YESCLUB MALAYSIA

/
0 Comments
Pilihlah yang terbaik!

Kita sering mendengar ungkapan 'pilihan di tangan kita' serta 'kita berhak memilih'. Ya, itulah kebenarannya. Pilihan di tangan kita! tetapi pilihan yang sebagai mana yang ingin kita pilih? Adakah pilihan yang merosakkan diri serta membawa kita jauh dari bayangan diri serta terumbang ambing tanpa haluan yang betul? Itukah pilihan kita? 

Saban hari tanpa sedar kita mensabotaj diri sendiri tidak kira dari segi pemikiran, perasaan, percakapan serta kelakuan. Sedarkah kita apa sahaja yang kita lakukan menentukan siapa kita di masa hadapan? Malah sekecil-kecil kelakuan juga bakal memberi kesan kepada kehidupan kita, bakal membentuk tabiat kita serta membentuk diri kita. 

Adakah kita pasti laluan hasil dari pilihan kita dahulu membawa kita ke tanah yang subur tiada lopak juga lumpur. Masihkah kita berdiri di tanah lama? sedar akan kekotorannya tapi diri masih tidak mahu berganjak membersih dan menghiasinya. Sampai bila kita mahu membiarkan diri kita berlumut setiap masa? tidak lemaskah kita?

Ya, pilihan di tangan kita dan kita berhak merancang perjalanan yang ingin kita lalui setiap masa. Itulah pilihan saya dahulu dan saya sedikit pun tidak menyesal dengan pilihan itu, kerana Allah pertemukan saya dengan pilihan yang lebih baik sewaktu saya melaluinya. Yakin setiap perkara ada hikmahnya. Itulah pengajaran yang diberi Allah pada setiap manusia. 'Pengalaman yang mendewasakan'. Semestinya pengajaran yang berguna dan boleh digunakan. Syukur itu hanyalah perjalanan dan bukan pengakhiran. Jika dulu di jalan yang salah, maka betulkan lah. tiada istilah lambat, yang penting usaha memperbaikinya.

Itulah yang saya lakukan sekarang, memperbaiki dari hari ke hari. Berusaha meninggalkan tabiat lama serta mencipta tabiat baru yang lebih berguna. Harus saya beristiqamah melakukannya dan dengan bantuanNYA saya terus berada di samping rakan-rakan dari YESCLUB MALAYSIA yang berterusan memberi sokongan super positiv setiap masa. Tiada tempat setanding YESCLUB yang sentiasa mendorong dan menyokong ahlinya.

Ya, ramai yamg masih tidak tahu akan kewujudan badan NGO ini yang membantu anak muda keluar dari kehidupan biasa kepada kehidupan luar biasa. Dengan fokus utama melahirkan generasi muda kaya, berjaya serta pemurah yang bermula dari 'personal development'. Yesclub juga bertindak menyediakan environment super positif di kalangan ahlinya yang sekaligus membantu dalam memperbaiki diri serta membina potensi diri yang jauh ditinggalkan atau mungkin tidak disedari.

Bangunlah! kita bakal memimpin negara satu hari nanti dan pastinya pimpinan yang berjaya dari pemimpin yang berjaya juga. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat memimpin dirinya sendiri. Ayuh perbaiki diri kita dari sekarang. Lupakan tabiat lama yang melalaikan, buang kehidupan gembira yang merosakkan jiwa. Ayuh pilih YESCLUB MALAYSIA


www.facebook.com/yesclubmalaysia







No comments:

Powered by Blogger.