Tong kodak kodak..

/
0 Comments
..Assalamualaikum..

Since percutian bajet aku untuk minggu ini tak dapat dilaksanakan maka berbajet-bajet la aku di rumah sambil memikirkan aktiviti untuk minggu ini. Rumah memang sunyi kalau takde anak buah yang datang.. tapi kalau anak buah datang.. hah.. tak terlayan semua.. Rumah confirm tak payah kemas.. eheh. sebab tau rumah bakal bersepah kembali. Hehe.. 

Minggu ni aku tak keluar memana sangat memandangkan anak buah dah datang. So, layan dorang jela..


Zara, sejak kecil dah terbiasa panggil wewe. Jauh beza wewe dan Zara. Tak pasti macam mana boleh start panggil wewe. Mama dia lah ni.. Hurmm.. ikutkan nama aku sendiri pun aku tak tau kenapa orang panggil ayut.. (sampai sekarang). Tapi memang kebanyakkan mereka yang bernama fairuz, nickname nya mesti ayut.   Agaknya kitorang pelat kot nak sebut nama sendiri. oit.. tetibe interframe..

Si kecik ni Zeti.. Susah nak ambik gambar dia senyum secara normal..hukhuk.. geletek-geletek sikit baru bleh.. amoii aaa... paling sepet sebijik ikut mak dia. Dalam family aku, kak long n adik last jer yang betul-betul ikut belah ayah, chinese. 

Paling suka memuji tak kira apa pun termasuk la dirinya sendiri.. hehe.. 

"sedapppnyerrrr nasik niiiiii"

"cantiknyaaaa cincin niiiii" 

"etty cantik kannn"

 Tula ayat yang selalu keluar dari mulut zeti.. semuanya memuji..

giler menulis.. melukis
Budak-budak kan.. memang suka nak melukis. Saja aku lambakkan marker bebanyak kt lantai.. kasi rambang mata dorang sebab colourful.. marker lama tu, banyak dah takde dakwat. Tu pun bawak keluar semata-mata nak pujuk wewe ni.. merajuk sebab aku tak nak layan.. tak muh dengar cakap auntie saper suruh. ..senang je modal nak buat pujuk... hukhukk.. giler tak seronok dapat marker banyak-banyak kaler macam ni.. walaupun hakikatnya banyak kaler dah janda. ~


Owhh yer, sebenarnya nak cerita pasal tong kodak-kodak ni hah.. aku pun tak tau la mana asal benda alah ni.. lagu dia yang betul-betul pun aku tak tau. Entah korang dekat luar sana biasa ke tak buat benda alah ni. Sebab sejak aku kecik lagi memang dah buat gini. 

muke etty main tong kodak kodak
habis gerbang-gerbang rambut.. 
Tu jugak la modal aku nak melayan dorang dari menanges panggil mak nya yang keluar beli barang.. hukhuk.. " mama pergi kedai.. jom jom main tong kodak-kodak ngan auntie" confirm lupa terus nak nanges.. hehe..

video

Tong kodak kodak..
mayang jambu jambu..
mana ini budak..
ada dalam kelammmmmm  buuuu (angkat tinggi-tinggi)

Aku lengguh kaki sebenarnya buat cenggini.. sampai semput-semput ha.. hehehe..

#kukunci lirik..huhuuu...



No comments:

Powered by Blogger.