Ni lah dia perempuan... kalau dah sayang...

/
0 Comments
Aku ada interview harini jadi malam semalam mamai-mamai bangun carik kasut dekat belakang.. tertidur pulak time tengok tv. Ikut hati nak sambung je tidur tapi bila memikirkan baju apa pun tak siap lagi. Bangun jugak jalan ke dapur belakang carik kasut. Hurmm.. terjumpa pulak kasut ni...


Huahhhh... sayang kasut ni...
Dah setahun lebih kasut ni rosak ketika kejadian tahun baru dulu. Pakai.. muat lagi. Hehe.. Ni lah dia perempuan kalau dah sayang benda.. dah tercabut-cabut pun still lagi nak simpan. Kalau baiki boleh guna lagi kan.. hehe.. kalau kasut ni jenis tak selesa memang aku dah buang dah. Tapi sebab selesalah aku sayang kasut ni. Simpan jugak walau dah tercabut-cabut tapaknya. Sob sob sob.. sayang punyer pasal. hahaha. Kereta pun aku tak sayang macam ni.. kesian kereta aku.. huhuuu... Oh ye.. cakap pasal kereta, kenapa aku macam takde perasaan je eh bile kereta aku calar-balar orang langgar? tengok orang lain sikit punyer melenting. Sah.. sah.. kau tidak ku sayangi.. hehehe.. okaylahhhh... pasni jaga elok-elok. benda susah nak dapat..

ye.. tau.. 

Selamat berbuka :)

Kenapa hati kering bile melibatkan perkara besar dan sensitif bila melibatkan perkara kecik eh? 

bila nak berfikiran matang ni pius?


No comments:

Powered by Blogger.