Rendang unta

/
0 Comments
Time nak raya ni semua orang sibuk mengemas dan tak terkecuali mak pius. Asal balik kerja ajer tengah mengemas, balik ajer tengah menukang, balik kerja ajer tengah pung pang pung pang susun atur perabot. Ada ajer kerjanya. Time ni la betul-betul nak mengemas rumah, cuci cermin tingkap bagai. Kalau time ni masih belajar, mesti dah cuti dan tengah menyental cermin tingkap.

Sekarang balik-balik rumah jer, melepet depan tv. Malas menguasai diri. Kadang-kadang mak suruh buat kerja, pius nanti-nantikan. 'jap mak, nak tengok tv. Dah nak habis dah ni' Tunggu habis sampai kesudah lah tak siap kerja. Agaknya dah masak sangat dengan perangai taknak lepas tv tu, mak letak je kerja depan mata. Buatlah kau depan tv. hahaha.. duduk la depan tv tu sambil kupas bawang, kopek ikan bilis, gunting cili, kopek kerang pun jadik jugak depan tv. Kejadahnya.. -_- patut beli tv satu lagi letak kat dapur.. kan..

Bilik tunggang langgang jangan cakap lah... tu pun nasib terjaga pukul 3 pagi, dapat jugak kemas apa-apa yang patut. ni kalau balik sat lagi, sepah balik memang tak tau la nak cakap apa. Time-time puasa ni.. menyentap kesabaran.

Esok baru start cuti, time tu buzy nolong masak. Owh.. pagi tadi lepas kemas-kemas bilik baring jap sambil tunggu sahur. Terdengar perbualan mak ngan babah.

'bah, nak masak rendang ayam ke daging?'
'Rendang unta'

Hahaha... aku dalam bilik gelak sengsorang.

'Bah, tengok dalam peti ais, lauk cukup untuk berapa hari'
'Lauk seminggu'
'Seminggu?'

hahaha.. mak tak puas hati, pergi check sendiri peti ais

'Mana ada seminggu lah bah'
'ni..'
'Ni semua ais batu'

Huhuuu.. bulan puasa peti ais penuh dengan ais batu jer. Asal balik rumah jer, pesan ais batu. ^_^"

Esok semua dah buzy masak kan.. potong-potong apa yang patut. Kemas-kemas depan. Hurm, kejap je kan Ramadhan berlalu.

Patut buat aiskrem malaysia tak raya ni? Panas-panas boleh makan. hehehehehehehe...


p/s: aku sebenarnya nak cerita benda lain, tapi dah lupa apa dia... hurrrmm.. apa yer?



No comments:

Powered by Blogger.