Bunga2 cinta di Cameron Highland

/
0 Comments
Hahahaha.. poyo plak tajuk ni.. 

Sambung entry lepas..  Selepas mendaki kawasan teh boh sungai palas, ada 2, 3 tempat lagi yang kita orang singgah antaranya Butterfly farm. Bayaran masuk RM5 seorang, dalamnya kecik ajer. Selain rama-rama ada jugak serangga lain, ulor pun ado.. gitu-gitu lah. Rasa kurang berbaloi masuk sini tapi bila mengenangkan bukan dekat nak datang, so masuk ajer la. Kalau bawak anak-anak ehem okay la kot. Plus kalau korang minat photography. Seronok la. Sebelum balik bilik, sempat jugak menyinggah kea farm dan pasar malam brinchang walaupun keadaan jalan sesak waktu ni. Dari info yang kita orang dapat, pasar malam tidak akan dibuka waktu bulan puasa. Kiranya ni pasar malam terakhir sebelum Ramadhan. Raya kang baru bukak balik.

Ahad.


Ni la Krs Pines! Berdekatan pekan tanah rata. Kawasan dalam pagar okay sangat cantek ler cuma view luar tak berapa nak cantik. Plus owner dia bela anjing. Bilik bersih takde kulat-kulat. Kalau terdesak takde bilik kosong, yang ni pun da okay. Triple room je yang ada attach bathroom. Sila maklum. hehe. Sini banyak omputih duduk, ada nampak 1 family melayu je duduk sini. Agaknya dia pun terdesak gak takde bilik kosong..huhuu.. Pagi-pagi lagi kita orang dah check out.. kebetulan selisih dengan family tu. Overall, bolehhh laa.. Bersih.

Motif keluar awal sebab nak ke Opah farm petik stabelli. 

Singgah sekejap sekitar smoke house.
Opah Strawberry Farm
Opah strawberry farm terletak di kampung taman Sedia. Kawasan kampung ni ada banyak ladang strawberry, jadi korang boleh pilih tempat mana korang nak singgah.

aku pakai selipar je sebab dah malas nak bertukar kasut. tak selesa nak drive pakai kasut. 

Disebabkan yang lain dah berpecah mencari stabelli idaman, maka terpaksa aku set kamera ambik gambar sendiri sambil pura-pura petik stabelli.. hahaha..

yurmm..
Selesai opah farm, terus gerak ke yz agro farm sarapan pagi. Menu pagi Nasi lemak sambal strawberry. Hurmm.. pelik dan manis sambalnya. Nak tau rasalah sendiri..hehehe.. Haaa..lupa! kawasan taman sedia ni banyak homestay. Next time pergi reramai ambik homestay :) Boleh kata sini kawasan perkampungan melayu.

Mardi
Hurmm.. masuk sendiri tengok.. hohohoho..



Tu jela perjalanan 2 hari 1 malam dekat cameron. Hari last ni takde apa sangat. Kamera pun macam tau-tau je terus bateri habis. Hehe.. Tapi kalau berkesempatan pergi sini lagi, nak pergi mossy forest dan naik gunung brinchang.. wuuuuuu...

Bajet ke Cameron highland:
Minyak pergi - RM45
Topup minyak - RM30 (Baki dua bar)
Tol pergi balik - RM16 (Gombak RM5, Bentong RM3)
Bilik - RM142 (Triple room) ada lagi murah

Total : RM233 / 3 orang (Sorang RM78)

makan-makan tiket-tiket sendiri tambah :)



No comments:

Powered by Blogger.