A piece of puzzle

/
0 Comments
August, mungkin jadi bulan terakhir, penutup kesempitan akal. Pengakhiran suatu keselesaan. Boleh jadi 'bulan kemerdekaan' buat aku juga.

Jika august adalah pengakhiran maka september bakal menjadi permulaan, bakal mengisi setiap ruang kosong yang.. pastinya memerlukan seribu satu pengorbanan. Langkah pertama sering kali kekok bukan...

Jika tiada langkah pertama, bagaimana langkah seterusnya bakal tercipta.. Tak mahu renung kebelakang lagi, pasti besar hikmah disebalik apa yang Allah tetapkan ini. Tiada manusia yang tidak sukakan kebaikan, fitrah bukan.

September... Rasanya hati sudah semakin lega :) fikiran sudah kembali jernih, luka sudah beransur pulih. Masa yang tepat sebagai permulaan:)

Asyik takut akan masa hadapan, bagaimana ingin bergerak? Risau itu dan ini, membuat jangkaan sendiri. Walhal diri sendiri belum mencuba dan berusaha. Belum tentu perkara akan jadi senegatif pikiran yang kita cipta. Mind should be change!


Sent by pius meh..


No comments:

Powered by Blogger.