Marathon Cameron highland

/
0 Comments
Sejak akhir-akhir ni penulisan berbaur negatif ajer. Kepala dok pikiaq negatif ajer. Kepala asyik bersangka buruk ajer. Jadi fikir, sangatlah tepat merehatkan minda ketika ini. Sabtu 6 julai kite gerak ke cameron highland. Rancang last minit sangat. hehe. Cadang sebenarnya nak carik tempat rehat sekitar fraser hills tetapi bila mengenangkan dekat sana kurang aktiviti, tu yang pilih cameron. Kebetulan opismate nak ikut.. boleh ajer. Hehe..

Jumaat before balik kerja, kite print dulu map sekitar tanah rata, Brinchang dan kea farm. Banyak juga tempat menarik. Hehe.. tasaba..

Laluan ke Cameron..

Tol Gombak -- Tol Bentong -- Bandar Bentong -- Raub -- Sg koyan -- Pos Betau-- Ringlet -- Tanah Rata.

Bertolak dari rumah 8 pagi sampai tanah rata dalam 11.30, dalam 3jam lebih la. Penat jugak walaupun bawak auto ajer. Naseb tidur semalam dekat sana. Laluan yang kite lalu ni okay la, takde lah konar-konar maut sangat cuma ada satu jalan ni memang kena perlahan-lahan sebab sangat-sangat tajam dan sempit. Overall jalan semua okay..

tak ingat kat mana.. dah nak sampai ringlet agaknya.
Lagi berape km nak sampai Ringlet, kite dah tak larat dah. Mata dah berpinar-pinar tengok jalan..huhuu.. tukar pemandu. Sampai je Ringlet terus terasa lega, lenguh-lenguh bahu terus hilang. Hehe..Cameron kite datang ni....

Bharat Tea Plantation, destinasi pertama sebelum sampai ke tanah rata.

lawa bukan..


ehem. wajib kan ambik gambar kat sinun..
pakai selipar ajer.

Baru je sampai terus masuk kedai beli teh. Hehe..

Tanah Rata
Sampai je tanah rata terus ke KRS Pines guest house. Last minit book dekat agoda.com. Ni jela yang kosong, lain semua full. Redha. Kalau nak carik time datang takut dah buang masa mencari jer. Tak suka macam tu. Jadi better carik awal-awal sebelum pergi. Hari selasa sebenarnya da mencari bilik untuk stay tapi kebanyakkannya memang full untuk sabtu/ahad. Yang ada pun jumaat/sabtu ahad/isnin. Takpelah.. lain kali kite datang book bilik awal-awal, dapat yang elok sikit. Hehe.. sedapkan hati. Tidur semalam ajer.

Big Red Strawberry farm
Kalau dah jejak kaki ke cameron, tak sah rasanya kalau tidak menyinggah ke ladang strawberry. Hehe. Dekat Big red ni selain strawberry, ada juga cactus, bunga-bunga, ladang tomato, sayur... memang besar kawasan big red ni, parking pun banyak. Cuma..cuma... strawberry farm dekat sini tak open untuk kita petik. Setakat lalu tepi je memang malas lah jawapnyer.

singgah beli kaktus..macam pelik pulak tulis kak tuss..
selekehnyer aku.. huhuuu..
Selekeh eh? huhuu.. tak peduli. Pius memang malas kalau nak shopping-shopping baju ni. Yang ada tu laaaaa yang ulang-ulang pakai.. ngeheheeee...  tiada kepuasan. Puas hati lagi habis duit travelling dari shopping. Ni pun bajet ajer.. kakaka..

gebu-gebu

Sebelum balik singgah dulu cafe Big red dan rasa sendiri keenakkan.. aahahhhhh.. yurrmm...

stabelli sana sini
Semua sedap cuma waffle tu agak muak sikit, sebab perut da kenyang nasik agaknya. Better kongsi.. aloo sweet kongsi-kongsi.. ~

BOH Tea Centre Sungai Palas
Destinasi seterusnya kite orang ke Boh tea Sungai Palas.. Disebabkan kedudukan Boh tea centre ni agak jauh dari tempat penginapan, kite decide pergi sini dulu. Laluan ke sini agak sempit, boleh kata selesa untuk satu kereta ajer. Kalau selisih kereta tu memang betul-betul dekat la.

Akhirnya sampai jugak kite :)

View dari atas, cantik kan..

Jangan lupa masuk kilang ni.. hehe.. 
Dalam kilang ni kita boleh tengok proses teh dibuat.. gambar ada tapi malas nak masukkan.. suprise untuk korang yang belum pernah masuk lagi..hahaha.. thumb up! sila lah masuk.
pius n kak fiza
Yeahhh.. hehe.. muka pucat..
Susah nak ambik gambar bertiga, terpaksa setting atas tanah.
cantek sangat view belakang :)
cantek kan view belakang.. korang janganlah tengok aku jer. kengkonon feeling bawak ferari ni. huhuu..



sambung lain la.. panjang sangat..


No comments:

Powered by Blogger.