Rendang ketupat, satay nasi impit

/
0 Comments
Huh. dengar jer dah meleleh air liur..  -_____-" tapi pius.. huahhh.. ulser dekat bibir dan lidah. 'kau kenapa? diet ker?' Sedey betul lah. Aku berbuka minum airrrrr.... tengok asam pedas terliur jer. Sampai hati mak masak asam pedas.. huahhhhh...

Dah nak raya ni, tajuk entry pun berunsurkan raya lah kununnyer. Tahun ni kengkonon nya pius nak save bajet la, tak nak berabis duit beli baju baju dan baju. Hehehe.. Tapi apa kan daya, akhirnya aku tergoda! Hahaha.. Beberapa hari lepas, dak awe panggil aku masuk bilik dia.. kot la kan dia belikan aku baju ngaya ker kan.. hahaha.. biasa ler, dah kerja sekalipun status sebagai adik tetap tidak berubah. Ngupanya nak ajak aku beli baju online, kena beli banyak baru boleh. Cehhhh...paling minimum kena beli 8 helai, aku pilih dua jer. Tu pun sebab aku suka dress. Rabun jugak mata aku pilih.. bukan dah rabun ke mata aku ni?

Aku malas sebenarnya nak beli baju online, sebab haritu aku beli dress tapi kualiti dia tak bagus. Terus patah hati nak beli baju secara online. Atas nasehat, aku pilih dress yang jenis chiffon sahaja.

Semalam, tanya dak awe.. dah sampai ker baju? kalau dah sampai boleh aku buat baju raya. Terus dia panggil masuk bilik. Huh? sampai dah? 'Bukan.. ni baju aku beli sebelum ni, haritu punya sampai lepas raya' hamboiii... dah borong, borong lagi?

Aku pun cuba-cubalah dress yang ada.. memang puas hati! Labuh okay, tak jarang. Terus jatuh chenta. 'kalau kau nak, kau beli kat aku' haaaa.. patutlah suruh aku cuba.. taktik semua ni.. hahaha..  aku dah berkenan dah.. terus ambik dua...

jarang kat tangan jer. boleh pakai inner. labuh sampai lantai..
aku suka plain ajer
Korang asyik tunjuk makanan jer sampai aku terliur.. ni tukar selera sikit. Beli dress okay kot, lepas raya still boleh pakai bawak jenjalan. Yang lagi dua pun dress jugak cuma aku pilih bercorak. Okaylah kan, orang seronok makan ketupat rendang di hari raya, aku..? hahaha malas nak cakap.

dah dah.. aku takde modal nak taip dah ni.. pasal baju pun aku taip gak.. hahaha.. baiiiiiiii..

Selamat berhari raya, pulang ke kampung baik-baik :)




No comments:

Powered by Blogger.