Bukan dunia pius

/
0 Comments
Assalamualaikum..

Setelah hampir setahun pius dekat sini, memang terasa landscape bukanlah dunia yang pius minat. Walaupun dalam hati pius suka pada keindahan dan kehijauan dunia ciptaanNYA. Ewah.. Memang hatiku penuh taman tapi aku tak minat nak design taman-taman. piss.


Dunia landcape bukan hanya tertumpu pada pokok-pokok sahaja, masih banyak produk yang berkaitan dengan landscape seperti water feature bahasa pius air pancut la. Outdoor/garden furniture melayu nak sebut apa yer? perabot taman agaknya. Sculpture pun ada. Banyak benda lagi tapi satunya, semua produk tersebut kena blend sekali dengan environment. Mana pokok yang sesuai letak, nak design kolam macam mana. layout tempat tu macam mana. Kadang-kadang termasuk juga sikit-sikit interior.

Tapi serius, hati pius bukan dekat sini lagi. Pius sendiri tiada basic landscape. Memang la bagus bila kita dapat belajar benda baru, explore benda yang kita tak tahu. Tapi bila kita buat sesuatu yang hati kita tidak minat atau suka, benda tak jadi apa. Kita tak rasa seronok nak buat kerja. Masa awal bekerja memang kita terasa seronok sebab semua benda baru tapi lama-lama kita sedar, ini bukanlah minat kita. Kita bekerja sebab seronok dapat explore benda baru tapi lama-lama bila dah tahu, nak buat kerja pun terasa hati kelain. Korang paham tak? Ini namanya alasan nak berhenti kerja. Hahahaha..

Memang selalu terfikir nak buat perkara yang pius suka. pedulikan kata-kata orang. pedulikan penghargaan orang dengan status pekerjaan. Ruginya rasa kalau hidup semata-mata inginkan penghargaan orang lain. Hati juga tidak gembira. nak cari kerja pun kena pikir pandangan orang ker? "tak nak la kerja tu, nati orang kata belajar tinggi-tinggi tapi ale ale kerja tu jeeee" see.. penyakit 'orang kata'. bila nak lenyap.

memang kadang-kadang tu ada orang tanya pasal kerja dan kaitkan dengan tahap akademik kita dulu 'kau dulu belajar selalu score je tapi bila kerja..... aku yang selalu tak score ni yang dapat kerja bagus, gaji tinggi' tak elok la cakap macam tu. Rezeki tu kan Allah yang kasi, Kalau pekerjaan kita bagus, bersyukur la. Jangan kita pandang rendah pada orang lain. Bermegah dengan apa yang kita ada. Kalau ada orang yang tanya pasal kerja jawatan apa dan gaji berapa, memang pius selalu malas nak jawab. Tapi kalau bertanya pasal kerja, macam mana, okay atau tidak.. dan sentiasa bagi semangat.. itu orang yang bagus. Orang yang bagus akan buat kita terasa bagus...haahahaha... nasihat pius, kalau orang tanya pasal status kerja dan gaji, haa.. jangan layan orang ini. Ini orang yang hanya mencari dan melihat 'penghargaan'. Tapi kalau yang bertanya tu orang yang rapat dengan kita ok la. Ahh.. tiba-tiba sangat jadi pakar motivasi. Sesuka hati membebel.

kata prof muhaya, 'ELAKKAN BERTANYA PASAL PERIBADI ORANG BILA BERJUMPA' bila nak kahwin, bila nak dapat anak. bla bla blaa... takut nati orang benci nak jumpa kita lagi. << hikss,.. pius selalu tanya orang bila nak kahwin.. agaknya stress lah mereka dengan pertanyaan itu lalu menghilangkan diri tidak mahu berjumpa lagi. ecehh..

Ahh.. kelaut dah ni.

Dalam minggu ni rasanya dah berapa kali pius ulang benda yang sama pada tc 'nak berhenti kerjaaaaaaa' nak buat benda-benda yang pius suka. 'jangan dulu' katanya. Sebab ada tanggungan. tanggungan? owh.. yang berkaki empat itu. Lalu hati terus terasa layu. huahahaha. So, cadangan dia.. buat secara part time dulu, kalau dah stabil baru boleh berhenti kerja. sob sob sob.. hati ini sudah tidak dapat ditanggung lagi.

p/s: Seni itu subjektif . *tetibe


No comments:

Powered by Blogger.