Tak habis lagi pasal raya

/
0 Comments
Ya, aku tau... semua orang dah lama cerita pasal raya aku ajer yang terkebil-kebil baru nak update. Aku bukan apa, time raya asyik makan je kerja, ulang makanan yang sama rendang, nasi impit, rendang, nasi impit sampaikan bila aku tengok ajer gambar rendang dan nasi impit terus terasa mual. Hehe.. tu ambik masa nak mengupdate cerita pasal raya.

Macam biasa, sehari sebelum raya semua orang sibuk kedapur menyediakan juadah untuk pagi raya termasuk la...... ehem ehem.. mak aku. eheh. Aku korang jangan tanya kemana. Last day iftar biasanya kita orang satu family dah makan siap-siap nasi impit dan rendang. Haaaa.. kira dah raya la tu :)

Berbuka paling meriah

Tahun ni family kak long and dak ema beraya di selayang dulu, so meriah sikit malam raya berbuka ramai-ramai. Biasa kalau dah ramai macam ni memang tak duduk dekat meja makan dah..

Budak-budak macam biasa mainnnnnnn ajer dari siang ke malam... Jadi malamnya tidur awal la dah penat kan. Aku malam raya pergi ampang ambik khemah kelambu.. hehehe.. Kesian budak-budak kalau tidur takde kelambu, aku yang dah dewasa ni pun tak tahan dengan nyamuk.. inikan pulak dorang. Lagi kulit sensitif. So, berkhemah la dorang semua dekat ruang tamu depan. Berebut masing-masing nak guna khemah baru padahal sama je dengan yang lama. Kalau tahun depan semua balik selayang dulu, habislah campsite tak muat nak letak khemah lagi :p

Macam kurus
Seperti tahun-tahun sudah, raya pertama memang dekat selayang ajer. Adik-beradik sebelah ayah akan berkumpul dekat sini jumpa nenek. So, pagi raya aku tak pergi manalah. Setakat turun tangga ajer. Bersesak ramai-ramai dalam rumah nenek, baru meriah.

"ehh.. makanlah rebut-rebut baru meriah"


Pagi-pagi raya kalau turun rumah nenek satu benda ajer yang aku carik.. bukan kuih, bukan rendang tapi alat penimbang. hahaha.. timbang ramai-ramai baru seronok kan.. bolehlah.. sebelum ni 50+kg, lepas timbang 47.. ewahhh.. sekarang tak tau berapa.

First batch
Lepas makan dan berborak panjang, semua akan berkumpul dekat luar untuk ambik gambar sebelum bergerak balik kampung. First batch nenek, ibu-ibu bapa-bapa.. jadi anak-anak kene sabau la yer. Time-time macam ni la meriah sebab semua dok sakat menyakat. 

tunggu giliran
interframe interframe
Tunggu giliran
First batch, gambar family-family kecil, wanita-wanita sahaja, 'jejaka-jejaka sahaja' pun nak jugak interframe, cucu-cucu.. then baru gambar big family. Gambar takde la yer, tunggu tahun depan baru pas marathon, gitu. Jadi raya ni, baru dapat tengok gambar raya tahun lepas. stylenya gitu.. tahun ni tak tahulah..

Disebabkan first raya semua orang akan berkumpul dekat sini dan selepas itu bergerak balik kampung, maka takdelah beraya rumah sanak-saudara pada raya pertama. Itulah aku malas nak beli baju raya, sebab half day je pakai. Selebihnya raya dekat-dekat, layan budak-budak datang rumah. Petangnya dah bosan.... ikutlah kakak aku pergi ikea, macam takde tempat lain nak pergi dorang ni. Tahun lepas pun sama.

macam gemuk
Ya.. makan sushi dulu sebelum shopping.

Tu jela ringkas je aku taip untuk raya pertama. Nak masuk banyak-banyak penat la aku nak edit-edit. Ni pun ambik gambar dalam handphone jer. Gambar salam-salam satu family semua dalam kamera abang ipar. tak sempat aku nak ambik lagi.

Raya kedua dan ketiga aku beraya di Perak... tapi malas dah nak sambung.. tunggu next next next... mood. Kena ikut mood ni nak cerita pasal raya.

okaaayyyyy..... 




No comments:

Powered by Blogger.