Bulan Ramadhan bukan Bulan Puasa

/
0 Comments
Hari ni 1 Ramadhan 1434H dan semalam kita semua sudah menunaikan solat sunat Terawih untuk malam pertama. Pasti ramai yang tidak mahu terlepas kan. Ada yang balik kerja lambat terkocoh-kocoh mandi semua nak pergi masjid. Yela, semalam waktu kerja habis seperti biasa kan? harini baru start balik awal. Insya Allah, malam ni malam kedua untuk kita semua.

Tahun ni suasana masjid berhampiran rumah pius sangat berlainan. Tirai yang sebelum ini membahagikan kawasan untuk jemaah wanita telah dibuka seterusnya menjadikan kawasan untuk jemaah wanita lebih luas. Suasana seakan-akan masjid negeri, nampak keseluruhan masjid. Memang tujuan asal untuk meluaskan dan memberi keselesaan kepada jemaah wanita tapi pada masa yang sama tiada lagi bunyi bising anak-anak bermain disebalik tirai. Khusyuk ajer solat dekat depan. comel :) tak boleh main-main dah sebab tirai yang membahagikan kawasan untuk jemaah perempuan dan lelaki telah dibuka. Kalau dekat luar tu biasalah, budak-budak main tapi takde la bising sangat sebab dekat luar kan.

Seperti tahun sebelumnya, Solat sunat Terawih dikekalkan 8 rakaat berselang dengan tazkhirah.

"Bulan Ramadhan bukan bulan puasa"

Itulah input tazkhirah semalam. Banyak kali juga Ustaz berkenaan tekankan yang bulan Ramadhan bukan bulan puasa tetapi bulan beribadah dan antara ibadah yang wajib dilakukan adalah puasa.

"Bulan Ramadhan bulan Beribadah"

Nyata penggunaan ayat tersebut membawa makna sebenar Bulan Ramadhan. Nak kita semua celik dan faham bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja bulan untuk berpuasa, tetapi juga bulan untuk kita perbanyakkan ibadah. korang paham tak pius tulis apa nih? heee..


Salam Ramadhan buat kalian. Sama-sama kita berusaha tingkatkan amalan. 

# Inilah bulannya... tolak malas tepi-tepi. tolak malas tepi-tepi. tolak malas tepi-tepi. 

salah kata harap dimaafkan.


No comments:

Powered by Blogger.