Charity day : Jom Beli spender kecek :-)

/
1 Comments

Alhamdulillah, semalam 13 oktober telah berlangsungnya jualan amal anjuran YES CLUB MALAYSIA (www.facebook.com/yesclubmalaysia) dibawah program YES APPRENTICE DAY bertempat di Bestari de' kota, kota damansara. Tempat yang sebelum ini sunyi dan sepi kini dipenuhi dengan ahli-ahli yes club yang happening jesteru memeriahkan suasana.

Ini pengalaman kali kedua buat saya dalam menjalankan aktiviti jualan amal dan pengalaman ini tentunya berharga buat saya. Pada jualan amal pertama sebelum ini, saya banyak bertindak mendiamkan diri dan duduk di bahagian belakang membantu apa yang patut. Tetapi untuk program kali ini, setiap ahli yesclub perlu menjadi ketua pada group masing-masing. Dimana setiap ketua perlu mencari 3 rakan untuk menjayakan booth masing-masing. Dan disinilah banyak yang saya pelajari. Saya perlu membuat semua perkara yang tidak saya lakukan sebelum ini, saya perlu kehadapan bercakap dengan orang. Dimana sebelum ini, itulah perkara yang tidak saya gemari.

Cuba tengok pada tajuk, gembira kan :-)  Tipu!  sbenarnya saya teramat sedey.. sedey serta luluh hati saya. Pada event kali ini saya bertindak sebagai ketua kepada group saya dan saya sendiri berpeluang mengatur dan membuat keputusan. Pada malam jumaat, saya menerima banyak barangan terpakai yang diderma oleh kawan kepada kawan saya. Waktu tu hati saya gembira sangat melihat kotak-kotak serta bag yang ada. Banyak! tak perlu saya risau lagi mencari barangan terpakai. Gembira dengan bantuan yg dihulurkan rakan saya. Sanggup ke rumah rakan-rakan ke sana kesitu ke shah alam membantu saya mengumpulkan barang yg diderma.

Malam itu juga saya dan rakan saya (ketua group lain) memunggah barangan yang ada. Dari satu bag ke satu bag, dari kotak ke kotak... hati saya semakin luluh, bertambah sayu. saya sedey melihat beberapa bag yang begitu menghampakan saya. Terfikir saya sejenak 'barangan terpakai ataupun sampah?' mungkin agak keras bunyinya tapi itulah hakikat yaang perlu saya nyatakan. Bayangkan jika saya serah terus barangan tersebut ke rumah anak-anak yatim.. macam mana perasaan mereka menerima barangan yang selayaknya dijadikan sampah? dengan seluar kecik koyak pulak tu.. siapa yang nak pakai? jika kita sendiri tidak sanggup memakainya, inikan pula org lain. Buang sajalah! Ingat rumah anak yatim ni ladang dan tong sampah anda kah???

"andai bersedekah barang, biarlah ia senang digunakan oleh penerima. Jangan bersedekah barangan yang kita dan penerima malu untuk menggunakannya"

"sunat ,menderma perkara yang disukai penderma dan yang menerima. Tidak kira sama ada jumlahnya sedikit atau banyak"

Nasib program kali ini adalah jualan amal, maka perlu di audit dulu barangan yang ingin dijual. duit dari hasil jualan dapat digunakan untuk membeli keperluan yang sepatutnya.

Dalam saya sedey, ada juga yang mengubat luka. Subhanallah, satu plastik tudung labuh yang dijaga rapi dan bersih. Ya Allah bagaimanalah rupa penderma ini? pastinya sebersih dan secantik barangan yg didermakan. Jubah-jubah juga banyak yang elok. Kalau saya ini adalah dipihak yang menerima bantuan, pasti gembira hati saya melihat pakaian2 yang elok dan baik untuk digunakan.

Alhamdulillah, ini juga pelajaran buat saya. Pelajaran yang amat bermakna. Insya Allah minggu depan akan berlangsung lagi jualan amal ini. Ada lagi pakaian yang baik-baik tapi tk dapat saya bawa semalam. kereta penuhhh... hehehe..

Ini pengalaman yg menyeronokkan buat saya malah ahli keluarga saya juga turut serta membantu saya mengasingkan pakaian. dah macam ladang baju ruang tamu rumah saya. hahaha. lupa nak ambik gambar. next time saya ambik ok.  balik sahaja dari jualan amal, keluarga saya excited nak tahu macam mana jualan. berhasil atau tidak. gembira saya tengok! excited dengar saya cerita. Allahu Akhbar, gembira hati saya tengok keluarga saya :-) 



1 comment:

nadeeia salimi suleiman said...

salam dear, my name is nadeeia salimi suleiman, wartawan penyiaran Safiyya TV9. how to contact u ya?sebab i berminat nak featurekan u dalam segment trend, tips and tutorial...nak suh u buat bag from seluar jeans terpakai. any feedback can email to nadeeia@primeworks.com.my or nadeeiasalimi@gmail.com asap ya dear. Thanks!

Powered by Blogger.