Ecewahh.. Ini bukan statement nak up kan pakwe atau kekasih hati ye.. Idokk.. Ini statement nak up kan lelaki bergelar ayah :)

Harini lepas klass terus hantar hidayah balik rumah, sambil tu terkonar pulak dekat area perumahan bukit botak. Korang tau tak isu Bukit botak? :) hehe.. Di situlah tempat pius waktu kecil dahulu. Kampung Sri Cendana :)

Terkezut tengok keadaan bukit botak yang berkeadaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Haha.. Complicated sangat aihh.. Maksudnya dah naik perumahan baru sepatern ajer mengantikan rumah setinggan suatu ketika dahulu. Macam.. Tak percayaaa... (Complicated jugak!)

Ow ye.. Dah melalut dah ni :p

Masuk je rumah nampak babah tengah berusaha naikkan rangka dinding untuk bilik. Sensorang buat. Tengok teraturnya babah buat kerja seorang diri. Kalau pius buat dah tentu perlukan pertolongan tapi bila lihat babah buat seorang diri.. Baru nampak cara dia bekerja. Macam mana dia create 'pertolongan/bantuan' gunakan tool yang ada. Terus terasa.. Huaaahhh.. Teraturnya :) Detailnya :)


Sent by pius meh..

Huahhhh... Letihhhh.. Letih carik parking.. Huahahaha.. Bukan letih main bowling. Kikikikih.. Carik parking tak jumpa. Tu ler, besar noh ou ni. Letih oden mencarinyer.

Dah bertahun tak main bowling, kelongkang perginya. Hehehe. Naseb ashrie ajar skill-skill main bowling, oyeahhh dapat jugaklah score. Klakarr :) tengok gelagat orang lain pun lawak.. Eksyen lebih bola kelaut gak.. Hahaha... Bagus-bagus, tenaga itu perlu :) dalam senarai dah tentulah pius ranking bawah. Hikhikkkk..

Lepas bowling, terus ke Rasta ttdi. Disitulah bermulanya pencarian mencari kereta. Huahhh.. Besarnya ou ni, tak tau. Akhirnya jumpa jugak kereta. Heeeeeeeeeee.

Ramai sebenarnya, sampai hujuuuuung meja tapi almaklumlah, camera pius ni.. Ehem ehem katanya nya :)

Hurm..bila dalam keadaan macam ni terus terasa Ngindu dekat kalian semua. Waktu kita belajar jarang dapat peluang macam ni. Harap kalian semua sihat-sihat, dan doa pius.. Moga Allah tabahkan hati kalian dikala susah dan jadikan kalian orang yang bersyukur dikala senang. Rindu kalian semua!


Sent by pius meh..
Assalamualaikum :)

Hari ni nak main bowling :) yeahhh. Ehem ehem. Sopankan diri, duduk simpuh.

seronokkan jumpa kawan-kawan yang positif. Kita turut terasa positif, terkesan sehingga mood diri terus naik ke hijau. Bahagia :)

Semalam ada majlis bacaan yaasin serta sedikit tazkirah berkaitan surah Al-Waqiah, Ar-Rahman dan Al-mulk.
Best nyerr YESCLUB! www.facebook.com/yesclub13


Sent by pius meh..
Assalamualaikum :)

Seminggu telah berlalu namun baru hari ini baru berperasaan ingin berkongsi. Banyak input berguna yang pius dapat sepanjang perjalanan yang pius pilih ini dan harap dapat kongsikan dengan siapa-siapa sahaja yang sudi. Tak mahu input-input berguna tadi berlalu begitu sahaja, sekejap ingat sekejap lupa.Terima atau tidak itu lain cerita. Yang penting niat untuk berkongsi perkara baik.

Pius ni selalu bila pandang sesuatu mesti terdetik "apa yang bakal aku dapat?" kalau aku buat sekian sekian perkara apa yang aku dapat? Selalu ada fikiran macam ini. Selalu fikir apa orang beri sampai lupa nak tanya apa aku beri pada orang. Dalam kepala "apa aku bakal dapat?"

Then, suatu hari fikiran pius telah diubah dengan hanya satu ayat "Pikir apa kita nak sumbang pada orang, bukan fikir apa kita dapat" lebih kurang begitu ye. Setiap kali jumpa orang terus masukkan niat "apa aku nak sumbang dekat orang depan aku ni?" Tangan yang memberikan lebih baik daripada yang menerima.


Memberi tanpa syarat
Sumbang sumbang sumbang. sekarang nak betulkan niat sumbang sumbang sumbang tanpa mengharapkan balasan. Pernah tak korang bela kucing? atau paling tidak pun memberi makan pada kucing? Selalu kan lepas kita beri makan kepada kucing, kita main-main kejap, belai-belai dia tanda kita sayang akan haiwan tu. Dah puas hati, terus kita berlalu dengan senyuman lebar ke pipi. Pernah tak kita mengharap kucing tu membalas perbuatan kita selama kita memberi dia makan?  Pernah tak kita harap kucing tu akan tangkapkan tikus untuk kita selepas itu sebab dah penat beri dia makan? Kucing tu sikit pun tak reti bercakap apatah lagi nak cakap terima kasih pada kita tapi kita still jugak beri dia makan. Still jugak belikan makanan kucing bila kehabisan. 

Itulah yang cuba pius buat.. sumbang sumbang sumbang tanpa mengharap balasan. Siapa yang bela kucing tu, untung tau :) Nak buang semua sel negative dalam badan bukan senang, tambah-tambah dah berkarat sebab lama sangat. Jadi praktislah dengan memberi makan pada kucing.. Hehehe... praktis buat perkara kecil-kecil dulu seperti bukakan pintu untuk orang, tumpangkan orang yang satu jalan dengan kita. Macam-macam boleh buat.. angkat sampah buangkan dalam tong sampah. Simple kan.. Ni, nak angkat sampah pun pikir 'aku dapat apa tolong kutip sampah KECIL tu?" gitu... hehehe

"Macam mana kita buat sesuatu perkara, macam tulah kita buat semua perkara"

Mungkin korang tak paham apa pius sampaikan sebab pius mengaku, pius bukanlah penyampai yang baik. Atau mungkin kita paham tapi tak laksanakan. kan.

RESET MINDA : FIKIR APA KITA NAK SUMBANG PADA ORANG, BUKAN FIKIR APA KITA DAPAT DARI ORANG.

Sumbanglah apa sahaja: DUIT, TENAGA, ILMU , apa-apa sahaja asalkan memberi MANFAAT PADA ORANG TERSEBUT walaupun kecil sumbangan kita.


SUMBANG SUMBANG SUMBANG



Assalamualaikum

Ewah tajuknya (entah betul atau tidak ejaan).. Lama rasa tak menjenggah blog. Terasa diri sangat sibuk walhal dot dot dot setiap masa. Hehe.. Sementara nak lelap mata ambil masa update sekejap. Alhamdulillah selesai majlis akad nikah dak ani (kakak). Diri pulak terasa semakin sibuk dengan aktiviti, baru seminggu lebih tapi terasa macam sebulan duduk di rumah. Rasa lambat betul masa berlalu padahal sehari masih kekal 24jam seperti selalu. Rasa macam perkara baik! Sebelum ini seminggu terasa seperti 2 hari. Hidup tiada tujuan gitulah :p

Siang tadi sempat ke open house bersama dayah. Alhamdulillah, jumpa juga elin. Perut confirm double triple big dari biasa. Walaupun hakikatnya hanya makan laksa, satay dan mee kari.. Hanya.. 2 rumah laaa.. Kira okay la kan.. Hehehe...

Rumah masih lagi tidak kemas sehabisnya. Dapat clearkan pinggan mangkuk pun dah terasa lega sangat. Entah kenapa kawasan sini selalu ajer air takde/ kecik time petang ke malam. Gagahkan jugak basuh pinggan walaupun air kecik. Susahkan air tiada time kenduri.

Heeeee dah masuk september kan.. Heeeeheeee... Pius sebenarnya di persimpangan antara dua laluan. Sebenarnya masih terasa was-was dengan laluan yang pius pilih ni tapi teruskan jugak melangkah sebab dah terasa sedikit kebaikannya dari segi improvement diri. Sekarang ni masih dalam mood 'self programing' dimana pius rasa inilah perkara yang harus di buat oleh setiap orang. Cekalkan hati terus usaha. Mungkin korang sendiri bingung dengan penulisan pius.. Kan.. Xpelah next next next time cerita lebih detail. Bila tu tak tahulah. Rasa tiada perasaan nak mengadap pc/laptop untuk mengarang lebih detail. Sekadar taip di handphone. Tablet pula agak mengecewakan. Hurm :) harap dan berdoa Allah bawa pius ke jalan yang baik. Jalan yang membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat. Aminn...

Dan sekarang? Mahu tidur la :) di dalam khemah beratapkan bintang berkelipan di angkasa. that's my dream. Ngehehe.. Cuma belum nyata lagi.. Akan datang!! yeahhh.. Buat masa sekarang khemah kelambu bertemankan bintang-bintang di syiling (glow in the dark) hahahaha. Admire journey zahariz :) the beauty of nature :) Subhanallah!

Selamat malam.. Atau mungkin selamat pagi semua!!!


Sent by pius meh..

Powered by Blogger.