Assalamualaikum..

Apo kono eh jang.. cerpen apo yang hengkau layan ni.. huhuhu.. Apa korang ni, cerpen cinta anje layan? pius memang suke tulis cerpen tapi tak pernah satu pun siap..wahahaha.. apatah lagi nak buat cerpen cinta yang anje layan ittuee.. agaknya dia cari cerpen yang sesuai untuk anje dia baca kot.. kenn *sengau*..


Jumpa tak cerpen yang anje layan ittue? 

Kalau sebut pasal cerpen, pius selalu baca dekat Penulisan2u.. novel bersiri tu baca kadang-kadang je, itupun tengok pada komen reader dulu. Kang penat baca tapi tak best. heee.. tapi sekarang dah jarang nak baca dekat penulisan2u tu, sebab banyak sangat cerpen cerita budak-budak. Korang pepaham jela... semua pasal cinta, kena paksa kahwin awal, dah kahwin baru jatuh cinta.  Bosan dah. Semua format sama. ecehhh..  hebatnya kritik orang. Sebagai pembaca, kita berhak kan menyatakan pendapat kita. hohohoho.. Selain skema kena paksa kawen muda, lepas kawen baru jatuh cinta... ada tak skema baru??

pastuh banyak naa cerpen yang berunsurkan kpop ni.. muka macam aktor korea la.. minho versi melayu lah..  sekarang ni tak tahu lah cerpen ape yang ngetop.. kalau musim kpop, korean drama tu.. semua cerpen nak ada unsur oppa.. menyampah den. musim kawen, cerpen kawen mudaa.. hahahaha.. pius tengok je drama korea.. sebut oppa tu pun semata-mata nak usik orang.. Hurmm.. sebut pasal cerita korea, pius sekarang tengok cerita 'jewel in the palace' sebab dulu tak habis tengok. Takde pun cintan cintun sgt tapi boleh je cerita tu jadi best. 


Alamak, dah lari tajuk lah anje.. cerpen yang anje nak baca tu takde dalam senarai. Nanti kita tulis satu cerpen untuk anje bace eh. anje anje.. 
Assalamualaikum..

Setelah hampir setahun pius dekat sini, memang terasa landscape bukanlah dunia yang pius minat. Walaupun dalam hati pius suka pada keindahan dan kehijauan dunia ciptaanNYA. Ewah.. Memang hatiku penuh taman tapi aku tak minat nak design taman-taman. piss.


Dunia landcape bukan hanya tertumpu pada pokok-pokok sahaja, masih banyak produk yang berkaitan dengan landscape seperti water feature bahasa pius air pancut la. Outdoor/garden furniture melayu nak sebut apa yer? perabot taman agaknya. Sculpture pun ada. Banyak benda lagi tapi satunya, semua produk tersebut kena blend sekali dengan environment. Mana pokok yang sesuai letak, nak design kolam macam mana. layout tempat tu macam mana. Kadang-kadang termasuk juga sikit-sikit interior.

Tapi serius, hati pius bukan dekat sini lagi. Pius sendiri tiada basic landscape. Memang la bagus bila kita dapat belajar benda baru, explore benda yang kita tak tahu. Tapi bila kita buat sesuatu yang hati kita tidak minat atau suka, benda tak jadi apa. Kita tak rasa seronok nak buat kerja. Masa awal bekerja memang kita terasa seronok sebab semua benda baru tapi lama-lama kita sedar, ini bukanlah minat kita. Kita bekerja sebab seronok dapat explore benda baru tapi lama-lama bila dah tahu, nak buat kerja pun terasa hati kelain. Korang paham tak? Ini namanya alasan nak berhenti kerja. Hahahaha..

Memang selalu terfikir nak buat perkara yang pius suka. pedulikan kata-kata orang. pedulikan penghargaan orang dengan status pekerjaan. Ruginya rasa kalau hidup semata-mata inginkan penghargaan orang lain. Hati juga tidak gembira. nak cari kerja pun kena pikir pandangan orang ker? "tak nak la kerja tu, nati orang kata belajar tinggi-tinggi tapi ale ale kerja tu jeeee" see.. penyakit 'orang kata'. bila nak lenyap.

memang kadang-kadang tu ada orang tanya pasal kerja dan kaitkan dengan tahap akademik kita dulu 'kau dulu belajar selalu score je tapi bila kerja..... aku yang selalu tak score ni yang dapat kerja bagus, gaji tinggi' tak elok la cakap macam tu. Rezeki tu kan Allah yang kasi, Kalau pekerjaan kita bagus, bersyukur la. Jangan kita pandang rendah pada orang lain. Bermegah dengan apa yang kita ada. Kalau ada orang yang tanya pasal kerja jawatan apa dan gaji berapa, memang pius selalu malas nak jawab. Tapi kalau bertanya pasal kerja, macam mana, okay atau tidak.. dan sentiasa bagi semangat.. itu orang yang bagus. Orang yang bagus akan buat kita terasa bagus...haahahaha... nasihat pius, kalau orang tanya pasal status kerja dan gaji, haa.. jangan layan orang ini. Ini orang yang hanya mencari dan melihat 'penghargaan'. Tapi kalau yang bertanya tu orang yang rapat dengan kita ok la. Ahh.. tiba-tiba sangat jadi pakar motivasi. Sesuka hati membebel.

kata prof muhaya, 'ELAKKAN BERTANYA PASAL PERIBADI ORANG BILA BERJUMPA' bila nak kahwin, bila nak dapat anak. bla bla blaa... takut nati orang benci nak jumpa kita lagi. << hikss,.. pius selalu tanya orang bila nak kahwin.. agaknya stress lah mereka dengan pertanyaan itu lalu menghilangkan diri tidak mahu berjumpa lagi. ecehh..

Ahh.. kelaut dah ni.

Dalam minggu ni rasanya dah berapa kali pius ulang benda yang sama pada tc 'nak berhenti kerjaaaaaaa' nak buat benda-benda yang pius suka. 'jangan dulu' katanya. Sebab ada tanggungan. tanggungan? owh.. yang berkaki empat itu. Lalu hati terus terasa layu. huahahaha. So, cadangan dia.. buat secara part time dulu, kalau dah stabil baru boleh berhenti kerja. sob sob sob.. hati ini sudah tidak dapat ditanggung lagi.

p/s: Seni itu subjektif . *tetibe
Assalamualaikum

Minggu ni terasa banyak perkara yang hendak dibuat tetapi tangan dan kepala terasa macam terhenti dan susah untuk melangkah ke hadapan. Mana satu hendak dibuat? bagaimana untuk membuatnya? Begini kah selalunya 'first puzzle'? Mungkinkah kunci kepada puzzle ini adalah kunci terakhir? Jika ya, maka tidak harus aku berhenti disini. Terlalu awal.

First puzzle masih belum aku temui, takkan semudah ini aku ingin mengalah? Man jadda wa jada. Yakin.

PS: Mencari kepingan puzzle...

Hukhukkk... Dah pukul 4 pagi _______ apa pius buat dekat sini? di dalam kegelapan sambil menaip entry yang satu ini. Ye. Jawapannya tidak boleh tidur kerana kesibukkan nyamuk yang super duper aktif malam ini.

Stress pius dibuatnya. Kenapa malam ni nyamuk begitu aktiv? Kenapa aku menjadi sasaran mu wahai nyamuk? Manis sangatkah darah ku ini.. 'Darah manis kot' cehh cehHh dan cehh.. <<Aku benci jawapan itu.

Sebenarnya before tidur pius da pasang ubat nyamuk letrik. Memang every time pasang tapi..... Tapi..... Kakak pius yang sorang asyik tukar pasang lampu tidur. Ahhh.. Stress. Aku menderita. Sudah, ayam kokok mana yang berbunyi ni *alarm tepon*. Disebabkan suis ada dua jer maka terjadilah episod "kau pasang aku cabut". Asal pius terjaga je mesti lampu tidur terpasang, then pius tutup pasang ubat nyamuk letrik. Lena sekejap. Nyaman. Tapi sekejap je. Jaga balik. Bilik terang, nyamuk banyak. *bila la tuan punya ayam ni nak terjaga?*

Tak paham kenapa dia tidur nak pasang lampu. Kalau tak lampu bilik, mesti on lampu tidur. Hukkkkk______

Bila agaknya abang posmen mahu datang sambil berkali- kali membunyikan honnya? Sambil melambai ayu minta disign bungkusan di tangan. 'Kelambu khemah adik dah sampai' ceh.. Kapan saat itu??

Dan mungkin bila nanti.. Kita kan bertemu lagi.. Satu pinta ku jangan kau coba tanyakan kembali..



Sent by pius meh..

Kenapa aku menulis saat ini? Huhuhu.. Aku kebosanan di sini. Hohoho... Sabtu ahad ni takde ape aku buat melainkan meneman orang ke sini sana. Bawa semua pergi pasar, teman nenek beli barang dapur. Bawak mak pergi giant. Last, ikut kakak pergi swim. Wehh.. aku admire orang yang reti swim.. Hehehe...

Aku rasa diri macam dah gimuk sikit.. ^__^' patut tak belajar berenang. 'Jangan salahkan aku kalau lengan korang besar' .gulp. Jogging jela kan..

Takot bosan menunggu, kakak aku beli la cikedis buat bekal.. Eh. Rasa diri macam budak-budak pulak.

Aku pun tak tau nak bawak mak aku jalan mana cuti ni. Mesti dia kebosanan menunggu bila aku nak bawak dia berjalan. Huhuhu.. Tempat mana yang best untuk dituju? Berkelah di port dickson? Mandi manda di ulu yam? Berjalan di frim? Kenapa semua idea yg mak aku lontarkan tidak menarik perhatian aku? Hehehe..

Huish... Tak sejuk ke dia ni mandi malam-malam.. Aku duduk tepi ni pun dah sejuk _______ siap pakai sweater lagi. Tejukkk..

Ah.. Best pulak tengok orang berenang.



Sent by pius meh..
Assalamualaikum

hehehehahahahohohoho.. itu hanyalah tajuk di balik tabir. eh. tajuk utama patut ditukar kepada 'hak menulis, hak saya' ye.sesuka hati je nak menulis apa. Entah kenapa pius memilih untuk menulis. menulis menulis dan menulis berbanding membuka mulut dan bercerita.

Pius start berblog seawal tahun 2008 tapi lebih kepada penulisan bersifat 'peribadi'. Secret-secret gitu. dan blog tersebut juga pius privatekan sampai sekarang. Ada la beberape orang yang pius invite sebagai reader, itupun dulu lah,. sekejap jer. Lepas tu menjadi total private. Memang niat berblog ni sekadar menulis diari online. takde terfikir pun nak carik follower ribu-ribu mahupun jana income dengan nuffnang. Semuanya sekadar ingin mencatat kehidupan seharian yang berlaku.

Masuk tahun 2009 pius create lagi satu blog untuk upload gambar-gambar yang pius ambik. Iaitu blog picturefinding, blog sekarang ni. sebab time tu tengah jatuh chenta dengan dunia photography walaupun takde proper kamera. tapi kejap je rajin upload gambar. *dasar hangat2 taik ayam* lepas tu terus tak hirau dah dengan blog picturefinding ni. Sebab tu la korang tengok entry untuk tahun 2010 takde. Sebab pius lebih suka tulis diari private pius tu.

Pius tulis bukan sebab nak ada follower ramai *tak tau pun semua tu*. tapi sebab memang suka menulis dari bercakap. walaupun apa yang pius tulis tu kekadang merapu, entah hape-hape. tapi suka je syok sendiri baca balik entry-entry lama. then bila dah lama-lama berblog, baru la terjumpa istilah blogwalking semua tuh.  segmen-segmen bagai. saje join-join.. carik kawan. baru rasa macam best pulak ader kawan blog. tahun 2012 baru aktiv sikit join-join semua tu. Best jee.. tapi sebab sebelum ni tak hirau pun benda-benda tu jadi tak tau la..

Sekarang ni macam dah malas nak menulis, rasa macam dah takde perasaan. bukan tulis dari hati. eceeeehhhh.. yoyo on sangat. di sebabkan pius suke baca balik entry2 lama, jadi rasa tak seronok pulak kalau baca entry yang takde perasaan yang sekarang ni pius selalu tulis.
Assalamualaikum..

Harini pius terlewat sikittt sampai opis, lewat 5 minit. Sikit la kan.. eh.. kalau ikut jam astro memang tepat pukul 9, kalau jam tv1 awal 2 minit... hohohoho.. jalan dekat kepong tu jam, bersimpang siuh. *haruslah kasi alasan jalan jam*

Semalam tetibe rasa macam nak balik rumah, rasa macam ngindu yang amat. Padahal baru je balik ahad aritu. So, kite ikut jela kata hati yang suci murni ini dan berdesup ke batu cep.. bukan la aku duduk dlm batu cep tuh... entah apa ada dlm tu pun aku tak tau.. sampaikan kak kiah sebok no nak panjat batu cep... hahahaha...

Saja la bawak mak ngan nenek gi makan kedai. kononnya aku nak pergi restauran spring potato tapi cari-cari tak jumpa. aaa..sedeyy...

aku dok konar-konar dekat area merah tu carik tapi rupanya jauh lagi kedepan... 
Saja la nak cuba... sebab dekat spring potato ada masakan korea.. hahahaha... nak la feeling-feeling oppa. *itulah motipnya* kuikuikui.... *sori sori sori @#@$#$#%$ tak tau nyanyi*

kredit:blog5zal
kredit:blog5zal
Sekali tak jumpa pulak. Baru nak rasa kimchi.. bibimbap.. *oitt terbelit lidah aku nak nyebut* Takpela.. kite benti la makan dekat kedai tomyam. next time kita terjah lagii..

eh.. punya panjang aku taip tapi takde pon kene mengena dengan secoet.. tak tak. aku nak cakap aku makan tomyam secoet jer. *tipu*
Assalamualaikum

Selasa rabu kames jumaat.. total 4 hari lagi. kuikuikuiii... tasaba nak coti oitt.. *aku lah pekerja cemerlang itu* bankrap company kalau dapat pekerja macam gini.. asyik kira cuti jerrr... nasib laaa...

rasa macam midterm break pulak.. hehehe.. takpun cuti ulangkaji... ulangkaji? kalau seminggu tu study week, aku cuti 5 hari, baki 2 hari baru balik hostel study. pulun pulun pulun... hahahaa... takde makna nak belajar dekat rumah yer.. buat berat bag dengan buku2 je.. yoyo on sangat nak study dekat rumah.

Raya cina ni aku cuti lama sikit la sebab kampeni aku keje ni kampeni cina.. haruslah celebrate raya cina lelama kan.. ishh asyik pikir cuti jerrr... keje aper pon tak siap.

keje keje kejeeeeee....

'time nak cepat, itu traffic light juga ada merah'

***********************************************

Hari sabtu ritu anak-anak buah ada rumah jadi best sikit la... Paling best layan budak-budak.. sebab aper tau.. senang nak buat dorang gelak.. senang nak kasi dorang nanges, senang nak pujuk balek.. kadang-kadang tu bukan aku buat aper pun tapi bukan main lagi dorang dok gelak-gelak.. aku pun tak paham.

Kalau degil sangat dok panjat2 .. auntie senang jer.. takyah jerit-jerit.. ambik tepon letak kat telinga..

'hello doktor, ni auntie piyush ni.. miya ni tak duduk diam doktor.. dok panjat-panjat. karang jatuh doktor enjet dia yer'

haa..kau.. kelam kibut turun.. kalau tak turun pun nanges la kau kat situ.. hahaha.. padan muka, degil lagi takmoh dengar cakap auntie.

aku bukan apa.. budak-budak kan.. aku takot la jatuh.. sebab haritu cousin dia jatuh, terkehel tangan pastu retak ke aper tak tau la..

dah nanges tu senang je nak pujuk.. peluk-peluk ceket.. baik la.. tak sampai bape minit dah main balik tak hengat dunia.


Petang nya jenjalan taman kepong.. tu pun dah petang sangat. Jalan bukan main jam lagi. Orang keluar shopping ke ape tak tau la. aku pun join la jugak.. shopping cuci mata... hehe...

4 hari lagiii.. esok selasa....
Powered by Blogger.