April

/
0 Comments
..Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu, sekarang sudah pun masuk bulan April. Rupanya dah 3 bulan aku berusaha setapak kehadapan. Alhamdulillah. Pertengahan bulan 3 aku dah mula launch bisnes sendiri tapi masih di peringkat awal. Awal sangat. Banyak benda yang tak susun betul-betul. First step selalunya susah sedikit sebab banyak benda yang belum kita belajar.. belum ada pengalaman. Tapi bagi aku, baik mula awal-awal.. awal mula, awal jatuh dan awal bangkit kembali. 

Masuk bulan 4, aku dah mula tidur lambat. Selalunya pukul 10.30 - 11mlm dah masuk tidur. Sekarang, pukul 12 belom tentu aku tidur lagi. Mata pun dah mula terlihat kepandaannya. *hukkk.. ayat baru* .. kalau dulu balik kerja jer mesti nak capai phone dulu, mesej tc. Sekarang takde nyer.. *ngeee* sampai rumah mandi solat semua, terus jenggah pc. Sambung kerja. Semalam masa tc kol, cerite la pasal kerja part time aku nih... "awak ni asyik kerja je, saya tak hirau pun" lebih kurang gitulah ayatnya. Huuuu.. yeke?? Alaaaa.. kira 2x5 la, time dia tengok bola tu tak ingat pun kat kita. hohohohoho.. *ader jugak benda aku nak jawab*

Aku pun takde apa sebenarnya nak update. Aku baru nak belajar banyak benda.. sekian. bai.

PS: sedap ker pavlova?


No comments:

Powered by Blogger.