100% Yakin dah kenal diri sendiri?

/
0 Comments
Orang yang memahami dan mengenali dirinya adalah orang yang mengetahui apa kehendak dirinya tetapi orang yang enggan mengenali dirinya bagaikan orang yang bersembunyi di sebalik bayangannya. 
-unknown- sgt~

Ewah.. tajuknya..

Zaman sekarang ni semua orang sibuk judge orang lain, semua orang sibuk dengan kehidupan orang lain. Hari-hari berjam hadap pesebuk tengok kehidupan orang lain. Judge itu dan ini. Kita lupa.. lupa nak lihat diri sendiri. Hurmm.. serius tak serius tak?..

Hahaha..

Takdelah, kadang-kadang tu kan kita terlalu mudah nak judge orang lain. Padahal kita sendiri bukan berada ditempat orang tersebut. Hal luar dan dalam juga kita tidak tahu, hati dia lagi confirm kita tak dapat baca. Sunggguh-sungguh kita nilai macamlah kita ni tuan punya diri, tahu segala macam hal dalam hati. Lupa.. lupa pada PENILAI sebenar. ayat tunggang langgang

Dahhh.. buang jauh-jauh semua tu~

*****************
jauh-jauh sampai tak nampak
Aku ni sejak dari zaman sekolah sampailah sekarang suka sangat buat personaliti test. Tak kiralah dari sumber apa sekalipun pasti aku buat. Bermula dengan majalah remaja, surat kabau, internet, buku teks sekolah.. boleh kata semua perkara berkaitan personaliti diri aku suka.  Selain kuiz, ada juga personaliti diri berdasarkan tarikh lahir korang sedia maklum yang dibuat berdasarkan ilmu sains metafizik yang mana aku pun tak tau metafizik tu apa sebenarnya. Ini seriusss.. wonderpet... kami datang.. dah google pun still paham-paham taik ayam je. suam-suam kuku.

Benda-benda ni bukanlah sesuatu yang korang boleh kata sahih datanya dan bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan pegangan. Hanya Allah yang mengetahui akan apa yang DIA ciptakan. Tapi tak salahkan kita berusaha mengenal diri supaya dapat memperbaiki diri kearah yang lebih baik. itu lebih baik dari sibuk menilai orang lain... ewahh..

Aku lahir bulan Ramadhan tetibe..... yelaaaa! sempena Ramadhan kan.. heboh sekampung ahh.. :p

RAMADHAN - anda baik, pendiam dan suka merendah diri. Anda tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Anda tidak suka menonjolkan diri. Kehidupan anda selalu selamat.

Kalau bab baik tak baik tu sepatutnya kena tanya cermin (kawan/parent) la. Nak tau comot ke tak muka mesti nak tengok cermin kan. Sambil tu tengok jerawat mana lagi yang tak dipicit-picit ditenyeh tenyeh. Kalau bab pendiam tu memang ye sangat. Kalau nak dengar aku gelak besar-besar, bebel tiap masa.. haaa.. haaa.. jadi kawan rapat dulu.. huhuu.. and serius! aku tak suka menonjolkan diri buat masa sekarang. Blog ni lain lah, ni medium untuk bersuara memandangkan aku ni pendiam. eheh. sangat~ 

lahir sama bulan Ramadhan? Yeaahh giv me fiveee

tak sama? korang yang mana? klik SINI

***********************
Mengikut kiraan tarikh lahir
Contoh: 12 April 1974
12+4+1+9+7+4= 37
3+7=10
1+0 = 1

Aku nombor 4, which is conservative katanya..
- Golongan ini sangat peka dan tradisional. ini tak paham..
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. hurmm.. tak dapat dipastikan..
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. btol btol btol
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. iye.. saya lah tu
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. oh yeahhh...
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. apa degil sangat kau ni pius?
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. ala mucuk-mucuk.. sorilahhh..


korang punyer aper? klik SINI

***************
PErsonaliti warna pink dan coklat. Ikut hati memang aku suka pink tapi kebanyakkan baju pilihan aku ialah yang berwarna coklat.




MERAH JAMBU
- tegas tetapi agak manja. hurmm.. hurmmm..
- mudah tersentuh dan menyimpan perasaan. hurrmmm.. kena mengaku ker?
- suka romantis dan bermadah. hurmmmmm...
- tidak senang dengan bising dan peperangan.
- tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir. huuuuurrrmmmmmmm (pikir).. iye
- cepat marah tetapi mudah redanya. ye saya


COKLAT
- memiliki sifat keibuan. meh ibu pelok meh.. hahahaha~
- suka merendah diri. aku tak pakai kasut tinggi
- sopan dan halus budi.
- hati sentiasa was-was takut tersalah. tula pasal...
- sukar memberi kepercayaan. tulaa.. susah lah.. 
- takut untuk membuat keputusan. tulaa.. camne eh..


Eeeeee... sakit bahu lah tulis panjang-panjang ni..  malas dah la nak tulis..

Dahh... henti-henti nilai orang lainn..!!!


No comments:

Powered by Blogger.