Apa tajuk tak tau

/
0 Comments
Lepas beberapa hari bercuti raya, harini aku start kerja dan pastinya mood bercuti masih membuak-buak lagiiii... Hehe.. Senyum sampai telinga. Dan.... Aku tetap dengan keputusan aku. Lega sangat rasa bila dapat luahkan apa yang tak terluah sebelum ni dan bertambah lega bila hasil kerja dihargai. Sepatutnya sejak dulu lagi harus bersikap terbuka dan berterus terang dengan bos bila ditanya pendapat. Ini tidak, asal tanya je... Jawapnya okay ajer. Memanjang okay padahal dalam hati.... Toksah cerita lah. Memacam perkara tak puas hati. Dalam kelegaan, perasaan nebes pulak muncul. Ya Allah, nebes sangat hati ni.

Bulan ni satu perkara besar aku belajar, tak rugi berterus terang, jujur dan ketepikan sekejap ego yang meninggi. Tak puas hati, terus terang ajer dengan baik, masa hadapan perkara lebih senang ditangani. Kekadang kita ni takut nak berterus terang, takut orang makan hati, takut bos tolak gaji (kuikuikui). Padahal kita tak sedar, dengan berlaku jujur banyak perkara boleh terlerai. Masalah susah dengan mudah dapat diselesaikan.Memang, siapa yang suka kalau orang bercakap benda buruk pasal kita, tak suka itu dan ini. Pasti kita marah. Dalam hati, ko bajet ko bagos sangat? Boleh jadi gaduh jawapnya, tapi percayalah bila hati kita telah reda... Secara automatik kita dapat berfikir dengan lebih baik apa yang diperkatakan sebelum ini. Then baru kita sedar, cara kita tak semuanya kena pada tempatnya, cara kita tak semua orang boleh terima.

Sebab tu aku lebih suka kawan yang boleh dibawa gaduh, mereka ni lebih bersifat terbuka. Alaaa gaduh-gaduh jap lepas tu baik balik bila masing-masing dah reda. Paham-paham jela, bila gaduh, aku kata kau, kau kata aku. Siapa yang tidak tercabar bila diri dikatakan macam-macam. Mulalah ego, keluar habis perkara-perkara yang kita pendam selama ni. Haaa... Baru kau tahu, ko ingat aku suka sangat perangai kau. Gitu... Biasalah hati tengah panas, tapi... Percayalah kemudian hari perkara lebih mudah buat kita.

Tak payah nak ego sangatlah. Tak salah kita mohon maaf dahulu. Sure lepas tu, dia juga bersikap terbuka. Mohon maaf juga pada kita. Sebab masing-masing tak sedar, melakukan kesilapan.

Hubungan lebih baik :) conpom. Tapi kalau tak baik-baik gak, maaf pun tidak... Maksudnya ego tu tinggi noh, tak nak mengaku berlaku silap. Rugi. Dah penat gaduh, dah tau kesilapan masing-masing tapi kemudian hari taknak berbaik. Rugi sangat. Ini namanya ego tak bertempat. Padahal dah tau dah, silap dimana.. Aku kalau dpat kawan macam ni, memang aku simpan.. Kawan gaduh, kawan susah, kawan waktu senang. Dah tau part mana dia tak suka, part mana dia tak puas hati... Dah tau semua.. Lebih senang berkawan.. Silap-silap apa yang sebelum ni kita tak puas hati, boleh jadi kita tak kisah lagi, sebab dah tau sebab musababnya.

Eh. Aku membebel ikut sedap jer. Hehehe... Aku bebel ikut hati aku ajer, kalau tak sama pendapat takpe.. Masing-masingkan ada pendapat sendiri. Pengalaman kita lain-lain kan. Entah korang paham ke tak aku bebel ni.. Kalau tak paham dah.. Kita tamat di sini. Hahahaha...

Harini balik je dari kerja aku terus singgah kfc berdekatan, dah janji dengan As nak jumpa pukul 6. Ale-ale dia dulu sampai, padahal tadi mesej aku, dah keluar opis bagitahu then baru dia nak keluar rumah. Saja aku nak dengar pasal bisnes dia. Carik semangat baru. Haritu aku jumpa dia, muka macam kanak-kanak rebina jer tapi harini aku tengok lain bebenor. Sampaikan kat dalam kfc tu, boleh aku carik-carik dia tak jumpa. Ishh.. Kata dah sampai kfc.. Aku pun duduk la sambil mata melilau tengok muka sorang-sorang dalam kfc tu. Aku pandang mamat depannnn kanan aku, jauh sikit. Macam bukan ajer. Aku pandang dia, dia pandang aku.. Ahh.. Susah apa.. Whatsapp jela tanya.. Sekali betul dia... Owhhh... Dah tukar rupa ke sekarang.. Huhuuu...

Eh, panjang plak aku bebel ni. Sambung...

Boleh plak, aku yang belikan dia air.. Dia relak je duduk. Apa labahau tol.. Tak gentleman langsung. Kalau dia baca ni abis aku, tau aku kutuk dia. Lantak kau, aku kutuk. Kau la bangun pergi beratur beli airrr.. Haissshhh.. Aku bebel ni... Lepas ni kena cop buat keje tak ikhlas.. Hahaha... Tapi okaylah, bukan aku bayar.. Huahahaha... Tak, tak... Aku tak kesah.. Saja aku suka nak bebel. Buat penambah perasa. Eh.

Lama jugaklah borak sampai tak perasan dah pukul 8 lebih. Naseb aku tak boleh solat. Cerita tak ingat punya pasal. Dah alang-alang jumpa, aku tanyalah macam-macam. Tu yang sampai tak perasaan waktu dah 2 jam berlalu.

Ni pun taip punya taip, tak perasan dah pukul 1 pagi. Tanda nya apa? Mata dah berat.. Okay, kita bam bam cuk la jawapnya yer. Okay nak tidoooo... Penat dah aku bebel sensorang...



Sent by pius meh..



No comments:

Powered by Blogger.