Menggapai bintang

/
0 Comments
Assalamualaikum

Ewah tajuknya (entah betul atau tidak ejaan).. Lama rasa tak menjenggah blog. Terasa diri sangat sibuk walhal dot dot dot setiap masa. Hehe.. Sementara nak lelap mata ambil masa update sekejap. Alhamdulillah selesai majlis akad nikah dak ani (kakak). Diri pulak terasa semakin sibuk dengan aktiviti, baru seminggu lebih tapi terasa macam sebulan duduk di rumah. Rasa lambat betul masa berlalu padahal sehari masih kekal 24jam seperti selalu. Rasa macam perkara baik! Sebelum ini seminggu terasa seperti 2 hari. Hidup tiada tujuan gitulah :p

Siang tadi sempat ke open house bersama dayah. Alhamdulillah, jumpa juga elin. Perut confirm double triple big dari biasa. Walaupun hakikatnya hanya makan laksa, satay dan mee kari.. Hanya.. 2 rumah laaa.. Kira okay la kan.. Hehehe...

Rumah masih lagi tidak kemas sehabisnya. Dapat clearkan pinggan mangkuk pun dah terasa lega sangat. Entah kenapa kawasan sini selalu ajer air takde/ kecik time petang ke malam. Gagahkan jugak basuh pinggan walaupun air kecik. Susahkan air tiada time kenduri.

Heeeee dah masuk september kan.. Heeeeheeee... Pius sebenarnya di persimpangan antara dua laluan. Sebenarnya masih terasa was-was dengan laluan yang pius pilih ni tapi teruskan jugak melangkah sebab dah terasa sedikit kebaikannya dari segi improvement diri. Sekarang ni masih dalam mood 'self programing' dimana pius rasa inilah perkara yang harus di buat oleh setiap orang. Cekalkan hati terus usaha. Mungkin korang sendiri bingung dengan penulisan pius.. Kan.. Xpelah next next next time cerita lebih detail. Bila tu tak tahulah. Rasa tiada perasaan nak mengadap pc/laptop untuk mengarang lebih detail. Sekadar taip di handphone. Tablet pula agak mengecewakan. Hurm :) harap dan berdoa Allah bawa pius ke jalan yang baik. Jalan yang membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat. Aminn...

Dan sekarang? Mahu tidur la :) di dalam khemah beratapkan bintang berkelipan di angkasa. that's my dream. Ngehehe.. Cuma belum nyata lagi.. Akan datang!! yeahhh.. Buat masa sekarang khemah kelambu bertemankan bintang-bintang di syiling (glow in the dark) hahahaha. Admire journey zahariz :) the beauty of nature :) Subhanallah!

Selamat malam.. Atau mungkin selamat pagi semua!!!


Sent by pius meh..



No comments:

Powered by Blogger.