gambar untuk diperbaiki.

Aku hanya menjadi pak tengok sahaja sedang yang lain membaiki bingkai gambar yang ku bawa. Nak sponsor hadiah untuk dinner katanya. Jadi kena touch up sikit. Okaylah, gambarnya menarik dengan tulisan china sebagai hiasan. Tak paham. Mahal juga harganya.

Sedang sibuk melihat datanglah encik kurier aka penghantar barang.

'Boleh cop kat sini ke?' Tanya encik kurier tersebut.

'Tak boleh, kena pergi atas' jawabku.

'Nama awak siapa? Comel lah' sambung encik tersebut.

'Peah' ringkas jawapan ku.

Dia hanya diam sambil buat muka tidak percaya.

'Naik kat atas' Aku memberi arahan sambil menunjuk arah tangga.

Ku pikir dia tidak tahu.

Selesai menghantar bungkusan... Encik kurier turun semula ke bawah.

'Kenal saya lagi tak? Saya kerja depan tu dulu'

Aiseh man.. Dia kenal pekerja sini la.

Maka berborak la beliau bersama dua pekerja lelaki yang sedang membaiki bingkai tersebut. Aku hanya mendengar.

'Pekerja dulu dah berhenti, surat berlambak tak berhantar. Tu saya tolong cover kawasan sini. Tu yang dapat jumpa si peah tu' sambil memandang ke arah aku.

'Owhh..berhenti dah?'

'Dia da jumpa si peah.. Dah tak nak kerja dah. Habis kerja dia tinggal' cakap style makcik-makcik tengah mengumpat.

'Haaa... Dah jumpa si peah habis lah..'
Peah mana korang cakap ni??? Ni nak perli aku ke ape ni....

'Hermmm.. Dah jumpa si peah' sambung lagi.

Peah, peah dan peah..

Kerana peah aku berhenti kerja..

Sekian.. Tak paham ape korang cakap yang peah2 semuanya.bai


Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.