Tarik telekung sengih-sengih

/
0 Comments
Hafe ni tarik-tarik?~

Semalam aku dah start balik kerja awal dalam pukul 5 dah gerak keluar office. Jalanraya macam biasa, tak berapa nak jam sangat. Kalau time hujan tu baru betul jam sebab takde polis traffic yang jaga time tu. Semalam first day puasa takdelah terkocoh-kocoh sangat sebab balik awal kan. Aku balik rumah pun relax-relax jer, sampai rumah mak dah siap masak..kuikuikui... Aku tak kisah sangat mak aku masak apa asalkan bukan lauk kedai. Lauk kedai ni sedap makan kat kedai jer, kalau bawak balik rumah dah jadik tak sedap. hahaha.. So, selalu kalau mak masak simple-simple pun aku dah selera makan bertambah-tambah. Kadang-kadang mak aku malas nak masak sebab takde orang nak makan.. goreng telur, goreng kentang dah. Pun 2 pinggan aku bedal. ^_^" Aku ni spesis kalau makan kat luar susah nak habis, memang selalu aku tapau lebihan nasi. Takpun paksa jugak makan sebab bos dah warning suruh habiskan nasi. Oit.. kelaut dah ni.. masuk bab makanan plak..~ lupakan pasal makanan

Bulan puasa ni kan, teringat kecik-kecik dulu. Puasa puasa gak, main tetap main. Berjemurlah dari pagi ke petang dok layan tali skipping la, galah panjang la, kejar-kejar la.. hoii... tak tau penat time tu! tau main je. Lepas berbuka reramai satu geng pergi surau. Best tak terkatalah zaman tu. Setiap kali selesai 2 rakaat, pusing belakang makan mangga. kuikuikui.. bawak sebiji terus. Balik terawih kang jeling-jeling cinta monyet ketika itu.. pastu sengih-sengih... hahahaha.. lawak. Seronok bukan ape sebenarnya, cinta monyet aku tu rumah dia sebelah surau. tu aku semangat tu. hahaha. budak-budak sangat time tu. ^_^"

Hari-hari sebelum terawih main dulu depan surau, beli bunga api la. main nyorok-nyorok la. Kadang tu entah hape hape la yang aku main. teringat upin ipin

kemain lagi aku berposing
Sekarang ni dah rasa macam besar sikit.. sikit la.. huhuu.. tiga empat tahun lepas aku still lagi pergi terawih sesama ngan mak, kakak. Setiap kali nak pergi mesti suruh dorang tunggu. taknak jalan sensorang. Solat pulak sebelah-sebelah. Sekarang ni nak pergi terawih dah tak kesah, kalau lambat pun boleh jalan sensorang. Kekadang tu time solat tak perasan duduk sebelah mak sendiri, padahal tadi panggil makcik. Hahaha.. Semalam time dah habis solat, sebelum imam baca doa. Terperasan baris depan.. kakak aku. Saja tengok jer gaya dia.. buat hape kat depan tu dok senyap-senyap ambik gambar ruangan masjid. Aku senyum jer :) habis imam baca doa, bangun salam-salam jemaah lain. Saja buat-buat tak nampak dia..hahaha.. aku jalan dulu kedepan... tibe-tibe ada orang tarik telekung aku dari belakang.  tau dah dia.. biasa dia tu..huhu..

aku toleh, tengok akak aku sengih-sengih.. poyo tau.. sengih-sengih.. 


No comments:

Powered by Blogger.