Loklaq

/
0 Comments
Assalamualaikum

Harini pius bangun pagi loklaq je kepala. Mengantok <_______> berat nak bangun. Bangun-bangun, tido dekat sofa dulu sementara tunggu housemate mandi. Kerja agaknya dia harini.

After solat, duduk mengelamun kejap sambil pikir nak balik pukul berapa. Lewat sangat kang panas. Pikir nak pakai baju apa harini..Habis masa dengan memikir je.. Apa pun takdaq..

Siap-siap kemas, lebih kurang pukul 8 keluar rumah. Tunggu bas. Nasib harini pakai jaket, takde la sejuk sangat duduk dalam bas. Cuma mata pepedih pulak kena ekon..

Semalam tak boleh nak tido pulak, pusing kiri pusing kanan.. Apa pun tak jadi. Tu yang pepedih mata ni. Bila kita asyik sangat memikir, otak dok running, mata pun susah nak lelap. Pasang orang ngaji baru la rasa macam tenang.. Bu boleh lelap. Korang pun cmtuh kan.. Masa nak tidur pasang orang ngaji kat hanpon. Entah, pius gitu lah.. Kalau kepala asyik pikir benda-benda, dok pikiaq memacam, kekadang tak pikir tapi dia masuk jugak kat kepala ni. Mesti nak dengar sesuatu supaya kepala tak pikir memacam.

Harini naik bas rasa macam nak lelap je tapi bila tingat peristiwa lepas *tertido sampai terlepas nak turun kat umah* terus tahan ngantok.

Jadi motip arini, apakah maksud sebenar loklaq itu?

P.S stok tahan mengantok.




Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.