Pulau Perhentian part 2 - Snorkeling sepuas hati

/
0 Comments
..Assalamualaikum..

Sambung dari entry lepas..

second day, kita orang pergi Perhentian Besar dekat area Tuna bay. Dekat Tuna bay banyak kawasan untuk snorkeling dan itulah tujuan utama aku ke sini. Haha.. Kawasan pantai sini lebih cantik, pasir lembut tak terkata berbanding dengan kawasan kampung nelayan. Geram rasa nak berguling dekat sini. Hehe.. 




 proses membina mahligai
sesi bermain bola tanpa kebenaran bertulis dari pemiliknya.. haha..
ada rupa 18 tahun tak muka aku.. hahaaaa...
Okay, untuk hari kedua ni set snorkeling kena sewa sendiri. Murah jer, 10 hengget satu set.. guna la sampai bile-bile.. asalkan dipulangkan balik. gitu. Hehe.. aku lah yang sebenarnya tak puas snorkeling.. jadi aku paksa la dua orang laki ni untuk join sama.. Nak ajak mak memang tak dapat la.. takuttt je keje. Aku okay lagi la.. takut sikit-sikit je. eheh.

sesi melentikkan diri
Bersedia mara kehadapan.. kiri kanan kiri kanan...
okayy.. aku snorkeling tepi-tepi pantai je.. hahaha...
Kat sini aku snorkeling dekat-dekat jer... tapi serius sini banyak ikan. Pantang aku kasi roti laju jer nak terkam sampai aku rasa seram nak kasi. Ishh... geli pun ada dia dok gigit-gigit macam kebulur betul. Ishh.. seram aku.. banyak sangat yang datang.. sampaikan aku terpaksa angkat tinggi-tinggi roti tu.. pun still jugak berkerumun dekat aku.. huaaahhh... Last-last aku kasi je paket roti tu dekat budak-budak sekolah yang kebetulan snorkeling tepi aku.

*************************
Puas snorkeling dekat area tuna bay, kita orang gerak ke hujung pulau.. ada satu teluk. Orang kampung panggil teluk kekek. 


Jernih kan air laut ni
yang hujunnggggg jauh ada batu-batu besar tula terletaknya teluk kekek.
eheh.. kenapa aku asyik terlentik je dekat sini.

Pemandangan sepanjang perjalanan memang serius lawa. Air jernih..


sampai dah teluk kekek
lawa wehhhhhhh...... Subhanallah...


****************
Dekat sini pun aku snorkeling dekat-dekat jer sebab aku baru pergi jauh sikit jeeee.. mulalah mak aku bersuara.. "fairuzzz..jauh dah tuuu" huisshhh..  time aku snorkeling dekat laut yang lagi dalam semalamnya, takde pulak mak aku bersuara 'jangan pergii.. dalam tuuu" hahahaha...


Sini pun banyak ikan.
kenapa muka kau je aku jumpe??

Memang aku berendam lama dekat sini.. berejam-rejam lamanya..huhuuu..  

gambar dia jela banyak..
gambar aku yang ni je yang cantik pun...
Disebabkan bb aku je yang boleh masuk air, jadi gambar dorang jela yang memenuhkan memori phone aku. Hampeh tol..

sesi memberi ikang makang..ehem.
tengok la.. gambar dia je tau.. venci i..

geram rasa nak tangkap picit-picit

tangkap ikan...

best la kan.. reti berenang..

semua nyer la gambar ko dik.. ni apa pulak? model dalam air...
Stress aku tengok.. 
gambar aku setakat muka penyu ni hah.. redha..
Penat snorkeling rehat-rehat jap tengok mak buat apa...

kikikii.. lawak pulak tengok mak aku ni..  tangkap ikan ye mak..
gamat, besar weh.. geli aku. 
nah, makan pasir. kecik-kecik taknak sekolah.. dah besar harap aku je kasi korang makan.
Aku rasa trip ni boleh dikatakan trip snorkeling.. haha.. Pedulik.. janji puas hati dapat snorkeling sepuas hati walaupun adik membebel.. 'kita snorkeling jela kat sini'..  Sebenarnya second day ni pergi panjat bukit tengok view pulau dari atas.. tapi aku tak gi la.. kesian pulak mak aku nanti. So, decide jalan-jalan pulau besar sambil tu boleh mak mandi-mandi memandangkan kat kampung nelayan tak seronok sangat nak mandi . Dan paling penting.. tuan yang membawa ni puas hatiiiii... hahahahahahah... haaaaa....

ada jugak lelaki yang suka carik kulit siput, ingatkan perempuan je suka.
misi mencari kulit siput ditepian pantai.
Tu jela trip aku.. trip bajet yang rasanya full dengan snorkeling jer.. hahaha.. Puas hati jugaklah.. banyak benda sebenarnya yang seronok dekat sini...

Naik bot enjin yang.. serupa roller coaster.. serius! Rasa melayang-layang perut weh.. dengan lajunya dia bawak.. langgar ombak-ombak semua.. huiisshhh.. giler best walaupun perut rasa tertinggal dekat belakang.

dan paling tak boleh lupa..

coconut shake yang paling sedap!
Aku tak rasa coconut shake kat klebang tu sedap.. first time minum pun aku dah rasa macam.. 'apa yang sedapnya?' gituuu.. tapi yang coconut shake kat pulau ni memang aku rasa sedap giler walaupun dia tak letak aiskrim macam dekat klebang sana. Pure giler la rasa dia. Uishh teringat-ringat. Sedap weh.. ikut tekak aku la.. eheh.

Okay.. penat da aku cerita sensorang.. hahaha..  


No comments:

Powered by Blogger.