Bos mengamuk! Aku kena halau~

/
0 Comments
Amboi statement~

Harini bos masuk opis lambat.. Aku macam biasa, kalau bos masuk semacam keboringan sedikit.. Hahaa.. Selesai collect document yang aku letak atas meja, dia terus ke bilik.

Tiba-tiba..

"Fairuz.. Fairuz ke yang print ni?" Opismate ke meja aku sambil merujuk pada kepingan kertas yang dikepilkan cek.

"Hurmm... Tak ingatlah kak fiza, banyak sangat tender, nape?"

"Yang ni page belakang, page depan takde"

Ah.. Sudahh.. Mana nak ingat. Kalau aku print sekali pun mesti aku klip kalau banyak page. Kena check email ni...

Sambil aku carik punca email tender tersebut, kak fiza kol company tersebut dan tak disangka.. Tarikh hantar tender tu dah tutup. Bos kat dalam dah nampak tanda-tanda bakal mengamuk.. Memang nak sangat masuk tender tu. Penting katanya. Rugi jela da bayar tapi tak masuk..

"Eh. Itu tender submit 5hb ma bukan harini"
"Tapi dia kata hari ni tutup" balas kak fiza.
"You telefon balik tanya"

Tak habis lagi... Tambah lagi satu..

"Ada orang masuk bilik saya ke? Tender da hilang, saya letak sini"

Aku dan kak fiza terus bangun.. Mengintai dari luar apa yang dikatakan oleh bos..

"Saya letak sini.. Sudah hilang ma"

Saper yang nak masuk ambik?

"Kalau cleaner masuk bilik saya, you orang tengok ye, mesti mau tengok"

Apajadah nyer acik cleaner tu nak ambik..??? Apa bos aku ni.. Banyak sangat tengok drama bos ni.. Huhuu.. Kot la kan ada org upah cleaner tu suh curik document tender??? Mengamuk bos.. Suara da mula tinggi.. Aku dan kak fiza diam.. Saling berpandangan. Aku berkata perlahan "betul kerr??" Kak fiza jungkit bahu tanda tak tahu.

"Salah aku ker??"

Haishh..

Dari luar aku dengar bos telefon someone..

"My apologize, my staff mistake"

My staff mistake??? What the???

Habis je telefon, terus bos panggil meeting dalam bilik dia. Suara tibe-tibe ceria.. Document tender atas meja..

Heklehh.. Salah letak lah tu.. Ada ke salahkan cleaner... Tak patut tak patut.

"Harini saya nak minta tolong you orang aa.. Siapkan tender, esok kite submit"

Memang kalau namanyer tender, kena buat last minit eh? Bos aku ni selalu camtu.. Esok nak submit, harini baru kelam kabut nak buat. Kang pukul berape aku balik sat lagi.

"You orang nak pergi makan dulu ke?"

Haa.. Tengok tengok.. Nak suruh wat keje, tu yang belanja makan.

"Makan dulu" haa laju aku bersuara.

"Kita orang puasa harini" kak fiza sambung.

Hahaha.. Tula aku.. Last minit baru nak habiskan puasa ganti. Hukhukk.. Masih berbaki satu hari. Aku ganti puasa ikut suke hati je. Kadang2 puasa nazar dulu.

Aku sambung buat keje tertunggak..

"Kalau macam tu you orang balik sekarang lah, lepas tu baru masuk opis balik"

Balik? Skrang? Pukul 5?

"Sekarang?" Aku bersuara.

"Yela.. You orang balik rehat2 dulu.. Nati datang balik"

Pandai bos ehh... Piapp..

"Apa you orang makan harini claim balik"

Hamboiiiiiiii...

"Macam tuh kita makan mahal-mahal" kak fiza ketawa..

Hahaha.. Siap bos.. Semua mahal2 kita orang ambik.

Naseb bukan salah aku.. Salah akauntan lim. Fuhh.. Aku tak suka bos aku marah-marah. Sebab dia jarang marah, sekali marah.. Aku yang tengah mengantuk pun terus terjaga.

Dah kene paksa, balik gak la.. Lepak rumah kak fiza.

#prepare mental n fizikal.

Sori dik, akak balik lambat.. Pi beli roti sendiri eh.kuikui...


Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.