Tajuk xtau

/
0 Comments
Hahaha... Pius tak tau nak letak tajuk apa sebab takde motif nak menaip. Saja hilangkan rindu. Hehe..

Harini Nuzul Quran dan selangor cuti. Negeri lain tak tau.. Yang tau aku cuti.. Hehe...

Semalam balik lewat sikit sebab ada majlis berbuka puasa dekat restoran sedap. Boleh tahan sedap ^_^ . Makan secara buffet memang rugilah ajak aku kan.. Makan seciput seciput.. Tapi okaylah seorang RM35. Makanan pun banyak pilihan, lauk melayu ada, western, kuih muih, bubur la.. Memacam.. Ramai jugak orang stay kat situ lepas solat maghrib, sodap la katakan.. Rasanya mesti bos aku stress tengok aku makan sikit je tak setimpal dengan harga RM35. Puasa wehh.. Makan ciput je dah kenyang.. Lainlah kalau suruh makan lepas terawih tu, mmg lapar.

Sampai rumah dah hampir pukul 10.. Tengok kain sebakul tak lipat lagi.. Hurmm... Lipat-lipat kain sampai tertidur... Tadi aku tengok tv, ni tv tengok aku.

Harini cuti pun bukan buat apa, pergi nsk teman mak n nenek beli barang. Aku tak suka sangat nak pergi nsk ni sebab crowded memanjang. Tapi dah dikata kat sana murah, ikutkan jela. Saiko ok, tunjuk-tunjuk tanda harga depan mata ni.. Huhuu.. Kot ye pun murah kan... Takyah la saiko... Selalu mak ajak pergi nsk, aku tak nak.. "Pergi giant la" tapi hari ni pergi jugak lah..

Balik rumah tayang lah kacang buncis sepeket RM2 tu.. Haishhh..

"Ni kalau kat pasar, sikit je"

Yelaaa... Lepas ni pergi nsk jelaaaa...


Entry kucar kacir



Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.