Hikmah

/
0 Comments

Assalamualaikum, Selamat pagi.

Awal saya celik hari ini, Alhamdulillah :-)  sebenarnya saya tertanya-tanya kenapa Allah celikkan saya seawal waktu ini. Segar bugar *wujud ke ayat ni?* ... hehe.. saya mencari apakah hikmah disebalik semua ini. Ehem ehem ehem, sebenarnya saya terjaga sejak dari 2 pagi tadi dan berlanjutan tidak lena sehingga sekarang.. mungkin... mungkin.. sebab suara kakak saya yang sedang asyik berborak dengan suami beliau. mungkin...

Dalam jam 4 lebih saya terjaga, segar tak dapat lelapkan mata. Selalunya waktu sebegini saya masih dibuai mimpi. Akibat tidak lena, pejam pejam celik.. hendak atau tidak terpasanglah akan telinga saya ini akan perbualan kakak dan juga abang ipar. Entah kenapa saya rasa ianya sesuatu yang indah. Dalam tak sedar, hati saya tersenyum. hati tau... hehe... owhh.. dorang borak pasal saya.. amboiiii... hehe.. terfikir saya, 'owh, diri saya juga boleh menjadi bahan kegembiraan untuk orang lain'

Terus saya teringat...

"dalam kesusahan ada kemudahan"

Apa kaitannya?  hehehe..  takpe, lupakan kisah saya tak boleh tidur tadi. Saya nak sharing something ni, rezeki readers :-)

Semalam saya ke satu majlis, aktiviti rutin saya kini pada waktu malam. Kebiasaannya saya berdua dengan rakan saya. Tetapi malam smlm sangat special, saya turun bertiga ke arah parking. Selepas bayar parking di mesin autopay, kita orang berpisah kearah kereta masing-masing. Dimana saya berdua dengan rakan saya naik satu kereta dan seorang lagi sendirian.

Selepas hai hai bai bai, masuk sahaja kereta terus saya berborak dengan rakan disebelah perihal rutin saya pada hari ini. Enjin sudah hidup tapi masih tidak tergerak lagi. Habis sesi bercerita, saya mula turunkan handbrake, niat nak mulakan perjalanan pulang. dan.....

saya lupa di mana saya letak tiket saya tadi.. Allah, kenapa saya lupa... mulalah kami berdua mencari.. di dalam bag, di celah helaian buku, di bawah seat, di celah-celah pintu. tiadaaaa....  tapi hati saya terasa tiket tu masih ada dlm kereta.

kawan saya cadangkan untuk kembali ke mesin autopay tadi, kot-kot lupa nak ambik atau tercicir. Sesampai di mesin tadi, saya suruh rakan saya tengokkan... keluar sahaja kereta...

"fairuz.. ada bag orang" beritahu kawan saya sambil tinjau-tinjau sekitar mesin tadi.

"eh.. ambik ambik ambik" saya tanpa fikir panjang, suruh aja dia kutip barang tersebut. Niat boleh pulangkan nati pada tuannya.

tiket tiada...

"cuba check bag tu"

Subhanallah... rupanya tu purse milik rakan saya tadi. Ehhhhhh....

Saya park kereta saya tepi autopay tadi, keluar kereta... check balik barang-barang dalam bag saya dan Allah gerakkan hati saya untuk check purse saya. Ya Allah, tiket tu dalam purse. Saya sendiri tak ingat berbuat demikian. Bila masa saya letak? selalunya saya letak di tepi radio atau di atas riba.

Ya Allah.. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Kenapa Allah lenyapkan sekejap ingatan saya, dan kembalikan semula. kenapa Allah gerakkan kami ke mesin autopay semula. Ya Allah...

Allah nak jumpakan kami dengan purse kawan saya tadi. Selepas jumpa purse kawan saya, tiket pun dijumpa sama. Cantiknya susunan Allah S.W.T

Baru sebentar tadi kami sharing pasal HIKMAH.. dan kami betul-betul dapat pelajarannya hari ini. Tak terkata saya.. masing-masing mendiamkan diri.. fikir akan kejadian yang baru terjadi. Setiap perkara ada hikmah disebaliknya. ada pelajaran, ada pengajaran yang tersembunyi. :-)

Sampai saja rumah terus saya khabarkan pada empunya purse. Hehehehe.. dia sendiri tak sedar purse dia berada dalam tangan saya. kelu. Macam mana boleh berada di tangan saya. Saja saya cerita dulu kejadiannya.. dia sendiri tertanya siapa empunya purse yg saya jumpa tu. haaa.. bila saya tulis je nombor ic dia... terus..

"weh!!! 2 ic aku! beg apa?"

"purse putih, sila check confirm takde" hehe

terkelu dia, tak tau nak kata apa.

Kan... Allah nak suruh saya pergi ambik dulu purse tu baru boleh balik. hehehe.  Semua ni menguatkan lagi hati saya. Pengajaran buat saya. pelajaran buat saya.. saya sharing dengan anda semua :-)  mungkin kecil sahaja peristiwa ni.. bagi saya dan rakan.. pelajaran yang sangat besar. Alhamdulillah.



No comments:

Powered by Blogger.