Buku baru

/
0 Comments
Harini hati aku betul-betul terasa nak tutup buku lama dan buka helaian baru. Tapi.. Semacam ada yang kurang untuk aku tamatkan buku lama.

Kadang-kadang aku rasa dunia tidak adil pada aku. Menemukan aku dengan orang yang tidak jujur.. Menemukan aku dengan orang yang hanya pandai berkata-kata.. Menemukan aku dengan orang yang tidak bersungguh dengan kata-kata. Menemukan aku dengan hati yang bertindih. Menemukan aku dengan orang yang bersungguh memulakan sesuatu tetapi takut mengakhiri sesuatu. Menemukan aku dengan hati yang rapuh, cepat tergoda dengan keadaan. Betulkah duit mengubah seseorang? Betulkah duit membutakan hati seseorang?

Kadang-kadang aku rasa dunia tidak adil pada aku. Mengambil kegembiraan aku, mengambil kesayangan aku, kenapa cemburu dengan kegembiraan yang aku ada? Padahal dah banyak kegembiraan yang engkau ada.. Kiri kanan depan belakang, Kenapa datang kembali menganggu?

Kadang-kadang aku rasa dunia lah punca segala kesedihan aku. Dunialah penyebab kehilangan segalanya milik aku.

Tanpa aku sedar..

Kegembiraan yang aku punya semuanya pura-pura. Kesayangan aku sebenarnya hanya bersifat sementara. Sekejap saja dicuit terus lari, nampak betul tiada keikhlasan dihati. Nampak betul tidak bersungguh dengan hati. Nampak sungguh sebenarnya tiada hati. Nampak sungguh sebenarnya....

Eh. Ngantok la.

Tak nampak kah lagi?

Dunia ini sementara sahaja.. Gedung pahala depan mata.


Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.