Sekeping hati dibawa berlari

/
0 Comments
Assalamualaikum

Hiasan
Hati. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni ada sahaja perkara yang membuat hati berasa sedih juga marah. Dari satu perkara berjangkit kepada perkara yang lain pula. Jangkitan apakah ini? Hati yang sepatutnya penuh dengan kasih dan sayang kini dipenuhi dengan kemarahan.

Bila di fikir balik, hati ini Allah pinjamkan untuk ku.. kenapa aku biarkan sahaja malah tidak menjaganya. Sampai bila harus aku biar perasaan sebegitu menguasai hati. Aku patut membawa hati ini kearah yang lebih baik. aku berhak menentukannya.

Yup. aku sedang marah. Marah kerana ditipu. Aku sedih bila ditipu. Sudah berapa kali aku kata 'jangan menipu' .. Kalau tidak berlaku salah kenapa harus menipu? Sungguh aku hilang keyakinan dan kepercayaan terhadapnya. Setiap malam aku fikir, tindakan apa harus aku lakukan? Jika 5 tahun dahulu sudah pasti aku mengamuk dan mengeluarkan perkataan yang kesat-kesat semuanya.

Tapi hari ini, aku mengambil keputusan untuk lebih banyak mendiamkan diri. Kenapa? Saat kita marah, hati semestinya tidak tenang. Tanpa kita duga, kita mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati orang lain. Jadi lebih baik aku diam buat seketika.

Hari ini aku mengambil keputusan menukar perasaan itu kearah yang lebih baik. Hati aku juga perlu dijaga. Memang kita tak dapat nak jangka dari arah mana angin akan bertiup tapi kita berhak bukan untuk mengemudi dan mengawal kapal kita ke arah mana ingin kita tuju.

Hari ni aku tolak tepi semua perasaan tu, perasaan yang mengganggu tidur malam aku. Sebab aku fikir, Allah  S.W.T lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini. Kenapa aku nak bersusah-susah dengan perasaan sekecil ini. what comes around goes around  Maka hari ini bergumbiralah aku.

Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]


No comments:

Powered by Blogger.