Kesejukan di Ulu Yam

/
0 Comments
..Assalamualaikum..

Ye, sebut saja ulu yam pasti terasa nak terjun dari batu-batuan walaupun sebenarnya bukan lah dalam sangat sungainya. Pun bagus jugak sebab tak reti berenang.

Hari ni baru terasa mood untuk menulis datang, walaupun kerja masih lagi berada di zone kemerah merahan. Serius, otak seperti kehilangan idea. Akibat kerja yang tidak pasti di mana tahapnya, maka sabtu lepas aku merajinkan diri menyambung kerja yang tertunggak di opis subang. Fiza, opismate juga ada. Masa berkualiti yang ada tidak banyak, harus dimanfaatkan sebaik mungkin. 

Tiba-tiba terlintas difikiran.. "bagus jugak dapat mandi-manda di sungai atau beriadah di mana-mana"

Dengan laju mengajak Kak fiza untuk turut serta. Destinasi pertama yang dipilih ialah Bukit Cerakah, shah alam sebab kak fiza tak pernah pergi lagi. Pun okay jugak walaupun aku dah banyak kali ke sana. Tapi... aku teringin nak mandi sungai... so, decide petang sabtu pergi ulu yam dan ahad baru gerak ke Bukit cerakah. Seronok la hang pa.. penang mari. hehe.. Ajak sekali khadijah. Mesti hang pa kebosanan duduk subang ni tak tau nak beriadah dekat mana. 

Tutup pc.. kemas meja.. gerak ke ulu yam...


Tengok gambar je dah buat diri terasa sejuk.. ecehhh poyo pulak. ehem. Akhirnya dapat jugak rehatkan diri dengan aktiviti macam ni. Sejuk tak terkata! 

Dalam kot!
Aku tertipu dengan keadaan sungai yang deras. Lantas ke atas batu dan terjun.. hahaha.. cetek jerrr.. beriya aku pulun nak lompat. Bersimpuh terus dalam tu.

Belakang tu fiza..
Aku paling tak tahan tengok gelagat kak fiza. Serius haritu aku asyik sangat gelak melihat segala aksi renang berirama opismate. Hehe.. Masing-masing tak reti berenang, aku cuma tau apungkan badan jer :) kak fiza je yang tak reti nak apungkan badan. So, aku dan kak dijah takde buat apa.. apungkan badan dan layan pemandangan sekeliling. Cara paling best menikmati ciptaanNYA..

Dah lama tu, baru kak fiza reti macam mana nak apungkan badan... hehe.. lawak. Syok katanya...  dok lawan siapa paling cepat sampai...hahaha.. gelak~

 
Ulu yam pun cantik jugak bagi pengemar photography..

cantik kan.. capture by fiza.

ni pun cantik jugak.. cuma edit contrast je
 
 Kebanyakkan gambar di ambil oleh kak fiza... 


 Okay, penat dah bersenam dan berkuak.. time to say gud bye.. peace :)


No comments:

Powered by Blogger.