Pulau Perhentian Part 1

/
0 Comments
..Assalamualaikum..

Korang apa khabar? sihat tak? Pius harap korang yang baca blog ni sihat-sihat. :)

Lama sebenarnya pius rancang nak ke Perhentian, rasanya adalah dalam 2 bulan. Lama tak? hehe.. Bila hati rasa teringin sangat, 2 bulan pun terasa lama. Ye tak. Pius gerak dari Hentian bas Putra jumaat malam (10.30mlm) dan sampai ke Kuala Besut lebih kurang pukul 6 suku. Dah berapa tahun rasanya tak naik bas jalan jauh-jauh. Jadi perjalanan kali ni memang terasa sangat risau, takut dan seram juga ada. Takut jugaklah.. ishhh.. siap pakai tali pinggang lagi.

Lepas solat ( Surau berdekatan dengan jeti) kita orang sarapan. Pulut bakar dia paling sedap! dan lepat pisangg.. ermmm.. first time makan lepat pisang ganu.. pisang dibalut pulut. Hurmm.. rasa lain sikitlah dari kl.

Berhampiran Jeti

crystal blue water. osem.
Pius stay dekat Perhentian kecil-kampung nelayan. Dekat sini makanan lebih murah dari tempat lain. Nama je kampung nelayan tapi air still lagi cantik dan terjaga. Pulau perhentian antara taman laut Malaysia kan, jadi kawasan sini memang terpelihara.




Penuh dengan bot-bot kecik @ teksi air. 
Sementara tunggu waktu snorkeling tiba, pius jenjalan dulu dengan mak sekitar kampung ni. Sekitar pantai penuh dengan teksi air. Kalau nak mandi pun tak berapa nak seronok sangat.




*************************
Jom. Snorkeling time.

adik n farish
snorkeling google ni membuatkan wajah aku bertambah ayu. auw..
adik
Sebenarnya ni first time aku snorkeling. Serius aku takut masa mula-mula nak turun ke laut. Adik aku memang tau berenang jadi dia kesah apa kan. Tinggal aku sensorang kat atas bot. Nak tak nak gagahkan jugak diri turun. kalau tak rugi jela aku bayar snorkeling ni. Rasa lawak pulak bila teringat masa turun tu, gagah aku berpaut dekat bot.. takut. tak tipu. Last-last adik aku datang pegang. Hehe.. Dia tarik aku sampai tengah pastu dia tolaknya aku ketepi jauh-jauh. Rasa macam.. 'jahat ko dik tinggalkan akak terumbang ambing di sini!'

Tapi kejap jela keadaan tu.. sebab dah yakin life jacket memang berguna di saat itu.. haha.. Lama sikit baru dapat rentak snorkeling. Mata rabun tak menjadi masalah. Aku tak tau la google aku pakai ni ada power ke tak.. yang pasti aku nampak walaupun terhad.

Time snorkeling ni, aku banyak juga ambik gambar. Tapi ikan laju je tak sempat nak snap. Korang jangan ingat aku pakai GoPro ke hape ek.. aku pakai bb aku tu jer. kata bajet! Asal boleh ambik gambar. Cuma kualiti tak berapa elok la. Paham-paham jela.

ishh.. dah macam penyu je aku tengok.
Antara pemandangan yang aku tengok di bawah sana.



cool eh..
seksi under water! 
Ape jadah aku ambik gambar dorang ni.

ambik je tapi tak kenal siapa. hehe.. satu trip
*************************
Selesai snorkeling kita singgah ke lata air berani.. mandi air sejuk. Kalau tak silap aku, ni air tawar. Serius sejuk air ni, macam mandi ais.


adik dan kawannya.
**************
Petang-petang jalan sekitar kampung tengok budak-budak pancing ikan tepi jeti. Seronok jugak duduk sini, tengok orang kampung, borak-borak. Hehe..  makanan lebih murah dekat sini tau, kebanyakan pelancong akan datang makan dekat sini walaupun chalet dorang dekat area perhentian besar. Tapi kalau korang bebetul nak privacy dan kedamaian bagai, aku cadang korang stay kat chalet perhentian besar. Bukan dekat kampung nelayan (perhentian kecil 2). Tapi aku rasa bagus jugak duduk dekat sini, selain makan senang nak carik dan murah. Kawasan sini lebih selamat kot aku rasa. Plus surau dekat dan azan tentunya akan kedengaran. 

Perhentian kecik (long beach) antara paling happening time malam dengan mat-mat dan minah salleh berhiburan dan berdansaan. hukhuk.. So, kalau bawak anak tu tak yah la gi sana.  nanti korang research eh.

Time aku datang ni memang pack. Semua tempat full termasuk kat kampung nelayan ni. Sampaikan ada sorang pelancong ni aku jumpa menumpang kat rumah orang kampung sebab takde bilik nak stay. Perempuan tau, bukan lelaki. Semua tempat dia pusing carik chalet tapi full. Mungkin chalet yang mahal-mahal tu ada la kot. 

pancing ikan?
sanggup kah kalian untuk membakar ikan secantik dan secomel ini.. -__-" ikan ni tecik jer. Cian.

Saksi utama pemancingan haram di sini. hehe.
**********
Suasana malam di kampung nelayan


Kawasan pius duduk ni agak sunyi sikit berbanding kawasan berhampiran jeti. Dekat area jeti lebih meriah dengan kanak-kanak sibuk bermain bola. Hurmm.. siang sibuk tolong kutip kelapa, malam main bola.. hurmm..


After bbq yang sangat la sempoi.. pius jenjalan sekitar sambil tengok langit malam. Hurm.. tak banyak bintang. 

Sambung...


No comments:

Powered by Blogger.