Jom study, esok exam!

/
0 Comments
Assalamualaikum..

Huahaha... tajuk yoyo on sangat. Tetibe rasa macam esok PMR pulak.. eh. kau bajet kau awek muda sgt. tolonglah kasi cermin... pius sebenarnya takde apa nak update tapi jari ni still jugak rasa nak taip-taip walaupun semuanya bakal kelaut lalu menjadi ikan pekasam. entah hape2.. ada ke orang buat ikan pekasam guna ikan laut?

Malas lah bermukadimah....

Hari ni masa bergerak terlalu pantas, banyak lagi kerja tak sudah. Esok dah kena present.. lalu fairuz jaafar menjadi stress lalu magrain, lalu tak lalu makan, lalu.. lalu lalang.. huaahhhh.. asyik kata banyak kerja tapi tak reti-reti ke mak hencik nak start buat kerja tu!! jawapannya > mencari mood kerja. tipu.

So, minggu ni adalah minggu kebizian.. tiada fb *tipu* tiada blog *tifuuuu* semasa berada di ofis. Best kan bos dapat pekerja macam saya.. tarik nafas, kembang idung. Tak boleh nak kata apalah.. mmg dari awal dah kena warning ngan bos... time minggu free, suketi korang la nak buang masa.. boleh goyang-goyang kaki lagi, tido n what so ever.. tapi time bz, padan lah muka. sendiri mau ingat. Keje tak siap, alamatnya kol 12 la aku balik. time aku nak benti ni la.. banyak benda nak kena buat. Kang lama-lama tak berhenti aku. dari 1 bulan ke 1 bulan.. ayooo ama..

 







Bersungguh  
Semalam bos beli buku suruh aku bawak balik and study. huh? Aku paling malas nak buat kerja dekat rumah.. korang pepaham jela. Itulah time nak rehat. Tak patut bawak balik kerja. Tarik nafas, kembang lagi. pekerja contoh. Ada satu buku tu besar gedabak, malas nak sentuh. Aku refer buku kecik la dulu kenn.. tu yang penanda semua tu bukan aku, aku adalah malas okay nak study2... Tu keje bos aku.. *bos, i lap u tapi i nak benti kerja dah ni* hahaha.. aku takut nak cakap kt bos yang aku nak berhenti. Sebab haritu opismate ader mintak cuti, tapi dia macam tak nak kasi lepas sebab dah nak dekat tarikh exhibition. yang lain tak leh cuti katanya. cehhhhhh... aku pulak still ada lgi satu projek kat tangan. projek yang mengkayakan bos-bos aku dan engkorang yang makan gaji. Aku ngan korang tak kaya tau.. bos yang kaya.. kita-kita makan gaji ni butoo.. eh. salute kat orang yang buat bisnes sendiri tapi humble giler. poket berkepuk.

dengan semangat berkobar-kobar
 Dengan semangat yang jitu, dengan pen berwarna pink itu..lalu...  ahhh.. mata dah kuyuuuuu..  ini namanya hangat-hangat tahi ayam. Bangun, carik kamera. Membuang masa dengan alasan mengantok akan hilang dan semangat untuk bekerja akan kembali jitu.

lukisan kekacang meninggalkan kulit kacang. ya. itulah kacang lupakan kulit.
 sambil baring sambil snap-snap. Moga hilanglah segala mengantok. kekacang menjadi sasaran.

wayar-wayar pun jadik la..
Mengapai bintang di balik kelambu.
Juga selimut-selimut kesayangan di kala sejuk.
Puas dah main-main, okay. Yess.. Hilang dah mengantok! Moh study and carik idea untuk hari rabu. Lalalalala.. inilahhh barisan kitaaa... capai pen, capai buku... selak-selak sikit.. dan akhirnya...

Best nya idea niiii.. saper punya idea ni.. sure bos suka... kembang lagi.
Akhirnya malam semalam aku tewas, ye, aku tewas. Okay, nak pergi dapur carik kopi cap aminah, kopi kepala dara, kopi kapal selam, kopi kak timah.. 

Bai.


No comments:

Powered by Blogger.