Hak bermain, hak kami!

/
0 Comments
Assalamualaikum

hehehehahahahohohoho.. itu hanyalah tajuk di balik tabir. eh. tajuk utama patut ditukar kepada 'hak menulis, hak saya' ye.sesuka hati je nak menulis apa. Entah kenapa pius memilih untuk menulis. menulis menulis dan menulis berbanding membuka mulut dan bercerita.

Pius start berblog seawal tahun 2008 tapi lebih kepada penulisan bersifat 'peribadi'. Secret-secret gitu. dan blog tersebut juga pius privatekan sampai sekarang. Ada la beberape orang yang pius invite sebagai reader, itupun dulu lah,. sekejap jer. Lepas tu menjadi total private. Memang niat berblog ni sekadar menulis diari online. takde terfikir pun nak carik follower ribu-ribu mahupun jana income dengan nuffnang. Semuanya sekadar ingin mencatat kehidupan seharian yang berlaku.

Masuk tahun 2009 pius create lagi satu blog untuk upload gambar-gambar yang pius ambik. Iaitu blog picturefinding, blog sekarang ni. sebab time tu tengah jatuh chenta dengan dunia photography walaupun takde proper kamera. tapi kejap je rajin upload gambar. *dasar hangat2 taik ayam* lepas tu terus tak hirau dah dengan blog picturefinding ni. Sebab tu la korang tengok entry untuk tahun 2010 takde. Sebab pius lebih suka tulis diari private pius tu.

Pius tulis bukan sebab nak ada follower ramai *tak tau pun semua tu*. tapi sebab memang suka menulis dari bercakap. walaupun apa yang pius tulis tu kekadang merapu, entah hape-hape. tapi suka je syok sendiri baca balik entry-entry lama. then bila dah lama-lama berblog, baru la terjumpa istilah blogwalking semua tuh.  segmen-segmen bagai. saje join-join.. carik kawan. baru rasa macam best pulak ader kawan blog. tahun 2012 baru aktiv sikit join-join semua tu. Best jee.. tapi sebab sebelum ni tak hirau pun benda-benda tu jadi tak tau la..

Sekarang ni macam dah malas nak menulis, rasa macam dah takde perasaan. bukan tulis dari hati. eceeeehhhh.. yoyo on sangat. di sebabkan pius suke baca balik entry2 lama, jadi rasa tak seronok pulak kalau baca entry yang takde perasaan yang sekarang ni pius selalu tulis.


No comments:

Powered by Blogger.