update sikit

/
0 Comments
Lama rasanya tak update blog, ni pun malas-malas menaip. Itupun sebab mata tak muh lelap lagi. Update gune phone je.

Lupe.. Assalamualaikum.. Siapa di luar? Aku di dalam oooiiii...

Aku bukanlah buzy mana pun cuma tiada mood untuk menaip apatah lagi karangan yang berjela panjangnya. Before this aku rasa macam stress dengan kerja.. Rasa macam nak give up pun ada. Sampai hormon pun dah tak betul, emosi kelaut!

Banyak benda berlaku baru-baru ni sampai aku rasa.... Apa ni?? Ada sehari tu, aku nanges time kerja sampai bengkak-bengkak mata. Melimpah ruah air mata sampai Nak usik kerja pun tak boleh. Malu aku dengan opismate. Naseb masa tu dah nak habis waktu kerja.

Agaknya, Frasa apa yang aku lalui sekarang ni? Frasa kematangan? Kedewasaan? Ecehhhh..
Nak share ngan cik kiah, dia pun dah tiap2 hari problem.. Kiah kiah... Propa semua ni...
Sebut pasal kiah, 25 may haritu dia kawen. Selama 3H2M aku berkampung di rumahnya. Pakej termasuk tempat penginapan, makan minum serta layanan ekslusif... Hahaha.. Family yang sangat mesra! Umi (mak kiah) pulak bukanlah segarang yang aku fikirkan. Lembut tapi agak tegas. Rindu dengan kemesraan keluarga umi..

Pada masa yang sama, angin telah bertiup dari arah shah alam membawa berita kakak aku bakal berkahwin tak lama lagi (Insya Allah). Dan tiba-tiba semalam, tak semena-mena mak bersuara ' kalau kau kahwin sekali, lagi bagus. Jimat duit'

Huh? Saper yang nak kawen ngan fairuz mak...

Jawapan selamat 'calon pun takdeee'

Dua tiga hari ni aku perasan mak asyik sebut nama tc.. Asal tepon bunyi je mesti tanya 'kecik ke?' Lepas abis tepon je mesti tanya 'kecik ke?' Jawapan ringkas 'Hurrrmmm'

Dia sendiri sibuk dengan kerja, sibuk dengan life dia.Family. Kawan-kawan. Bola. Rasanya belom ada aku dalam list commitment dia. Sejak aku cakap yang aku malas bercinta, rentak tc terus berubah. Hehe.. Pun okay.. Jodoh bukan di tangan aku. Aku ada alasan sendiri atas kemalasan itu. Kita terang lebih2 pun payah jugak.. Takut salah paham.. So,baik keep to our self. Biasalah bercinta ni ada naik, ada turunnya.. Kalau datang malasnya.. Malas la.. Kalau datang sayangnya.. Saa.. aaa... (Rosak plak keypad nak taip).

Senang cakap, yang jauh dikenang-kenang.

Yang ni frasa apa ye? Hehee...

Hurmmm... Dah pukul 5am dah ni.. Tido dulu lah.. Kang siang sambung.. Sebenarnya aku terlelap pukul 12 lebih pastu terjaga pkul 4.. Smbung balik entry.. ni aku nak tido balik... Jap eh...

5.14 pagi.. Huuuuuuuuuu asal aku pejam mata je terus on lagu putih putih melati ni????? Putih putih melati, merah merah delima.. Siapa yang baik hati pasti ku terime... Arggg.. Stress nak tido.. Berulang-ulang lagu ni dalam kepala... Dah macam kaset!

***

Blurr.. Alhamdulillah.. Kenyang baru lepas lunch.. Hehe. Ada setengah jam lagi before start sambung keleje. Hehe.. Keleje la sangat. Aku banyak benda sebenarnya nak buat tapi semua dalam satu masa, jadi kipala pusing jugak ada. Cuti ni mungkin boleh buat aktiviti sikit..

Sebut aktiviti, ada 2, 3 kejadian yang belum sempat aku update. Hehe.. Kesian kat blog aku..
Okaylah, dah takde ape nak taip. Heeeeeeeee eeeeeee eeeeee.. Bai.

Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.