Maixara C-Sential

/
0 Comments
Selangor cuti kan harini.. huhuu... naseb bos pun kasi cuti.. ikutkan dia tak kasi. :) dapat lah relax" jap kat rumah walaupun kegusaran di hati semakin terasa. Sambil rehat-rehat tu, siapkan jugak tempahan kad kahwin pelanggan.

Tengahari tadi posmen datang, ada parcel. "Siapa yang hantar?" tetibe kan tak ingat pulak ada beli vitamin c. huhu. Aku beli dekat sepet je, dah selalu follow blog dia, rasa yakin nak beli kat situ. Akhirnya tergoda gak aku.

Terus buka bungkusan, rasa satu..hahaha.. okay, sedap. Dalam tu dapat sekali 2 face mask dan 2 eye mask. Tak tau pulak dapat free gift.  Dah nama free gift, mesti lah happy kan. Aku pun jarang nak beli-beli mask ni, keluar pun banyak shopping makanan. Entah tahun bila agaknya last aku pakai mask-mask ni.

 
Pakai mask hitam dulu. Macam tak nyempat aku nih... time tu jugak nak pakai. Terus tinggal kerja. huhuuu... Harus ambik gambar, buat bekalan nak send kat tc. Senang, kang dia mintak gambar.. aku send jela yang ni.. hahahaha.. Haritu aku send gambar pakai tepung komak *bedak sejuk*, dah delete agaknya dia.. *mcm hantu*.. Selalu dia send gambar orang asli kat aku... takde pun aku delete tau.. time aku hantar ke dia, saja nak delete-delete.. ketidak adilan di situ. Yang ni pun dah cukup ayu dah ni, dah macam model tudung fareeda...

 
Pakai pulak eye mask, gerammmm... sebab mask tu lembutnyerrr... rasa macam nak tonyoh-tonyoh akibat kelembutannyerr itu. Aku ni dah macam takde kerja nak buat, bukan apa... asyik buat kerja jer *baru buat sekejap* jemu jugak kan...

 
Akhirnya berguna jugak botol air yang aku beli nih.. hahahahaha... okayyy fine! aku sambung buat kerja. finee fineee....



No comments:

Powered by Blogger.