Seluas langit dan sesedap air teh laut.

/
0 Comments
..Assalamualaikum..

Sempena ketiadaan bos dekat opis akibat kesihatan yang tidak mengizinkan, moh la kita bersuka ria sambil membuang masa tanpa memikirkan preparation untuk meeting yang telah dicancelkan. Yihuu! disitu. hep hepp..

Serius disitu. Ketiadaan bos memberi ruang untuk kami berjimba. ngeheee.. tapi tapi.. kalau keluar bos takde, tak best laa.. saper nak belanja makan. erk~ Hari Jumaat kan.. Selalu bos blanje blanje.. haha..

Harini pagi-pagi lagi aku dah kelam-kabut memikirkan plan yang telah aku rancang sebulan lalu. Silap sebab aku tak beli tiket bas awal-awal dan akibatnya..... plan tak dapat dilaksanakan! Al maklum lah dengan keadaan sekarang.. cuti sekolah. Tiket bas semua full. Tapi nasib jugak boleh pospond kalau tidak habis la kena drive sendiri tak pun burn saja duit pakej tersebut. Selamat boleh postpone kan.. :)

tunggu aku datang..
Ya Allah.. tengok gambar je dah terasa teruja apatah lagi depan-depan mata. Haaaa... cair hati tengok. Rasa nak guling-guling buat drama hindustan dekat situ.

So minggu ni kena rancang benda lain la.. aku bosan kalau duduk rumah jer. Semua benda aku malas buat. Hahaha.. sampai kakak aku kata 'kau duduk rumah masak la yut' ... jangan harap! kasik lepas perut aku jer.. kesian dorang..hahaha... Entah, dulu time aku rajin masak.. tiap-tiap hari aku masak sampai mak asyik puji jer.. "fairuz ada rumah ni dapat rehat sikit.. dia masak.. dia kemas.." wehh.. rajin sungguh aku dulu weh.. kihkihkih... ewahh..  tapi sejak dah kerja ni aku malas je nak masak apa-apa.. kadang-kadang aku masak, orang semua keluar.. takde orang makan. Adik futsal, mak kenduri, kakak keluar.. tu aku malas nak masak tuh. kalau tinggal berdua ngan baem (adik) baru aku tanya kot-kot dia lapor nak makan nasik.. Then baru aku masak..

Nak cakap punyer lama aku tak tung tang dalam dapur, sampai haritu ada tetamu datang aku terbuat air teh+air laut.. paham tak tu? air teh masinnn laaaaa.... hahaha.. naseb rasa dulu, kalau tak rasa dulu naya diri jer, cancel jadik menantu. eheh. Tak pernah-pernah pulak mak letak garam dalam bekas besar, selalu gula je bekas besar.. tu dengan yakinnya aku bubuh je bersudu-sudu. Yela... kalau masuk dapur pun sekadar cuci tangan, basuh pinggan, minum air, masak magie gitu-gitulah. Okay.. korang tnggu aku rajin masak balik pastu baru masuk minang eh.. hahaha.. aku suka masak sebenarnya. aku suka cuba-cuba resepi.. cuma sejak kerja ni, memang rasa malas noh nak masak.. rasa macam nikmatnya bila balik kerja tengok bawah tudung ada makanan mak masak walaupun kadang-kadang tu ada ikan masin ngan telur goreng jer. Sedap nikmat tak terkata. Letak kicap sikit.  Bertambah tambah nasik. 

Alaaa perempuan ni.. dah kahwin kang gerenti nak masuk dapur, nak masak sedap-sedap untuk family. Gerenti dari tak pandai terus jadi pandai masak. Klau tak pandai gak.. tu namanya orang gaji yang masak. okay. fine. bai.

Hurmm.. macam dah melalut pulak tibe-tibe.. 

Balik kepada aktiviti... satu benda yang palingggggggg aku suka sekali... duduk tempat yang luas sambil baring melihat langit yang penuh dengan bintang-bintang ataupun awan waktu siang. Ya Allah, sejuk giler rasa hati ni. 

Alaaa... kat mana-mana pun boleh buat... 

Tak sama wehh... kita selalu berada dekat tempat yang ada banyak bangunan, rumah-rumah yang pasti terang dengan lampu-lampu. Time tu mata kita dah disilaukan dengan cahaya tu semua, jadik mata kita tak nampak langit yang sebenarnya cerah dekat atas kita. (Kalau waktu siang tu lain lah.)  Serius. ini seriuss... wonderpet kami datang...

Kalau area rumah korang blackout, cuba keluar dan renung langit. Sangat indah... ewahh.. romantik gitu. Itupun kalau langit cerah la, ada bintang-bintang. Last.. aku paste gambar dan video dari blog ZAHARIZ buat tatapan korang..





Mystical Aurora Borealis from ZFilms Production on Vimeo.



"Dengan Basikal Aku Menjelajah" Trailer 2012 from ZFilms Production on Vimeo.

Baibai korang.. semoga hari korang baik-baik sahaja.


No comments:

Powered by Blogger.