Terus menyumbang dan memberi manfaat

/
0 Comments
Assalamualaikum :)

Seminggu telah berlalu namun baru hari ini baru berperasaan ingin berkongsi. Banyak input berguna yang pius dapat sepanjang perjalanan yang pius pilih ini dan harap dapat kongsikan dengan siapa-siapa sahaja yang sudi. Tak mahu input-input berguna tadi berlalu begitu sahaja, sekejap ingat sekejap lupa.Terima atau tidak itu lain cerita. Yang penting niat untuk berkongsi perkara baik.

Pius ni selalu bila pandang sesuatu mesti terdetik "apa yang bakal aku dapat?" kalau aku buat sekian sekian perkara apa yang aku dapat? Selalu ada fikiran macam ini. Selalu fikir apa orang beri sampai lupa nak tanya apa aku beri pada orang. Dalam kepala "apa aku bakal dapat?"

Then, suatu hari fikiran pius telah diubah dengan hanya satu ayat "Pikir apa kita nak sumbang pada orang, bukan fikir apa kita dapat" lebih kurang begitu ye. Setiap kali jumpa orang terus masukkan niat "apa aku nak sumbang dekat orang depan aku ni?" Tangan yang memberikan lebih baik daripada yang menerima.


Memberi tanpa syarat
Sumbang sumbang sumbang. sekarang nak betulkan niat sumbang sumbang sumbang tanpa mengharapkan balasan. Pernah tak korang bela kucing? atau paling tidak pun memberi makan pada kucing? Selalu kan lepas kita beri makan kepada kucing, kita main-main kejap, belai-belai dia tanda kita sayang akan haiwan tu. Dah puas hati, terus kita berlalu dengan senyuman lebar ke pipi. Pernah tak kita mengharap kucing tu membalas perbuatan kita selama kita memberi dia makan?  Pernah tak kita harap kucing tu akan tangkapkan tikus untuk kita selepas itu sebab dah penat beri dia makan? Kucing tu sikit pun tak reti bercakap apatah lagi nak cakap terima kasih pada kita tapi kita still jugak beri dia makan. Still jugak belikan makanan kucing bila kehabisan. 

Itulah yang cuba pius buat.. sumbang sumbang sumbang tanpa mengharap balasan. Siapa yang bela kucing tu, untung tau :) Nak buang semua sel negative dalam badan bukan senang, tambah-tambah dah berkarat sebab lama sangat. Jadi praktislah dengan memberi makan pada kucing.. Hehehe... praktis buat perkara kecil-kecil dulu seperti bukakan pintu untuk orang, tumpangkan orang yang satu jalan dengan kita. Macam-macam boleh buat.. angkat sampah buangkan dalam tong sampah. Simple kan.. Ni, nak angkat sampah pun pikir 'aku dapat apa tolong kutip sampah KECIL tu?" gitu... hehehe

"Macam mana kita buat sesuatu perkara, macam tulah kita buat semua perkara"

Mungkin korang tak paham apa pius sampaikan sebab pius mengaku, pius bukanlah penyampai yang baik. Atau mungkin kita paham tapi tak laksanakan. kan.

RESET MINDA : FIKIR APA KITA NAK SUMBANG PADA ORANG, BUKAN FIKIR APA KITA DAPAT DARI ORANG.

Sumbanglah apa sahaja: DUIT, TENAGA, ILMU , apa-apa sahaja asalkan memberi MANFAAT PADA ORANG TERSEBUT walaupun kecil sumbangan kita.


SUMBANG SUMBANG SUMBANG





No comments:

Powered by Blogger.