lampu tidur ubat nyamuk

/
0 Comments
Hukhukkk... Dah pukul 4 pagi _______ apa pius buat dekat sini? di dalam kegelapan sambil menaip entry yang satu ini. Ye. Jawapannya tidak boleh tidur kerana kesibukkan nyamuk yang super duper aktif malam ini.

Stress pius dibuatnya. Kenapa malam ni nyamuk begitu aktiv? Kenapa aku menjadi sasaran mu wahai nyamuk? Manis sangatkah darah ku ini.. 'Darah manis kot' cehh cehHh dan cehh.. <<Aku benci jawapan itu.

Sebenarnya before tidur pius da pasang ubat nyamuk letrik. Memang every time pasang tapi..... Tapi..... Kakak pius yang sorang asyik tukar pasang lampu tidur. Ahhh.. Stress. Aku menderita. Sudah, ayam kokok mana yang berbunyi ni *alarm tepon*. Disebabkan suis ada dua jer maka terjadilah episod "kau pasang aku cabut". Asal pius terjaga je mesti lampu tidur terpasang, then pius tutup pasang ubat nyamuk letrik. Lena sekejap. Nyaman. Tapi sekejap je. Jaga balik. Bilik terang, nyamuk banyak. *bila la tuan punya ayam ni nak terjaga?*

Tak paham kenapa dia tidur nak pasang lampu. Kalau tak lampu bilik, mesti on lampu tidur. Hukkkkk______

Bila agaknya abang posmen mahu datang sambil berkali- kali membunyikan honnya? Sambil melambai ayu minta disign bungkusan di tangan. 'Kelambu khemah adik dah sampai' ceh.. Kapan saat itu??

Dan mungkin bila nanti.. Kita kan bertemu lagi.. Satu pinta ku jangan kau coba tanyakan kembali..



Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.